Bab ini mempertimbangkan aspek praktikal bagaimana kriteria ini harus digunakan dalam reka bentuk dan pelaksanaan penilaian. Bab ini meneliti dua prinsip utama yang perlu dalam membimbing aplikasi kriteria. Bab ini bermula dengan meneroka pelbagai pendekatan berbeza yang boleh menyokong aplikasi kriteria secara bernas. Seterusnya, bab ini melihat bagaimana kriteria boleh diaplikasikan dalam persekitaran institusi yang mempunyai keutamaan strategik, cara berkerja dan budaya yang berbeza. Ia menggariskan bagaimana kriteria dapat mendorong para penilai mempertimbangkan pengalaman dan impak yang berbeza melalui penerapan lensa gender. Akhir sekali, bab ini meneliti bagaimana kriteria ini boleh membantu para penilai serta pengurus penilaian bekerja dengan cara yang menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Agenda 2030 yang lebih luas. Bab ini merangkumi pelbagai contoh praktikal yang menggambarkan bagaimana kriteria ini telah diterapkan dalam pelbagai penilaian.
Mengaplikasi Kriteria Penilaian Secara Bernas
3. Amalan penggunaan kriteria penilaian
Copy link to 3. Amalan penggunaan kriteria penilaianAbstrak
Untuk menyokong para penilai serta mereka yang terlibat dalam reka bentuk atau pengurusan intervensi dalam membangunkan penilaian yang berguna dan sesuai dengan pelbagai konteks serta pihak berkepentingan, dua prinsip berikut telah dibangunkan untuk membimbing penggunaan kriteria penilaian. Untuk menggelakkan penggunaan kriteria secara mekanistik – yakni tidak menggalakkan pemikiran kritis, kreatif dan pemilikan peserta – prinsip ini harus digunakan bersama kriteria penilaian (OECD, 2019[1]):
Prinsip Pertama: Kriteria ini haruslah diaplikasikan secara bernas untuk menyokong penilaian berkualiti tinggi dan berguna.
Prinsip Kedua: Penggunaan kriteria penilaian ini adalah bergantung kepada matlamat penilaian.
Bahagian berikut menghuraikan dua prinsip ini serta menggariskan konsep utama tambahan dalam penggunaan kriteria, termasuk cara mengubah suai kriteria kepada konteks spesifik, cara meneliti kriteria pada fasa pelaksanaan berlainan, dan bagaimana kriteria berkait antara satu sama lain.
Mengaplikasi kriteria secara bernas
Copy link to Mengaplikasi kriteria secara bernasPrinsip pertama menekankan bahawa kriteria ini haruslah digunakan secara bernas. Secara amalan bermaksud, memikirkan secara kritis kriteria mana yang paling berguna dalam menyokong penilaian berkualiti tinggi dan berguna, yang mana menjadi nilai tambah kepada pengguna yang akan menggunakan penilaian tersebut. Kotak 3.1 menyediakan contoh cara kriteria ini diaplikasikan secara bernas untuk menilai sesuatu intervensi.
Pertimbangan enam aspek berikut dan soalan berkaitan akan membantu para penilai dalam mengaplikasikan kriteria ini secara bernas:
Konteks: Apakah konteks intervensi dan bagaimana kriteria boleh difahami dalam konteks penilaian individu, intervensi dan pihak berkepentingan?
Matlamat: Apakah yang cuba dicapai oleh penilaian dan apakah soalan yang paling berguna untuk memenuhi matlamat ini?
Peranan dan dinamik kuasa (power dynamics): Siapakah pihak berkepentingan, apakah keperluan dan kepentingan masing-masing? Apakah dinamik kuasa antara mereka? Siapakah yang perlu terlibat dalam menentukan kriteria mana yang harus digunakan dan bagaimana memahami kriteria ini dalam konteks tempatan? Ini juga termasuk soalan tentang pemilikan (ownership) dan siapa yang memutuskan apa yang harus dinilai dan apakah yang harus diutamakan dalam penilaian tersebut.
Intervensi (evaluand): Apakah jenis intervensi yang sedang dinilai (projek, polisi, strategi, sektor)? Apakah skop dan ciri-cirinya? Adakah hasil yang dijangka bersifat langsung atau tidak langsung? Apakah pemikiran sistem kompleks (complex systems thinking) yang memainkan peranan dalam intervensi ini?
Evaluability (Kebolehnilaian): Adakah terdapat kekangan dari segi akses, sumber dan data, termasuk data terperinci (disaggregated data) yang memberi kesan kepada penilaian, dan bagaimana hal ini mempengaruhi kriteria penilaian?
Masa (Timing): Pada peringkat manakah dalam kitaran intervensi, penilaian akan dilaksanakan? Adakah konteks operasi intervensi berubah sepanjang tempoh pelaksanaan, jika ada, bagaimana perubahan ini berlaku? Adakah perubahan ini perlu dipertimbangkan semasa penilaian tersebut? Timing penilaian akan mempengaruhi penggunaan kriteria penilaian serta sumber bahan bukti.
Kotak 3.1. Penggunaan kriteria secara bernas: Penilaian terhadap geran masyarakat sivil Norway untuk negara membangun
Copy link to Kotak 3.1. Penggunaan kriteria secara bernas: Penilaian terhadap geran masyarakat sivil Norway untuk negara membangunPenilaian ini meneliti geran masyarakat sivil Norway, bertujuan mengukuhkan masyarakat sivil di negara membangun, justeru memperkasakan masyarakat sivil dengan keupayaan dan kapasiti untuk menggalakkan pendemokrasian, meningkatkan hak asasi manusia dan mengurangkan kemiskinan.
Penilaian ini telah menggunakan kriteria secara bernas dan fleksibel, mentafsir kriteria secara spesifik yang mencerminkan ciri-ciri intervensi iaitu (musharakah) perkongsian dan pembinaan kapasiti dengan organisasi masyarakat sivil, serta mengambil kira keutamaan Norway dan konteksnya. Penilaian ini menggunakan kriteria berikut, yang telah disesuaikan:
impak – didefinisikan mengikut keberhasilan utama seperti demokrasi, peluang pekerjaan yang membawa kepada pengurangan kemiskinan.
kesesuaian – tiada perubahan
keberkesanan – didefinisikan mengikut objektif spesifik musharakah (contohnya penyampaian perkhidmatan, advokasi dan pengukuhan kapasiti). Termasuk beberapa hasil jangka pertengahan seperti mewujudkan ruang untuk masyarakat sivil.
kemampanan – tiada perubahan
Satu kriteria tambahan, iaitu “nilai tambah”, juga digunakan. Kriteria ini ditakrifkan sebagai kompetensi profesional, kompetensi organisasi dan kewangan, serta kompetensi rangkaian (networking). Ini berkaitan isu yang mana dalam konteks lain, ia mungkin diliputi di bawah kriteria keberkesanan dan kecekapan.
Sumber: Helle et al. (2018[2]), From Donors to Partners? Evaluation of Norwegian Support to Strengthen Civil Society in Developing Countries through Norwegian Civil Society Organisations, https://www.norad.no/globalassets/filer-2017/evaluering/1.18-from-donor-to-partners/1.18-from-donors-to-partners_main-report.pdf
Mengadaptasi kriteria kepada matlamat penilaiandapting the criteria to the evaluation’s purpose
Copy link to Mengadaptasi kriteria kepada matlamat penilaiandapting the criteria to the evaluation’s purposeAspek paling penting dalam menentukan cara penggunaan kriteria ini adalah mengaitkan kriteria kepada matlamat penilaian dan konteksnya sebelum membina kriteria penilaian dan soalan penilaian berasaskan matlamat ini. Kotak 3.2 memberikan dua contoh cara matlamat sesuatu penilaian boleh didefinisikan.
Kriteria ini tidak harus digunakan secara standard dan tetap untuk setiap intervensi, atau sebagai senarai semak. Sebaliknya, kriteria ini harus ditafsir dengan teliti atau difahami dalam hubungan kepada intervensi yang dinilai. Ini mendorong fleksibiliti dan adaptasi kriteria kepada setiap penilaian. Konsep spesifik dalam kriteria yang akan digunakan dalam penilaian tersebut dan sebab berbuat demikian perlu dijelaskan.
Matlamat penilaian haruslah ditakrifkan secara teliti dan jelas. Pihak berkepentingan yang terlibat dalam penilaian haruslah terlibat dalam peringkat ini untuk memastikan mereka memahami matlamat penilaian dan bagaimana ia akan digunakan.
Soalan utama dalam menentukan matlamat penilaian termasuk:
1. Apakah permintaan terhadap penilaian, siapakah golongan sasaran (target audience) dan bagaimana mereka akan menggunakan dapatan penilaian?
2. Apakah yang boleh dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri dan konteks intervensi?
3. Apakah tahap kepastian yang perlu untuk menjawab soalan utama?
4. Bilakah maklumat tersebut diperlukan?
5. Apakah yang sudah diketahui tentang intervensi tersebut dan hasilnya? Siapakah yang mempunyai pengetahuan ini dan bagaimana mereka menggunakannya?
Standard kualiti dan etika harus memacu pemikiran berhubung pendekatan metodologi, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan proses penilaian.
Apabila menyesuaikan kriteria kepada penilaian tertentu, penting untuk meneliti sebab-akibat (causality) dan menilai sejauh mana penilaian tersebut akan dapat mengaitkan kesan kepada intervensi yang dinilai. Pertimbangan ini boleh membantu menguruskan jangkaan (expectations) pihak berkepentingan dan mengenal pasti kriteria yang akan diteliti dengan mendalam. Perkara ini paling penting untuk kriteria keberkesanan dan impak yang dibincangkan di bawah, tetapi ia juga terpakai untuk kriteria lain. Contohnya, kecekapan dan kemampanan boleh menggunakan manfaat sebenar (atau dirancang) yang dikaitkan kepada intervensi yang dinilai di bawah kriteria keberkesanan dan impak. Analisa evaluabiliti (kebolehnilaian) ialah instrumen berguna untuk memeriksa sama ada matlamat telah difahami secara mendalam1. Penerangan lanjut tentang cara mentafsir setiap kriteria diliputi dalam Bab 4.
Kotak 3.2. Mendefinisi matlamat penilaian: Contoh dari Uganda, Kenya dan Sweden
Copy link to Kotak 3.2. Mendefinisi matlamat penilaian: Contoh dari Uganda, Kenya dan SwedenPenilaian Danish International Development Agency’s (Danida) terhadap program air, sanitasi dan alam sekitar di Uganda
Jabatan Penilaian Kementerian Luar Denmark telah melaksanakan penilaian bebas untuk menilai inisiatif penambahbaikan air, sanitasi dan alam sekitar Uganda yang dijalankan dari tahun 1990-2017.
Objektif penilaian adalah:
mendokumentasi hasil dan pencapaian dalam subsektor
analisis “nilai tambah” daripada sokongan Danida kepada subsektor
mengambil iktibar (lessons learned).
Berpandukan objektif di atas, penilaian tersebut memberi tumpuan kepada penilaian keberkesanan dalam dua fasa: 1) pada tahap sektor dan cross-cutting dan 2) pada tahap subsektor. Penilaian ini juga meneliti nilai inisiatif dan kemampanan hasil yang dicapai.
Penilaian gabungan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) dan Denmark
Penilaian gabungan oleh UNHCR dan Denmark berkaitan respons pelarian di sekitar Kalobeyei, Kenya mendefinisikan matlamat penilaian seperti berikut:
“Matlamat utama penilaian ini adalah untuk menyumbang kepada pembelajaran tentang model penempatan bersepadu di dalam dan di sekitar Kalobeyei. Dengan mendokumentasikan iktibar daripada satu usaha konkrit yang menghubungkan bantuan kemanusiaan dan pembangunan jangka panjang, tujuannya adalah untuk menyediakan evidens tentang potensi dan kekangan dalam reka bentuk dan pelaksanaan model solusi bersepadu.”
Penilaian sokongan Swedish International Development Cooperation Agency’s (Sida) kepada pembinaan keamanan dalam konteks konflik dan pascakonflik
Laporan penilaian memberi satu contoh berguna cara penilaian mencerminkan matlamat. Ia memberi penerangan berikut:
Matlamat atau kegunaan penilaian ini adalah untuk mengambil iktibar daripada amalan pembinaan keamanan secara sistematik. Penilaian ini memberi input kepada proses pembangunan konsep (conceptualizing) dan pembangunan pendekatan pembinaan keamanan yang digunakan oleh Swedish International Development Cooperation Agency (Sida). Justeru itu, pendekatan ini akan mempengaruhi rancangan strategik dan reka bentuk sokongan Sida pada masa hadapan dalam konteks yang terkesan konflik.
Tambahan pula, penilaian ini akan menyumbang kepada peningkatan pemahaman pembinaan keamanan sebagai satu konsep dan amalan.
Objektif spesifik penilaian ini adalah untuk menilai bagaimana Sida telah melaksanakan pembinaan keamanan pada tahap strategik dalam konteks berbeza. Penilaian ini memberi perhatian kepada empat kriteria:
kesesuaian kerja pembinaan keamanan Sida dari segi konteks dan keperluan penerima manfaat dan keutamaan polisi Sida
keberkesanan kerja pembinaan keamanan Sida dari segi sumbangan kepada objektif menyeluruh pembinaan keamanan dan keupayaannya menyediakan satu kerangka kondusif untuk kerja pembinaan keamanan rakan-rakannya.
impak kerja pembinaan keamanan Sida
kemampanan kerja pembinaan keamanan Sida
Merentas kesemua empat kriteria, penekanan khusus diberikan kepada hasil berkaitan kesamarataan gender, pemerkasaan dan hak wanita serta keterangkuman kumpulan terpinggir dan kumpulan minoriti etnik. Untuk keempat-empat kes kajian negara di atas, fokus penilaian adalah kepada aspek peminggiran (marginalization) yang dikaitkan kepada pembinaan keamanan serta yang timbul dalam literatur dan temubual. Kumpulan terpinggir dipertimbangkan dari perspektif etnik atau kesan sebagai kumpulan minoriti. Hal ini kerana, dalam keempat-empat kes, faktor etnik adalah punca utama berlakunya konflik.
Sumber: Danida (2019[3]), Evaluation of Water, Sanitation and Environment Programmes in Uganda (1990-2017), http://www.oecd.org/derec/denmark/denmark-1990-2017-wash-environment-uganda.pdf;
ADE (2019[4]), Joint Evaluation of the Integrated Solutions Model in and around Kalobeyei, Turkana, Kenya, https://um.dk/en/danida-en/results/eval/eval_reports/publicationdisplaypage/?publicationid=dd54bef1-1152-468c-974b-c171fbc2452d;
Bryld (2019[5]), Evaluation of Sida's Support to Peacebuilding in Conflict and Post-Conflict Contexts: Somalia Country Report, https://publikationer.sida.se/contentassets/1396a7eb4f934e6b88e491e665cf57c1/eva2019_5_62214en.pdf
Memahami dimensi masa
Copy link to Memahami dimensi masaKriteria penilaian ini boleh digunakan di beberapa fasa. Setiap kriteria boleh digunakan untuk menilai fasa sebelum, semasa, atau selepas sesuatu intervensi. Pada masa yang sama, kriteria ini juga boleh digunakan untuk menilai tempoh berlainan dalam kitaran intervensi. Walau bagaimanapun, tafsiran kriteria dan sumber evidens mungkin berlainan pada fasa yang berbeza. Contohnya, sebelum sesuatu intervensi berlaku, keberkesanan dan kemampanan hanyalah unjuran; manakala selepas intervensi, lebih banyak data boleh diperoleh untuk membuat penilaian yang lebih kukuh.
Kriteria dan soalan penilaian berkaitan haruslah mencerminkan dua aspek utama berikut yang berkaitan masa: 1) fasa dalam kitaran intervensi di mana penilaian akan dilaksanakan; dan 2) fasa intervensi atau fasa rantaian hasil di mana penilaian akan difokuskan.
Kerangka konsep setiap kriteria tidak berubah walaupun penilaian dilaksanakan sebelum, semasa atau selepas sesuatu intervensi. Tetapi, data dan evidens yang boleh diperoleh untuk menilai kriteria dan kaedah yang digunakan akan berubah. Para penilai harus membezakan dua perkara ini apabila membincangkan potensi dapatan dengan pihak berkepentingan penilaian kerana ini akan mempengaruhi kegunaan dan kredibiliti penilaian tersebut. Contohnya, penilaian kemampanan ex-ante (berlaku sebelum intervensi bermula) mungkin berfokus kepada kemungkinan manfaat intervensi akan berterusan dengan meneliti reka bentuk intervensi dan evidens sedia ada berkaitan kesahan andaian tentang penerusan manfaat yang dijangka. Selepas intervensi selesai, penilaian kemampanan berfokus kepada sama ada manfaat telah berterusan dengan menggunakan data dan evidens daripada manfaat sebenar yang dihasilkan oleh intervensi.
Apabila melihat kembali ke masa lalu, penilaian haruslah mengambil kira konteks dan data yang boleh diperoleh pada masa tersebut supaya penilaian boleh dibuat berasaskan apa yang telah berlaku atau apa yang patut dilaksanakan. Adalah tidak adil untuk menilai tindakan pereka program yang terdahulu berdasarkan maklumat yang diperoleh pada hari ini kerana maklumat ini belum diketahui pada masa program direka bentuk. Namun, kebanyakan penilaian mendapati maklumat sedia ada tidak digunakan sepenuhnya (di mana ini harus berlaku) untuk meningkatkan kesesuaian intervensi tersebut. Contohnya, konsultasi dengan penduduk tempatan tidak dijalankan dengan sepenuhnya dan penduduk tempatan tidak dilibatkan dalam reka bentuk intervensi tersebut. Kekhilafan ini sepatutnya tidak berlaku dan patut ditonjolkan dalam dapatan sesuatu penilaian.
Menggunakan kriteria untuk soalan penilaian yang lebih baik
Copy link to Menggunakan kriteria untuk soalan penilaian yang lebih baikPembentukan soalan penilaian yang baik merupakan aktiviti utama dalam proses penilaian dan penggunaan enam kriteria ini menyokong proses menentukan soalan penilaian2. Proses ini bermula dengan renungan tentang matlamat penilaian, bagaimana penilaian akan digunakan dan oleh siapa. Keterlibatan efektif pihak berkepentingan melalui proses penglibatan yang direka dengan baik boleh membantu para penilai dan pengurus penilaian memahami bagaimana mereka akan menggunakan penilaian tersebut. Pemahaman mendalam tentang intervensi dan konteksnya, objektifnya dan theory of change haruslah saling melengkapi perbincangan dengan pihak berkepentingan. Fasa inception boleh digunakan untuk meneroka soalan-soalan ini dan menjana sejumlah kecil soalan utama penilaian yang perlu diteliti.
Selepas langkah awal ini, kriteria penilaian menjadi satu alat penelitian yang menyediakan pelbagai perspektif untuk meneliti sama ada terdapat perkara yang tercicir, lantas membolehkan pembangunan lanjut dan penghalusan soalan-soalan tersebut kerana semua ini penting untuk reka bentuk penilaian. Hal ini menjadikan proses tersebut sistematik dan memastikan penilaian tersebut bersifat komprehensif. Ini juga merupakan bahagian penting untuk membentuk penilaian yang lebih baik. Adalah disyorkan supaya fasa pembangunan soalan ini menggunakan suatu pendekatan menyeluruh yang jelas dan bersepadu.
Institusi yang menugaskan penilaian mungkin mengambil keputusan tertentu untuk menilai intervensi berdasarkan kriteria tertentu. Dalam keadaan ini, panduan institusi perlu diikuti bersama-sama aplikasi secara bernas untuk memastikan konsistensi.
Satu contoh ialah manual penilaian Sida, yang menyediakan contoh soalan standard untuk setiap kriteria (Molund and Schill, 2004[6]). Contoh lain cara institusi mentafsir dan merungkai kriteria ini boleh diperoleh daripada panduan dan nota teknikal yang telah dibangunkan untuk pengurus penilaian dan para penilai di World Food Programme (WFP, 2016[7]).
Hubungan antara enam kriteria penilaian
Copy link to Hubungan antara enam kriteria penilaianKriteria penilaian ini merangkumi pelbagai lensa yang melaluinya sesuatu intervensi dan hasilnya boleh dilihat. Kriteria ini saling berkait, kerana konsep asas setiap kriteria membantu analisis dimensi yang saling melengkapi (complementary dimensions) dalam proses mencapai hasil. Sebagai contoh, bergantung kepada cara objektif intervensi didefinisikan, keberkesanan dan impak menilai tahap berlainan dalam rantaian hasil. Maka, kedua-dua kriteria ini saling berkait di sepanjang rantaian sebab-akibat.
Kriteria sering bergantung antara satu sama lain. Contohnya, sesuatu intervensi yang tidak relevan kepada keutamaan penerima manfaat tidak akan mencapai impak yang dirancang (melainkan terdapat saluran impak yang luar biasa). Sesuatu intervensi yang dilaksanakan dengan kurang efektif adalah juga kurang mampan. Sebaliknya, ada kemungkinan sesuatu intervensi sangat bersesuaian tetapi tidak efektif. Atau intervensi yang sangat koheren boleh juga kurang cekap disebabkan peningkatan kos transaksi. Para penilai harus meneroka dan memikirkan hubungan serta sinergi antara kriteria berlainan, termasuk mempertimbangkan jika dan cara kriteria ini mempunyai hubungan sebab-akibat.
Kebanyakkan penilaian membuat kesimpulan berdasarkan dapatan setiap kriteria, serta membuat rumusan keseluruhan berdasarkan kesemua kriteria, kadangkala dengan menggunakan skor angka untuk menilai pretasi. Dalam membuat kesimpulan tentang intervensi, dan bergantung kepada matlamat penilaian, para penilai harus melihat gambaran keseluruhan dan mempertimbangkan cara untuk menilai setiap kriteria berkenaan. Dalam menilai kriteria, sesetengah institusi mendefinisikan satu kriteria yang dominan. Jika prestasi adalah kurang memuaskan untuk kriteria dominan, tidak kira betapa baik pencapaian kriteria lain, intervensi akan dinilai sebagai tidak berjaya (kalau ia penilaian sebelum pelaksanaan, ia tidak akan dibiayai).
Perkaitan yang lebih spesifik antara setiap kriteria dibincangkan dalam Bab 4.
Pemilihan kriteria
Copy link to Pemilihan kriteriaSeperti yang dihuraikan di atas, matlamat, keutamaan, skop dan konteks intervensi serta penilaiannya akan membentuk fokus untuk setiap kriteria. Para penilai harus mempertimbangkan nilai tambah relatif setiap kriteria. Ini akan melibatkan dua keputusan asas: Adakah kriteria itu penting dalam penilaian tersebut? Adakah soalan mengenai kriteria ini boleh dijawab?
Para pengguna mungkin terdorong menggunakan kesemua enam kriteria tanpa mengira konteks, namun pendekatan yang lebih baik (iaitu yang lebih selaras dengan matlamat asal kriteria penilaian dan yang menjurus kepada penilaian berkualiti tinggi) adalah memilih dan menggunakan kriteria ini dalam cara yang bersesuaian dengan penilaian dan soalan penilaian.
Untuk mencapainya, ajukan soalan berikut:
Jika hanya satu soalan sahaja boleh ditanya mengenai intervensi ini, apakah soalan tersebut?
Soalan manakah yang harus dijawab melalui penilaian dan soalan manakah yang harus dijawab melalui cara lain (seperti kajian projek, sintesis evidens, aktiviti pemantauan atau proses pembelajaran yang dibimbing)?
Adakah terdapat data yang mencukupi untuk memberi jawapan memuaskan kepada soalan ini? Jika tidak, adakah data lebih baik atau lebih banyak boleh diperoleh kemudian?
Siapakah yang telah memberi input kepada senarai soalan? Adakah terdapat perspektif penting yang tercicir?
Adakah kita mempunyai masa dan sumber mencukupi untuk meneliti semua kriteria penting, atau adakah tumpuan kepada analisis sesetengah kriteria sahaja akan memberi maklumat lebih bernilai?
Penting untuk mengimbangi fleksibiliti (elakkan penggunaan semua kriteria secara mekanistik) dan cherry-picking (memilih kriteria paling mudah atau yang akan memberi hasil positif) apabila menggunakan kriteria penilaian ini. Khususnya, seseorang tidak seharusnya mengelak daripada menjawab soalan kritikal berkenaan impak dan kesepaduan, walaupun kadangkala soalan ini lebih mencabar. Beberapa perkara untuk pertimbangan ditunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah; perlu diperhatikan bahawa perkara tersebut ialah contoh dan bukan senarai semak yang komprehensif.
Rajah 3.1. Cara pemilihan kriteria untuk suatu penilaian spesifik
Copy link to Rajah 3.1. Cara pemilihan kriteria untuk suatu penilaian spesifik
Pengetahuan yang baik tentang pihak berkepentingan yang terlibat dalam intervensi dan penilaian boleh membantu mengenal pasti potensi konflik antara minat dan keutamaan mereka dalam reka bentuk dan pelaksanaan penilaian. Penerima manfaat mungkin lebih berminat memahami keberkesanan (iaitu sama ada kesihatan anak-anak mereka telah bertambah baik melalui penyertaan dalam program rawatan malnutrisi) sementara para pelaksana mungkin lebih berminat memahami kecekapan kerana ingin meluaskan rawatan kepada lebih banyak keluarga. Dalam kebanyakan kes, bukan semua soalan menarik dapat dijawab dalam satu penilaian dan pilihan harus dibuat. Untuk meningkatkan kemungkinan soalan yang tidak terpilih akan diliputi di tempat lain, amalan baik adalah mendokumentasikan proses dan hasil perbincangan tentang pengutamaan keperluan pihak berkepentingan yang berbeza dan penentuan soalan penilaian.
Pengoperasian dan adaptasi kriteria penilaian pada peringkat institusi
Copy link to Pengoperasian dan adaptasi kriteria penilaian pada peringkat institusiDefinisi kriteria dan panduan ini menyediakan satu saluran lazim dan set definisi yang dipersetujui untuk dibangunkan selanjutnya. Namun, adaptasi kepada konteks institusi adalah penting. Para penilai dan pengurus penilaian sering menggunakan kriteria ini bagi pihak organisasi pembangunan, kementerian atau institusi lain yang mempunyai mandat khusus, keutamaan polisi, polisi penilaian, standard dan panduan tersendiri – kesemuanya seperti yang diputuskan oleh badan pentadbir masing-masing.
Semasa mempertimbangkan pengoperasian dan penggunaan kriteria penilaian ini, penting bagi para penilai dan komisioner untuk mempertimbangkan keutamaan strategik, budaya dan peluang organisasi sebagai asas membuat keputusan. Cara sesetengah istilah, seperti impak, digunakan adalah berbeza, dan penting untuk memberi perhatian kepada potensi kekeliruan atau salah tafsir kriteria dan tumpuan yang dimaksudkan. Ini akan membantu para penilai dan komisioner apabila mengaplikasikan kriteria ini, memaksimumkan penggunaan dapatan penilaian dan mengukuhkan kesesuaian kepada keperluan pengguna penilaian. Pengurus penilaian haruslah mendorong perbincangan antara para penilai, komisioner dan golongan sasaran penilaian untuk mempertimbangkan bagaimana kriteria harus digunakan dan ditafsir. Proses sebegini boleh menyokong reka bentuk penilaian yang kredibel dan menepati masa lantas memenuhi keperluan pengguna dengan lebih baik.
Syarat metodologi sesebuah institusi juga mempengaruhi cara penggunaan kriteria penilaian ini. Para penilai harus merujuk kepada keperluan spesifik dan panduan organisasi masing-masing atau panduan komisioner. Sumber lain yang relevan termasuk panduan United Nations Evaluation Group (UNEG) atau standard amalan baik Evaluation Co-operation Group’s (ECG) dan panduan Active Learning Network for Accountability and Performance in Humanitarian l’s (ALNAP) berkenaan penilaian dalam konteks bantuan kemanusiaan juga sangat berguna jika berkenaan.
Menyahut Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
Copy link to Menyahut Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)Selain adaptasi kriteria penilaian kepada institusi tempat kriteria digunakan, cara kriteria difahami dan diterapkan akan mencerminkan konteks polisi yang lebih luas, lantas mempengaruhi cara para pengurus penilaian, para penilai dan pihak berkepentingan menggunakan kriteria ini. Untuk dekad yang seterusnya, para penilai yang bekerja dalam pembangunan kerjasama antarabangsa, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Agenda 2030 merupakan kerangka polisi yang sangat penting dan yang akan menentukan matlamat global.
Elemen utama Agenda 2030:
akses universal kepada manfaat pembangunan
keterangkuman terutamanya untuk yang paling berisiko ketinggalan
hak asasi manusiai, kesamarataan gender dan pertimbangan kesaksamaan (equity) lain
kelesteriaan alam sekitar, perubahan iklim dan pengurusan sumber asli
kerumitan konteks dan intervensi pembangunan
Sinergi antara pelbagai pelaku (actors) yang terlibat dalam proses pembangunan.
Kerangka ini mempengaruhi intervensi dan penilaiannya, termasuk cara kriteria ditafsir serta proses penilaian (termasuk siapa yang menggunakan kriteria penilaian ini, dan siapa yang mengenal pasti soalan utama). Kotak 3.3 menyediakan panduan penggunaan Agenda 2030 untuk mengemudi agenda penilaian nasional. Kotak 3.4 memberikan contoh bagaimana hal ini dilaksanakan dalam sistem penilaian pembangunan Jerman (BMZ, 2020[8]). Usaha serupa telah dilaksanakan oleh beberapa kerajaan nasional termasuk Costa Rica, Nigeria, Finland – dan organisasi bukan kerajaan (NGOs) serta menyediakan iktibar (lessons) berguna untuk para penilai dan pengurus penilaian (D’Errico, Geoghe and Piergallini, 2020[9]).
Definisi kriteria yang telah dikemas kini juga mencerminkan elemen Agenda 2030 dalam beberapa cara. Contohnya, dengan memberi pertimbangan khusus kepada konteks serta perspektif dan keutamaan penerima manfaat apabila menilai kriteria kesesuaian, keberkesanan dan impak; dengan mengambil kira kesaksamaan hasil (equity of results) di bawah kriteria keberkesanan dan impak; dan dengan mengambil pendekatan bersepadu apabila menilai kriteria kesepaduan. Kedua-dua prinsip penilaian juga mencerminkan Agenda 2030 kerana ia menggalakkan cara berfikir yang bersepadu.
Kotak 3.3. Menggunakan SDG untuk mengemudi agenda penilaian nasional
Copy link to Kotak 3.3. Menggunakan SDG untuk mengemudi agenda penilaian nasional“Evaluation to connect national priorities with the SDGs. A guide for evaluation commissioners and managers” menggariskan lima pertimbangan untuk menyokong sesebuah negara dalam membangunkan agenda penilaian dan meningkatkan nilai tambah penilaian. Para penilai digalakkan menerapkan pemikiran complex systems dan:
berfikir melangkaui polisi, program dan projek
meneliti faktor makro yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan
memahami perbezaan halus maksud “kejayaan”
memahami kepentingan budaya
menggunakan pemikiran evaluatif dan pengurusan adaptif
Sumber: Ofir et al. (2016[10]), Briefing: Five considerations for national evaluation agendas informed by the SDGs, https://pubs.iied.org/sites/default/files/pdfs/migrate/17374IIED.pdf
Kotak 3.4. Penjajaran kriteria penilaian kepada Agenda 2030 dan SDG
Copy link to Kotak 3.4. Penjajaran kriteria penilaian kepada Agenda 2030 dan SDGSoalan berikut telah dibangunkan oleh German Federal Ministry for Economic Co-operation and Development (BMZ) dengan sokongan German Institute for Development Evaluation (DEval) untuk membantu para penilai menilai sumbangan keseluruhan kepada Agenda 2030 dan SDGs. Setiap soalan di bawah adalah respon kepada prinsip SDG yang juga dikaitkan kepada kriteria penilaian ini.
Kesejagatan, tanggungjawab bersama dan akauntabiliti
Sejauh manakah intervensi tersebut menyumbang kepada pencapaian SDGs?(lihat kriteria impak)
Sejauh manakah intervensi tersebut direka bentuk untuk menggunakan sistem dan struktur sedia ada (rakan/penyumbang dana yang lain/ organisasi antarabangsa) untuk pelaksanaan aktiviti mereka dan sejauh manakah ia digunakan?
Adakah pembahagian kerja dengan penyumbang dana dan rakan pembangunan lain digunakan dalam pelaksanaan intervensi? Jika ada, sejauh manakah ini berlaku?
Sejauh manakah sistem yang sama digunakan untuk pemantauan, pembelajaran dan akauntabiliti? (lihat kriteria kesepaduan)
Interaksi ekonomik, alam sekitar dan pembangunan sosial
Sejauh manakah intervensi tersebut mengggunakan pendekatan holistik untuk pembangunan mampan? (sosial, alam sekitar dan ekonomik)? (lihat kriteria kesesuaian)
Sejauh manakah terdapat interaksi terancang atau tidak terancang, positif atau negatif antara hasil sosial, ekonomik, dan alam sekitar dengan impak keseluruhan intervensi tersebut? (lihat kriteria keberkesanan dan impak)
Apakah sumbangan intervensi tersebut dalam mempromosikan interaksi yang dirancang atau tidak dirancang, yang positif atau negatif antara hasil sosial, ekonomik serta alam sekitar dan apakah impak keseluruhan intervensi tersebut? (lihat kriteria keberkesanan dan impak)
Keterangkuman
Sejauh manakah intervensi tersebut konsisten dengan norma dan standard antarabangsa berhubung keterlibatan dan mengetengahkan kumpulan kurang bernasib baik dan kumpulan rentan? (lihat kriteria kesepaduan)
Sejauh manakah terdapat perubahan pembangunan menyeluruh yang dirancang atau tidak dirancang, positif atau negatif dalam kumpulan kurang bernasib baik dan kumpulan rentan (pembezaan dibuat menurut usia, pendapatan, gender, kaum, dsbgnya)? (lihat kriteria impak)
Apakah sumbangan intervensi tersebut kepada impak pembangunan menyeluruh yang dirancang atau tidak dirancang, yang positif atau negatif pada tahap kumpulan kurang bernasib baik dan kumpulan rentan (pembezaan dibuat menurut usia, pendapatan, gender, kaum, dsbgnya)? (lihat kriteria impak)
Sejauh manakah intervensi tersebut menyumbang kepada pengukuhan daya tahan kumpulan kurang bernasib baik atau kumpulan rentan (pembezaan dibuat menurut usia, pendapatan, gender, kaum, dsbgnya)? (lihat kriteria kemampanan)
Sumber: BMZ (2020[8]), Evaluation Criteria for German Bilateral Development Co-operation
Mengaplikasi lensa gender kepada kriteria penilaian
Copy link to Mengaplikasi lensa gender kepada kriteria penilaianPara penilai perlu bekerja dalam cara yang mempertimbangkan pengalaman dan impak yang berbeza mengikut gender secara bernas, serta cara pengalaman dan impak ini berinteraksi dengan diskriminasi lain dalam konteks tertentu (contohnya usia, bangsa dan kaum, status sosial). Tanpa mengira intervensi, para penilai harus mempertimbangkan bagaimana dinamik kuasa gender menyilang dan berinteraksi dengan bentuk diskriminasi lain dalam mempengaruhi pelaksanaan dan hasil intervensi tersebut. Hal ini mungkin melibatkan pertimbangan bagaimana politik, ekonomi dan sosiobudaya konteks intervensi mempengaruhi penyampaian dan pencapaian objektif.
Mengaplikasi lensa gender boleh memberi evidens untuk pembelajaran dan akauntabiliti serta menyokong pencapaian matlamat kesamarataan gender. Langkah praktikal untuk mengaplikasi lensa gender kepada kriteria penilaian termasuk:
para penilai, pengurus dan komisioner bekerjasama dalam cara yang inklusif dan yang menjurus kepada keterlibatan bersesuaian dalam pembuatan keputusan, pengumpulan data, analisis dan perkongsian dapatan
mempertimbangkan sejauh mana gender berinteraksi dengan kekangan sosial lain untuk mengancam peluang kesamarataan dalam intervensi tersebut
mempertimbangkan bagaimana suatu intervensi berinteraksi dengan perundangan, ekonomik, politik, agama dan persekitaran sosio-budaya untuk mengukuhkan pentafsiran pengalaman dan impak pelbagai pihak berkepentingan
mempertimbangkan definisi kelelakian, keperempuanan dan sebarang perubahan kepada peranan dan dinamik gender
analisis oleh penilai yang mahir dalam pendekatan penilaian sensitif gender dan mempertimbangkan pengalaman bekerja dalam pelbagai konteks semasa memilih penilai.
Jadual berikut telah dibangunkan untuk membantu para penilai mempertimbangkan bagaimana mereka boleh mengaplikasi lensa gender kepada kriteria penilaian:
Jadual 3.1. Mengaplikasi lensa gender kepada kriteria penilaian
Copy link to Jadual 3.1. Mengaplikasi lensa gender kepada kriteria penilaian|
Kriteria |
Soalan bimbingan untuk mengaplikasi lensa gender |
|---|---|
|
Kesesuaian |
Adakah intervensi direka dalam cara yang memenuhi keperluan dan keutamaan semua gender? Jika ya, bagaimana? Sejauh manakah reka bentuk intervensi tersebut mencerminkan hak semua gender dan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai jenis pihak berkepentingan tempatan termasuk kumpulan terpinggir? Adakah intervensi tersebut memenuhi keperluan praktikal dan strategik semua gender? |
|
Kesepaduan |
Sejauh manakah reka bentuk, penyampaian dan hasil intervensi tersebut selaras dengan undang-undang antarabangsa dan komitmen kepada hak dan kesamarataan gender, termasuk Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), Beijing Declaration and Platform for Action, Programme of Action of the International Conference on Population and Development, dan Agenda 2030? Sejauh manakah intervensi tersebut menyokong perundangan nasional dan inisiatif yang bertujuan menambah baik kesamarataan gender dan hak asasi manusia? Apakah iktibar (lessons) yang boleh diambil? |
|
Keberkesanan |
Adakah intervensi tersebut mencapai objektifnya dan hasil yang dirancang dalam cara yang menyumbang kepada kesamarataan gender? Jika ya, bagaimana? Adakah terdapat pembezaan hasil untuk kumpulan berlainan? Jika ya, bagaimana dan kenapa? Adakah pendekatan berlainan diperlukan untuk mencapai kumpulan gender berlainan? Adakah terdapat pemantauan yang mencukupi dan adakah analisis kesan terbeza dibuat? Adakah intervensi tersebut diubah suai untuk menangani sebarang isu yang timbul dan memaksimumkan keberkesanan? Adakah theory of change dan kerangka hasil dipacu oleh analisis kesamarataan gender, analisis politik dan ekonomi serta hak asasi manusia? Jika ya, sejauh manakah ini berlaku? Sejauh manakah dan mengapa keberkesanan berbeza untuk kumpulan berlainan gender? |
|
Kecekapan |
Adakah sumber berlainan diperuntukkan dalam cara yang mengambil kira kesamarataan gender? Jika ya, bagaimana peruntukan ini dibuat? Adakah peruntukan sumber yang berbeza itu sesuai? Adakah pelaburan kos perseorangan yang dirancang memenuhi keperluan terbeza untuk kumpulan gender berlainan? |
|
Impak |
Adakah terdapat impak sama rata untuk gender berlainan atau adakah terdapat sebarang perbezaan yang berkaitan gender dalam keterlibatan, pengalaman dan kesan? Jika ya, kenapakah perbezaan kesan berlaku? Sejauh manakah kesan berkaitan gender bersilang dengan kekangan sosial lain seperti kaum/etnik, kurang upaya, umur serta orientasi jantina dalam menyumbang kepada pengalaman dan hasil yang berbeza? Bagaimana norma dan kekangan gender dalam politik, ekonomik, agama, perundangan, dan persekitaran sosiobudaya mempengaruhi keberhasilan? Sejauh manakah kesan ini menyumbang kepada hubungan kuasa sama rata (equal power relations) antara kumpulan gender berlainan dan kepada perubahan norma sosial serta sistem? |
|
Kemampanan |
Adakah terdapat impak sama rata untuk gender berlainan atau adakah terdapat sebarang perbezaan yang berkaitan gender dalam keterlibatan, pengalaman dan kesan? Jika ya, kenapakah perbezaan kesan berlaku? Sejauh manakah kesan berkaitan gender bersilang dengan kekangan sosial lain seperti kaum/etnik, kurang upaya, umur serta orientasi jantina dalam menyumbang kepada pengalaman dan hasil yang berbeza? Bagaimana norma dan kekangan gender dalam politik, ekonomik, agama, perundangan, dan persekitaran sosiobudaya mempengaruhi keberhasilan? |
Penggunaan kriteria penilaian yang lain
Copy link to Penggunaan kriteria penilaian yang lainKeenam-enam kriteria ini dirancang sebagai satu set lengkap yang mencerminkan semua konsep penting dalam penilaian. Jika diterapkan secara bernas dan dalam cara yang bersesuaian dengan konteks, kriteria ini adalah mencukupi untuk penilaian merentas bidang pembangunan mampan dan kemanusiaan (humanitarian). Namun, dalam konteks tertentu, kriteria lain digunakan. Contohnya, dalam penilaian polisi, kebanyakan institusi akan mewajibkan analisis terhadap bidang fokus tertentu. Pada 2020, satu penilaian program kesihatan Itali di Bolivia telah menggunakan sembilan kriteria: kesesuaian, keberkesanan, kecekapan, impak, kemampanan, kesepaduan, nilai tambah kerjasama Itali, keterlihatan kerjasama Itali dan pemilikan (ownership; (Eurecna Spa, 2020[11]). Satu contoh lain melibatkan penggunaan kriteria penilaian dalam situasi bantuan kemanusiaan di mana kriteria seperti kesesuaian, jangkauan dan perkaitan (connectedness) adalah sangat relevan3. Additionality adalah kriteria yang kadangkala digunakan, biasanya dalam bidang pembiayaan gabungan (blended finance), pembiayaan yang tidak dijamin kerajaan (non-sovereign finance) dan pembiayaan iklim (climate finance). Terdapat pelbagai definisi additionality yang diguna pakai dan ini termasuk pelbagai jenis additionality kewangan dan bukan kewangan4. Bergantung kepada definisi yang digunakan, additionality boleh diteliti di bawah kriteria kesesuaian, keberkesanan atau impak. Ia juga digunakan sebagai kriteria merentas bidang.
Pengguna haruslah berhati-hati apabila mempertimbangkan penambahan kriteria kerana ini boleh mengakibatkan kekeliruan dan menjadikan suatu penilaian terlalu luas (membawa kepada analisis yang kurang berguna). Penggunaan kriteria yang terhad adalah berguna untuk memastikan analisis mendalam yang mencukupi serta kejelasan konsep – satu isu yang sering ditimbulkan dalam proses konsultasi semasa pengemaskinian definisi pada tahun 2017-2019.
Apabila menggunakan kriteria lain adalah penting untuk mendefinisi kriteria tersebut. Penerangan tentang kenapa kriteria lain ditambah dapat membantu memastikan orang lain memahami bagaimana kriteria tambahan tersebut serasi dengan enam kriteria penilaian yang diterangkan dalam panduan ini. Untuk menyokong pembelajaran merentas pelbagai penilaian, adalah penting supaya konsep atau elemen yang sama dinilai di bawah kriteria yang sama.
Tidak kira kriteria mana yang digunakan, prinsip utama dan panduan yang disediakan di sini haruslah diterapkan.
Rujukan
[4] ADE (2019), Joint Evaluation of the Integrated Solutions Model in and around Kalobeyei, Turkana, Kenya, UNHCR and Danida, https://um.dk/en/danida-en/results/eval/eval_reports/publicationdisplaypage/?publicationid=dd54bef1-1152-468c-974b-c171fbc2452d (accessed on 11 January 2021).
[12] Bamberger, M., J. Vaessen and E. Raimondo (2015), Dealing With Complexity in Development Evaluation - A Practical Approach, https://www.betterevaluation.org/en/resources/dealing_with_complexity_in_development_evaluation (accessed on 11 January 2021).
[8] BMZ (2020), Evaluation Criteria for German Bilateral Development Co-operation.
[5] Bryld, E. (2019), Evaluation of Sida’s Support to Peacebuilding in Conflict and Post-Conflict Contexts: Somalia Country Report, Sida, https://publikationer.sida.se/contentassets/1396a7eb4f934e6b88e491e665cf57c1/eva2019_5_62214en.pdf (accessed on 11 January 2021).
[9] D’Errico, S., T. Geoghe and I. Piergallini (2020), Evaluation to connect national priorities with the SDGs | Publications Library, IIED, https://pubs.iied.org/17739IIED (accessed on 22 February 2021).
[3] Danida (2019), Evaluation of Water, Sanitation and Environment Programmes in Uganda (1990-2017), Evaluation Department, Ministry of Foreign Affairs of Denmark, http://www.oecd.org/derec/denmark/denmark-1990-2017-wash-environment-uganda.pdf (accessed on 11 January 2021).
[13] Davis, R. (2013), “Planning Evaluability Assessments: A Synthesis of the Literature with Recommendations”, No. 40, DIFD, https://www.gov.uk/government/publications/planning-evaluability-assessments (accessed on 12 January 2021).
[11] Eurecna Spa (2020), Bolivia - Evaluation of Health Initiatives (2009-2020), Italian Ministry of Foreign Affairs and International Cooperation, http://www.oecd.org/derec/italy/evaluation-report-of-health-initiatives-in-Bolivia-2009_2020.pdf (accessed on 11 January 2021).
[2] Helle, E. et al. (2018), From Donors to Partners? Evaluation of Norwegian Support to Strengthen Civil Society in Developing Countries through Norwegian Civil Society Organisations, Norad Norwegian Agency for Development Cooperation, https://www.norad.no/globalassets/filer-2017/evaluering/1.18-from-donor-to-partners/1.18-from-donors-to-partners_main-report.pdf (accessed on 11 January 2021).
[6] Molund, S. and G. Schill (2004), Looking Back, Moving Forward Sida Evaluation Manual, Sida, https://www.oecd.org/derec/sweden/35141712.pdf (accessed on 11 January 2021).
[1] OECD (2019), Better Criteria for Better Evaluation: Revised Evaluation Criteria Definitions and Principles for Use, DAC Network on Development Evaluation, OECD Publishing, Paris, https://www.oecd.org/dac/evaluation/revised-evaluation-criteria-dec-2019.pdf (accessed on 11 January 2021).
[14] OECD (2002), Evaluation and Aid Effectiveness No. 6 - Glossary of Key Terms in Evaluation and Results Based Management (in English, French and Spanish), OECD Publishing, Paris, https://doi.org/10.1787/9789264034921-en-fr.
[10] Ofir, Z. et al. (2016), Briefing: Five considerations for national evaluation agendas informed by the SDGs, IIED, London, https://doi.org/10.3138/cjpe.30.3.02./11.
[7] WFP (2016), Technical Note: Evaluation Methodology, DEQAS, World Food Programme, https://docs.wfp.org/api/documents/704ec01f137d43378a445c7e52dcf324/download/ (accessed on 11 January 2021).
Nota
Copy link to Nota← 1. Evaluabiliti (kebolehnilaian) ialah sejauh mana sesuatu aktiviti atau program boleh dinilai dalam cara yang boleh dipercayai (reliable) dan kredibel. Penilaian evaluabiliti adalah penilaian awal sesuatu aktiviti untuk menentukan sama ada objektifnya ditakrifkan dengan memadai dan hasilnya boleh disahkan (OECD, 2002[14]). Lihat juga Davis (2013[13]).
← 2. Proses pembentukan soalan penilaian dan penglibatan pihak berkepentingan, sambil mengambil kira kerumitan intevensi, dibincangkan dengan lebih mendalam, contohnya oleh Bamberger, Vaessen dan Raimondo (2015[12]).
← 3. Active Learning Network for Accountability and Performance in Humanitarian Action (ALNAP) sedang mengemas kini panduan 2006 tentang penggunaan kriteria penilaian dalam bidang bantuan kemanusiaan, yang juga merupakan dokumen pelengkap kepada panduan komprehensif ALNAP yang bertajuk Evaluation of Humanitarian Action Guide.
← 4. Working Group on Evaluating Blended Finance EvalNet telah menyokong kaji selidik tentang definisi additionality dan konsep berkaitan. Dapatan kaji selidik telah diterbitkan pada awal tahun 2021.