Bab ini mempertimbangkan setiap satu daripada enam kriteria penilaian dengan lebih terperinci. Bab ini meneroka makna definisi kriteria penilaian dalam amalan penilaian, analisis elemen berlainan dan bagaimana kriteria ini boleh diterapkan dalam cara yang mencerminkan keterangkuman serta kesamarataan. Bagi setiap kriteria, satu jadual yang menggariskan cabaran utama terhadap penerapannya serta cadangan praktikal tentang bagaimana cabaran tersebut boleh ditangani para penilai dan pengurus penilaian. Bab ini merangkumi pelbagai contoh yang menggambarkan aplikasi praktikal kriteria serta mendorong refleksi kritis terhadap dimensi setiap definisi.
Mengaplikasi Kriteria Penilaian Secara Bernas
4. Memahami enam kriteria penilaian: Definisi, elemen untuk analisis dan cabaran utama
Copy link to 4. Memahami enam kriteria penilaian: Definisi, elemen untuk analisis dan cabaran utamaAbstrak
Bab ini memperkenalkan enam kriteria penilaian (Rajah 4.1) dalam satu turutan logik: bermula dengan kesesuaian dan kesepaduan, kemudian keberkesanan dan kecekapan, dan akhirnya impak dan kemampanan. Setiap kriteria didefinisikan dan kepentingannya dihuraikan. Kemudian definisi tersebut dihuraikan dengan lebih terperinci melalui penelitian elemen analisisnya – konsep utama yang terkandung dalam definisi. Elemen ini bukan subkriteria, tetapi menggambarkan cara berlainan konsep tersebut boleh digunakan menurut konteks dan tujuan penilaian. Hubungan dengan kriteria lain juga diteroka.
Bab ini juga merangkumi pemikiran awal tentang isu utama berkaitan keterangkuman dan prinsip ”tiada sesiapa yang ketinggalan” (leave no one behind) seperti yang dimandatkan dalam Agenda 2030. Kerja lanjut sedang dilaksanakan untuk meneroka penerapan lensa kesaksamaan (equity) kepada kriteria penilaian ini serta pendekatan penilaian, termasuk panduan spesifik untuk kesamarataan gender, pemerkasaan wanita dan hak asasi manusia.
Untuk setiap kriteria, satu jadual menggariskan cabaran lazim berserta cadangan untuk para penilai dan pengurus penilaian menangani cabaran tersebut. Jadual ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa apabila pengalaman penggunaan definisi baharu dikongsi.
Akhir sekali, contoh amalan sebenar disediakan untuk menjelaskan cara mentafsir setiap kriteria.
Rajah 4.1. Enam kriteria penilaian dan soalan berkaitan
Copy link to Rajah 4.1. Enam kriteria penilaian dan soalan berkaitan
Kesesuaia
Copy link to KesesuaiaDefinisi kesesuaian:
Copy link to Definisi kesesuaian:Kesesuaian: Adakah intervensi melakukan perkara yang sepatutnya?
Sejauh mana objektif dan reka bentuk intervensi tersebut responsif kepada keperluan, polisi dan keutamaan penerima manfaat1 di peringkat global, negara dan rakan/institusi, serta akan berterusan walau keadaan telah berubah.
Nota: “Responsif kepada” bermaksud objektif dan reka bentuk intervensi tersebut adalah sensitif kepada keadaan ekonomik, alam sekitar, kesaksamaan (equity), sosial, ekonomi politik (political economy) dan kapasiti tempat intervensi dilaksanakan. “Rakan/institusi” termasuk kerajaan (nasional, serantau, tempatan), organisasi masyarakat sivil, pihak swasta dan badan antarabangsa yang terlibat dalam pembiayaan, pelaksanaan dan/atau penyeliaan intervensi tersebut. Penilaian kesesuaian melibatkan penelitian kelainan dan tukar-ganti(trade-offs) antara keperluan atau keutamaan berlainan. Hal ini memerlukan analisis terhadap sebarang perubahan dalam konteks untuk menilai sejauh mana intervensi tersebut boleh (atau telah) disesuaikan supaya tetap relevan.
Apakah kesesuaian dan mengapa ia penting?
Penilaian kesesuaian membantu pengguna memahami sama ada intervensi tersebut melakukan perkara yang sepatutnya. Ia membolehkan para penilai menilai kejelasan matlamat sesuatu intervensi dan sejauh mana pelaksanaan intervensi tersebut selaras dengan keperluan penerima manfaat dan pihak berkepentingan, serta keutamaan yang mendasari intervensi. Kriteria kesesuaian meneliti sama ada pihak berkepentingan melihat intervensi tersebut sebagai berguna dan bernilai.
Kesesuaian ialah pertimbangan penting merentas kitaran program atau polisi, daripada reka bentuk hingga pelaksanaan. Kesesuaian juga boleh diteliti dari segi matlamat global seperti Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Ia boleh dianalisis melalui empat elemen analisis yang berpotensi: kesesuaian kepada keperluan penerima manfaat serta pihak berkepentingan, kesesuaian kepada konteks, kesesuaian kualiti dan reka bentuk, serta kesesuaian dari semasa ke semasa. Kesemua ini dibincangkan secara terperinci di bawah elemen analisis. Empat elemen ini harus dipertimbangkan mengikut matlamat penilaian dan bukan terhad (exhaustive).
Penilaian kesesuaian perlu bermula dengan menentukan sama ada objektif intervensi telah didefinisikan dengan sebaiknya, realistik serta boleh dilaksanakan, dan sama ada hasil boleh diverifikasi serta selaras dengan standard antarabangsa terkini untuk intervensi pembangunan. Hal ini perlu selaras dengan konsep evaluabiliti (kebolehnilaian) seperti yang diperincikan dalam OECD’s Quality Standards for Development Evaluation (OECD, 2010[1]). Hasil atau pernyataan objektif mungkin dinyatakan dengan kurang jelas, sukar diukur atau tertumpu kepada aktiviti atau input. Dalam sesetengah kes, theory of change perlu diperhalusi atau dibina semula untuk membolehkan penilai mengenal pasti objektif intervensi dengan jelas. Para penilai harus membuat penilaian berdasarkan objektif yang berkualiti dan realistik. Indikator untuk mengukur pencapaian objektif perlu disahkan berdasarkan kriteria seperti dalam indikator SMART (Spesifik, Boleh Diukur, Boleh Dicapai, Relevan dan Menepati Masa; (IDD and Associates, 2006[2]). Penilaian yang meneliti kesesuaian harus mempertimbangkan sama ada dan bagaimana objektif bersesuaian telah dioperasikan dalam cara yang mencerminkan amalan terbaik. Objektif juga harus mencerminkan kapasiti dan keupayaan organisasi rakan pelaksana dan tindakan yang diambil jika berlaku sebarang perubahan dalam konteks.
Para penilai juga perlu mengenal pasti dengan jelas pihak berkepentingan yang mana keperluan dan keutamaan harus dipertimbangkan semasa penilaian kesesuaian. Ini termasuk penerima manfaat serta rakan dan institusi pembiayaan, penyeliaan dan pelaksanaan. Penerima manfaat perlu diberi penekanan khusus. Pemilikan (ownership) sesuatu intervensi adalah penting dan penerima manfaat adalah pihak berkepentingan utama dalam definisi keutamaan dan keperluan. Bergantung kepada intervensi, adalah penting juga untuk mempertimbangkan keperluan nasional dan subnasional (jika berkenaan), strategi tempatan untuk memenuhi keperluan serta sejauh mana intervensi selaras dengan keperluan tersebut. Keperluan institusi boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada keperluan pemberi dana (donor), ini bermakna kesesuaian boleh dinilai merentas konteks polisi, termasuk kes yang mana tidak mempunyai pemberi dana yang jelas tetapi adanya rakan intervensi (contoh dalam kes polisi perdagangan).
Memahami kesesuaian: Elemen analisis
Definisi kesesuaian merangkumi empat dimensi: responsif kepada keperluan, polisi dan keutamaan; sensitif dan responsif kepada konteks; kualiti reka bentuk; kepekaan dari semasa ke semasa.
Responsif kepada keperluan, polisi dan keutamaan
Elemen yang paling penting dalam analisis kesesuaian ialah penilaian sejauh mana sesuatu intervensi memenuhi keperluan dan keutamaan penerima manfaat. Analisis sebegini memberi pencerahan tentang isu yang ditangani oleh sesuatu intervensi dan sebabnya. Penerima manfaat ialah pihak berkepentingan utama untuk sesuatu intervensi dan haruslah dipertimbangkan sepanjang proses. Penerima manfaat tidak semestinya orang yang menerima perkhidmatan secara langsung. Bergantung kepada jenis intervensi, penerima manfaat mungkin berada di bahagian atas (further upstream) dalam rantaian hasil. Contohnya sesuatu intervensi mungkin bermatlamat meningkatkan kapasiti pejabat audit nasional. Peningkatan kapasiti ini akan mengukuhkan pengurusan kewangan awam yang akhirnya menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan seperti peningkatan kesihatan dan pendidikan. Namun, untuk tujuan penilaian sokongan kapasiti, penerima manfaat ialah kakitangan pejabat audit yang merupakan penerima manfaat utama. Mentakrifkan penerima manfaat dengan jelas, sama ada utama dan sekunder, ialah langkah pertama dalam penilaian kesesuaian.
Analisis keperluan penerima manfaat dan sama ada keperluan ini dipenuhi bukan sahaja menjelaskan tahap responsif, tetapi juga pemilikan dan penyertaan berkaitan reka bentuk serta pelaksanaan intervensi, yang boleh mempengaruhi kriteria lain. Ini membantu pemahaman tentang siapa yang terlibat dan tidak terlibat dalam reka bentuk, lantas bagaimana hal ini mempengaruhi reka bentuk dan pelaksanaan.
Kriteria ini menunjukkan bahawa usaha harus tertumpu kepada keperluan paling terdesak, atau dalam bahasa Agenda 2030: mencapai yang paling terbelakang (terpinggir) dahulu. Kriteria kesesuaian adalah berguna dalam memahami siapa yang terlibat dalam dan dicapai oleh intervensi. Kriteria ini menyediakan peluang untuk para penilai mempertimbangkan sama ada dan sejauh mana kumpulan terpinggir dimasukkan dalam polisi dan keutamaan intervensi. Walaupun sesuatu intervensi selaras dengan polisi/dasar rasmi, ia mungkin tidak peka kepada keutamaan sebenar peserta yang mungkin tidak terlibat dalam menetapkan keutamaan dan pelan rasmi.
Penilaian kriteria kesesuaian juga harus mengambil kira bagaimana intervensi memenuhi keutamaan institusi atau rakan yang terlibat. Ini termasuk kerajaan (nasional, serantau, tempatan), organisasi masyarakat sivil, pihak swasta dan badan antarabangsa yang terlibat dalam pembiayaan dana, pelaksanaan dan/atau penyeliaan intervensi tersebut. Kesesuaian akan meneliti keselarasan strategi dan polisi institusi ini.
Untuk menilai kesesuaian sesuatu intervensi kepada keperluan, polisi dan keutamaan global, penilaian harus menyemak sumbangannya kepada matlamat menyeluruh global (iaitu kepentingan relatif intervensi ini berbanding usaha yang lebih luas). Ini biasanya melibatkan perbandingan hasil (potensi) dalam konteks/negara dengan alternatif yang wujud di tempat lain. Soalan yang berkaitan kesesuaian global tidak selalunya diteliti semasa reka bentuk intervensi. Oleh itu, para penilai boleh menjalankan analisis berguna untuk soalan ini demi membantu pihak berkepentingan memahami kepentingan strategik sesuatu intervensi melangkaui konteks tempatannya.
Definisi kesesuaian juga menyeru para penilai meneliti potensi ketegangan atau tukar-ganti (trade-offs) berhubung keperluan dan keutamaan siapakah yang dipenuhi melalui intervensi tersebut. Pelbagai perspektif peserta serta pihak berkepentingan lain mungkin tidak selaras, maka penilaian perlu merungkai perbezaan ini dan meneroka implikasi pilihan yang dibuat. Sebagai contoh, intervensi yang bertujuan menghapuskan penyakit – seperti polio – dari semua negara akan meneliti beban penyakit untuk menentukan keutamaan global bagi tindakan dalam sesebuah negara atau rantau. Mungkin terdapat kes yang mana keutamaan global untuk intervensi tersebut, iaitu vaksinasi polio di rantau terakhir yang masih terdapat jangkitan komuniti, bertentangan dengan keutamaan tempatan, contohnya apabila penerima manfaat lebih mengutamakan isu air dan sanitasi. Maka, adalah berguna untuk para penilai membongkar ketegangan sebegini melalui analisis kesesuaian yang teliti.
Peka dan responsif kepada konteks
Keperluan penerima manfaat dan pihak berkepentingan lain tidak boleh difahami secara terasing kerana ia dibentuk oleh konteks mereka. Konteks mempunyai banyak aspek dan merangkumi faktor berikut: pertimbangan ekonomik, alam sekitar, kesaksamaan (equity), sosial, budaya, ekonomi politik (political economy) dan kapasiti. Para penilai digalakkan memahami faktor konteks manakah paling penting kepada sesuatu intervensi.
Kesesuaian konteks boleh dianalisis dalam reka bentuk dan pelaksanaan intervensi. Pertimbangan konteks juga bergantung kepada sama ada sesuatu penilaian adalah ex-ante (sebelum pelaksanaan) atau ex-post (selepas pelaksanaan). Contohnya, para penilai boleh bertanya soalan bagaimana konteks difahami dan diambil kira semasa reka bentuk intervensi. Untuk penilaian ex-post, para penilai harus mempertimbangkan sama ada konteks telah berubah antara fasa permulaan dan fasa akhir intervensi tersebut. Penilaian ex-post akan mempunyai lebih banyak konteks dan harus dimasukkan dalam analisis penilaian. Hal ini melengkapi elemen masa bagi analisis kriteria kesesuaian, dengan mempertimbangkan sebarang turun naik dalam kesesuaian sesuatu intervensi apabila keadaan berubah.
Konteks sejarah juga boleh dipertimbangkan. Contohnya, adakah intervensi serupa pernah berlaku sebelum ini? Adakah terdapat ketegangan pada masa lampau, unsur perundangan atau politik yang mungkin mempengaruhi pemahaman tentang keperluan dan pembentukan matlamat? Konteks sejarah juga boleh merangkumi andaian yang dibuat pada masa lampau tentang kesesuaian sesuatu intervensi dan menguji sama ada andaian ini masih kekal dalam konteks semasa. Apabila penilaian terdahulu telah dilaksanakan, andaian ini mungkin berguna dalam menelusuri konteks sejarah dan sama ada intervensi memanfaatkan iktibar daripada penilaian terdahulu.
Kualiti reka bentuk
“Kualiti reka bentuk” mempertimbangkan sejauh mana intervensi tersebut direka untuk memenuhi keutamaan dan keperluan yang relevan serta sama ada matlamat telah dinyatakan dengan jelas. Selain itu, ia menilai sama ada keutamaan dan keperluan pihak berkepentingan telah dinyatakan dalam objektif intervensi, dalam theory of change (teori perubahan), theory of action (teori tindakan) dan/atau modus-operandi. Ini membantu para penilai memahami jurang dalam reka bentuk program yang mungkin melemahkan kesesuaian menyeluruh intervensi. Elemen analisis ini juga mempengaruhi kebolehnilaian (evaluabiliti) intervensi dengan menambah fokus kepada kualiti reka bentuk intervensi pada peringkat awal. Ia juga memberi pencerahan tentang kesesuaian intervensi kepada institusi yang melaksanakannya. Contohnya, para penilai boleh mempertimbangkan sama ada intervensi tersebut telah direka dengan mengambil kira kebolehlaksanaan teknikal, organisasi dan kewangan.
Penyesuaian dari semasa ke semasa
Para penilai harus mempertimbangkan bagaimana intervensi berubah dari semasa ke semasa. Peletusan konflik atau perubahan polisi dan konteks ekonomik akan memberi kesan signifikan kepada pelaksanaan. Kesesuaian berhubung pertimbangan masa perlu merangkumi analisis pengurusan adaptif. Para penilai harus mempertimbangkan kesesuaian bukan sahaja pada fasa permulaan dan akhir sesuatu program, tetapi bagaimana ia peka kepada perubahan sepanjang hayat program. Ini membantu para penilai meneliti sebarang perubahan dalam kesesuaian sesuatu intervensi apabila keadaan pelaksanaan berubah. Contohnya, ini mungkin meliputi analisis bagaimana penyesuaian yang telah dilakukan masih memenuhi keperluan dan keutamaan paling penting dan sama ada adaptasi menjejaskan kualiti reka bentuk.
Adaptasi berterusan kepada konteks luaran dan perubahan dalaman harus dipertimbangkan (cth apabila perubahan pembiayaan dana membawa kepada perubahan pelaksanaan program). Selain itu, risiko dan peluang boleh dipertimbangkan, termasuk sejauh mana program mengurangkan risiko yang akan melemahkan matlamatnya, atau sejauh mana program disesuaikan untuk merebut peluang baik, atau untuk memenuhi keperluan dengan lebih baik. Penyesuaian mungkin mengakibatkan tukar-ganti (trade-offs) keperluan yang perlu diutamakan, justeru membangkitkan isu akauntabiliti. Ini perlu diteliti sepenuhnya untuk memahami sama ada penyesuaian telah mengubah kesesuaian sesuatu program.
Perkaitan dengan kriteria lain
Memandangkan kriteria ini saling berkait, kriteria kesesuaian boleh dihubungkan kepada kriteria lain dalam penilaian. Kesesuaian biasanya dilihat sebagai prasyarat untuk mencapai kriteria lain.
Penilaian kesesuaian menyediakan asas kepada pemahaman sama ada keperluan dipenuhi sebagai sebahagian keberkesanan dan impak. Kesesuaian sebagai kriteria adalah prasyarat kepada keberkesanan kerana pengenalpastian keperluan dan matlamat mesti dinyatakan dengan jelas untuk membolehkan penilaian keberkesanan.
Kesesuaian melengkapi kesepaduan. Kedua-dua kriteria ini memerlukan analisis konteks: bagi memahami keselarasan dengan keutamaan dan keperluan pihak berkepentingan utama untuk kriteria kesesuaian; dan bagi memahami perkaitan dengan intervensi lain untuk kriteria kesepaduan. Kesesuaian berfokus kepada cara sesuatu intervensi responsif kepada konteks. Kesepaduan pula melihat dengan lebih luas, iaitu intervensi lain dalam konteks tersebut dan bagaimana intervensi tersebut berinteraksi dengan intervensi yang sedang dinilai. Jika digabungkan, kesesuaian dan kesepaduan boleh memberikan gambaran lebih jelas tentang cara intervensi mempengaruhi, atau dipengaruhi oleh konteks pelaksanaannya.
Analisis kriteria kesesuaian juga dikaitkan kepada kriteria impak, yang meneliti kesan utama sesuatu intervensi – termasuk nilainya kepada pihak yang terkesan. Para penilai harus mengambil masa yang secukupnya untuk meneliti keperluan, keutamaan dan polisi semua pelaku (actors; termasuk potensi ketegangan antara mereka) supaya dapat menilai kesesuaian menyeluruh intervensi tersebut dengan baik dan juga untuk menganalisis lebih lanjut, kepentingan intervensi semasa penelitian kriteria impak.
Kebanyakan elemen kriteria kesesuaian adalah faktor penting dalam kriteria kecekapan dan kemampanan: intervensi yang sesuai adalah lebih cenderung disokong oleh pihak berkepentingan yang akan mempengaruhi ketepatan masa penyampaian dan penggunaan sumber, serta tahap pemilikan (ownership) terhadap manfaat yang terhasil, dan seterusnya kemampanan.
Mengintegrasi keterangkuman
Memahami dinamik kuasa gender dan komitmen SDG untuk “tiada sesiapa yang ketinggalan” (leave no one behind) adalah penting dalam memahami kriteria kesesuaian. Dinamik kuasa gender dan peminggiran kumpulan tertentu – termasuk kumpulan bangsa/etnik – merupakan pertimbangan utama untuk memahami kriteria kesesuaian dalam konteks tertentu.
Pemahaman tentang siapa yang terlibat dalam reka bentuk intervensi dan cara penglibatan mereka, dengan perhatian khusus kepada dinamik kuasa dan kumpulan terpinggir akan membantu para penilai memahami kesesuaian reka bentuk intervensi, serta sejauh mana intervensi tersebut peka kepada perubahan keperluan dari semasa ke semasa.
Definisi kesesuaian di atas menekankan kepentingan pertimbangan tukar-ganti (trade-offs) antara keperluan dan keutamaan berlainan, termasuk pertimbangan mendalam tentang kesaksamaan (equity) dan dinamik kuasa antara kumpulan yang terkesan secara langsung atau tidak langsung oleh intervensi.
Di sini terdapat hubungan kuat antara hak asasi manusia dan kesamarataan, khususnya apabila penilaian menggunakan lensa persilangan (intersectional) yang mempertimbangkan bagaimana pelbagai bentuk identiti sosial dan politik seperti gender, kekurangan upaya, etnik, orientasi seksual dan kelas sosial digabungkan untuk mewujudkan diskriminasi dan ketidaksamarataan. Semasa mengenal pasti keutamaan untuk analisis kesesuaian, adalah penting untuk mempertimbangkan kumpulan yang kurang diwakili (under-represented) dan kumpulan terpinggir (kumpulan yang mungkin terhad dalam akses kepada perkhidmatan dan/atau hak), serta bagaimana keperluan dan keutamaan mereka dirakamkan dalam dokumen formal serta polisi. Selain itu, penting untuk mempertimbangkan sama ada intervensi memberikan tahap akses yang berbeza dengan mengambil kira kekangan yang dihadapi oleh kumpulan tertentu.
Cabaran menilai kesesuaian dan cara menangani cabaran tersebut
Jadual di bawah mengenal pasti beberapa cabaran lazim apabila menilai kesesuaian, iaitu julat keperluan dan keutamaan yang perlu dipertimbangkan, objektif yang tidak dinyatakan dengan jelas dan perubahan dalam konteks, serta menyediakan cadangan menangani cabaran ini untuk para penilai dan pengurus penilaian.
Jadual 4.1. Cabaran menilai kesesuaian
Copy link to Jadual 4.1. Cabaran menilai kesesuaian|
Cabaran |
Cara menangani: Penilai |
Cara menangani: Pengurus penilaian |
|---|---|---|
|
Banyak pihak berkepentingan nasional dan antarabangsa mempunyai pelbagai keutamaan serta keperluan yang bercanggah untuk dipertimbangkan |
Analisis kesesuaian yang kukuh harus mempertimbangkan tukar-ganti yang berpotensi dan sebenar dalam memenuhi keperluan. Kesesuaian kepada penerima manfaat adalah pertimbangan paling penting dalam penelitian keperluan dan keutamaan. Pemilikan (ownership) dan keterlibatan juga membantu menangani cabaran ini dan memastikan keutamaan yang bersaing diambil kira dan jika boleh, diseimbangkan. |
Definisikan penerima manfaat dengan jelas serta ringkas. Jika rantaian hasil sangat panjang, fokus kepada penerima manfaat langsung untuk analisis kesesuaian dan biarkan soalan berkaitan penerima manfaat muktamad dianalisis di bawah kriteria keberkesanan dan impak. Apabila mengecilkan skop untuk menentukan keperluan dan keutamaan siapa yang paling penting, pertimbangkan matlamat penilaian dan komponen kesesuaian mana yang paling berguna dalam menyokong perkara ini. Pertimbangan teliti harus diberikan kepada penggunaan penilaian pada fasa reka bentuk. |
|
Memahami sama ada intervensi tersebut mempunyai objektif yang jelas dan sesuai serta cara objektif ini ditentukan. |
Untuk penilaian kesesuaian yang kukuh, objektif suatu intervensi ialah titik permulaan yang penting. Adalah mencabar jika objektif tidak dinyatakan dengan jelas. Para penilai harus menilai secara kritis sejauh mana objektif adalah cukup mencabar, mencerminkan keperluan penerima manfaat yang disasarkan serta kapasiti pihak berkepentingan, dan meneliti cara objektif ini dikenal pasti dan diverifikasi. Kesesuaian objektif mungkin diteliti selanjutnya di bawah kriteria impak untuk memahami sama ada objektif telah menyumbang kepada perubahan transformasi yang penting. Dalam masa yang sama, para penilai harus terlibat dengan pihak berkepentingan program untuk memahami objektif program, cara objektif didefinisikan dan memastikan sama ada pelan kontingensi wujud. Para penilai harus menilai sama ada dan sejauh mana ini berlaku, berdasarkan analisis mantap keperluan dan konteks. Ini akan membentuk titik permulaan yang penting untuk memahami kesesuaian. |
Dalam membangunkan terma rujukan (TOR), pengurus penilaian harus mengenal pasti objektif intervensi tersebut. TOR harus membolehkan para penilai meneliti secara kritis sejauh manak objektif sesuai dengan keperluan, konteks luaran, serta berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan. |
|
Intervensi tersebut tidak mempunyai theory of change (TOC) yang dinyatakan dengan jelas, logic model dan/atau rasional reka bentuk yang dinyatakan dengan eksplisit. |
Penilaian kesesuaian dibantu oleh TOC, logic model dan/atau rasional reka bentuk yang dinyatakan dengan explisit kerana kesemua ini menyediakan pencerahan penting untuk menilai kesesuaian reka bentuk. Para penilai harus mengenal pasti sama ada unsur-unsur ini wujud dan jika perlu, bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk membantu mereka membina semula atau menyatakan TOC dengan jelas sebagai titik permulaan untuk sesuatu penilaian. |
Para pengurus penilaian harus menyediakan dokumentasi TOC program/intervensi, logic model dan/atau rasional reka bentuk yang dinyatakan dengan eksplisit kepada para penilai pada permulaan penilaian. |
|
Konteks telah berubah tetapi sama ada dan bagaimana intervensi tersebut telah diubah suai adalah tidak jelas. |
Malangnya, pengubahsuaian tidak selalu didokumentasikan dengan baik. Adalah perlu untuk terlebih dahulu menjelaskan perubahan yang telah berlaku dan bagaimana intervensi tersebut diubah suai (atau tidak), untuk menilai kesesuaian. Jika jelas bahawa konteks berubah dengan ketara dan mempengaruhi kesesuaian, maka para penilai harus meneliti dokumen intervensi (seperti laporan tahunan atau suku tahunan, data pemantauan, dan jika boleh, data komunikasi seperti minit mesyuarat, pengumuman kepada staf dan peserta) untuk “membina semula” pengubahsuaian yang telah dilakukan, dan mengenal pasti keputusan utama serta faktor yang mempengaruhi keputusan tersebut. |
Para pengurus penilaian boleh membantu mengenal pasti dan menghubungi pembuat keputusan utama yang boleh membantu dalam “membina semula” sebarang pengubahsuaian yang dilakukan kepada intervensi tersebut. Jika keputusan tidak didokumentasikan dengan baik, temu bual adalah berguna untuk memahami apa yang telah berlaku. |
Contoh penilaian kesesuaian
Bahagian ini merangkumi beberapa contoh daripada penilaian kesesuaian sokongan belanjawan am, sokongan mata pencarian petani dan program sektor kesihatan.
Kotak 4.1. Menilai kesesuaian sokongan belanjawan am
Copy link to Kotak 4.1. Menilai kesesuaian sokongan belanjawan amPanduan metodologi OECD DAC EvalNet untuk penilaian sokongan belanjawan mencadangkan tumpuan kepada kesesuaian reka bentuk sokongan belanjawan dan campuran input berkaitan konteks politik, ekonomik dan sosial negara rakan, kerangka polisi kerajaannya dan strategi bantuan pembangunan rakan pembangunan.
Satu contoh soalan utama untuk kesesuaian ialah: Sejauh mana reka bentuk program sokongan belanjawan bersesuaian dan relevan dengan mengambil kira konteks politik, ekonomik dan sosial di negara tersebut, kerangka polisi kerajaannya dan strategi bantuan pembangunan rakan pembangunan?
Sebagai contoh, penilaian sokongan belanjawan di Tunisia (yang dirujuk dalam panduan) meneliti sejauh mana sokongan belanjawan menggunakan gabungan bantuan teknikal yang berguna, dialog polisi dan dana yang bersesuaian dengan konteks institusi kerajaan Tunisia dan keutamaannya. Sebagai langkah pertama, penilaian ini meneliti keberhasilan untuk kerajaan tersebut (sebagai penerima manfaat). Keberhasilan untuk penerima manfaat akhir, iaitu pengguna perkhidmatan (seperti belia yang mengikuti pendidikan tinggi), dimasukkan ke dalam langkah kedua yang menganalisis keberkesanan dan impak.
Sumber: OECD (2011[3]), Evaluating Budget Support: Methodological Approach,
Kotak 4.2. Menilai projek “Improving Farmer Livelihoods” di Zon Kering Myanmar
Copy link to Kotak 4.2. Menilai projek “Improving Farmer Livelihoods” di Zon Kering MyanmarIntervensi dan penilaian ini berfokus kepada mata pencarian dan keterjaminan makanan komuniti miskin dan rentan di Zon Kering Tengah Myanmar dan menyediakan satu contoh yang baik berkenaan penggunaan kriteria kesesuaian secara bersasar dan sesuai.
Penilaian kesesuaian merangkumi pertimbangan terhadap kepekaan intervensi kepada keperluan dan keutamaan pihak berkepentingan, serta bagaimana kumpulan pihak berkepentingan dilibatkan dalam reka bentuk dan pelaksanaan intervensi.
Penilaian ini menekankan kesesuaian dari semasa ke semasa, termasuk kebolehsuaian program kepada perubahan keadaan semasa pelaksanaan. Selain kesesuaian sepanjang tempoh projek, penilaian ini juga mempertimbangkan kesesuaian pada beberapa tempoh masa penting, seperti membandingkan penilaian kesesuaian pada pertengahan program dengan kesesuaian pada masa penilaian dilaksanakan.
Penilaian mendapati intervensi tersebut adalah sangat bersesuaian dengan keperluan dan konteks, serta sangat kukuh dalam adaptasi kepada perubahan alam sekitar dan polisi. Intervensi ini menggunakan kriteria kesesuaian dalam cara yang sesuai dengan meneliti keperluan dan konteks pada fasa reka bentuk dan semasa pelaksanaan untuk memberikan pemahaman menyeluruh tentang intervensi tersebut serta evolusinya.
Sumber: FAO (2020[4]), Evaluation of "Improving farmer livelihoods in the dry zone through improved livestock health, productivity and marketing", http://www.fao.org/3/ca8463en/ca8463en.pdf
Kotak 4.3. Evaluating the relevance of health initiatives in Bolivia
Copy link to Kotak 4.3. Evaluating the relevance of health initiatives in BoliviaPenilaian ini meneliti sokongan sektor kesihatan di Bolivia pada 2009-2020. Untuk kesesuaian, penilaian bukan sahaja meneliti permintaan rasmi yang diluluskan oleh kerajaan Bolivia khususnya Kementerian Kesihatan, tetapi juga mempersoalkan kepekaan kepada keperluan spesifik pihak berkepentingan, termasuk penerima manfaat. Penilaian ini merumuskan bahawa:
Kesesuaian: Projek tersebut memberi respons kepada inisiatif dan permintaan institusi serta pihak berkuasa yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, yang bermakna kerjasama Itali secara berkesan memberi respons kepada keperluan kerajaan Bolivia. Tetapi, penilaian mendapati tiada proses teratur untuk mengenal pasti keperluan projek secara menyeluruh, yang akhirnya menimbulkan masalah kesesuaian dan konsistensi. Projek yang paling berjaya antara projek yang dinilai ialah projek yang sekurang-kurangnya menunjukkan pengetahuan yang memadai berkenaan keperluan spesifik yang perlu dipenuhi.
Sumber: Eurecna Spa (2020[5]), Bolivia - Evaluation of health initiatives (2009-2020), http://www.oecd.org/derec/italy/evaluation-report-of-health-initiatives-in-Bolivia-2009_2020.pdf
Kesepaduan
Copy link to KesepaduanDefinisi kesepaduan:
Copy link to Definisi kesepaduan:Kesepaduan: Apakah tahap kesepadanan intervensi?
Kesepadanan intervensi tersebut dengan intervensi lain dalam sebuah negara, sektor atau institusi.
Nota: Setakat mana intervensi lain (khususnya polisi) menyokong atau menjejaskan intervensi tersebut dan sebaliknya. Ini termasuk kesepaduan dalaman dan kesepaduan luaran. Kesepaduan dalaman bertumpu kepada sinergi dan perkaitan antara intervensi tersebut dengan intervensi lain yang dilaksanakan oleh institusi/kerajaan yang sama, serta konsistensi intervensi tersebut dengan norma dan standard antarabangsa relevan yang dipatuhi oleh institusi/kerajaan tersebut. Kesepaduan luaran pula mempertimbangkan keselarasan intervensi tersebut dengan intervensi lain dalam konteks yang sama. Ini termasuk melengkapi, pengharmonian dan penyelarasandengan pihak lain, serta sejauh mana intervensi tersebut menambah nilai sambil mengelakkan pertindihan usaha.
Apakah kesepaduan dan mengapa ia penting?
Dalam dunia hari ini, perhatian yang lebih besar perlu diberikan kepada kesepaduan, dengan peningkatan tumpuan dalam sinergi (atau tukar ganti) antara bidang polisi dan perhatian kepada koordinasi rentas kerajaan. Hal ini khususnya penting dalam suasana konflik dan respons kemanusiaan, serta semasa menangani kecemasan iklim.
Sejajar dengan Agenda 2030 dan SDG, kriteria baharu ini menggalakkan pendekatan bersepadu dan menyediakan lensa penting untuk menilai kesepaduan, termasuk sinergi, koordinasi rentas kerajaan serta penjajaran dengan norma dan standard antarabangsa. Penelitian kesepaduan mempertimbangkan pelbagai tukar ganti dan ketegangan, serta mengenal pasti situasi apabila pertindihan usaha berlaku atau tiada keselarasan dalam pendekatan pelaksanaan polisi merentas kerajaan atau institusi berlainan yang kesemuanya boleh menjejaskan kemajuan secara keseluruhan.
Kriteria ini juga menggalakkan para penilai memahami peranan sesuatu intervensi dalam sistem tertentu (organisasi, sektor, bidang tematik, negara), berbanding mengambil perspektif eksklusif intervensi atau berpusatkan institusi. Walaupun kesepaduan luaran bertujuan memahami sama ada dan sejauh mana keselarasan objektif polisi pelaku (actors) dengan matlamat pembangunan antarabangsa, ia adalah tidak lengkap jika tidak mempertimbangkan kepentingan (interests), pengaruh dan kuasa pelaku (actors) luaran yang lain. Maka, perspektif ekonomi politik yang lebih luas adalah berguna dalam memahami kesepaduan intervensi.
Tambahan pula, sumber pembiayaan, (antarabangsa dan domestik) pembiayaan untuk pembangunan mampan adalah semakin pelbagai. Rujukan kepada “norma dan standard antarabangsa” dalam definisi di atas mendorong analisis keselarasan intervensi dengan komitmen pelaku (actors) di bawah undang-undang atau persetujuan antarabangsa, seperti undang-undang antirasuah atau konvensyen hak asasi manusia. Ini diguna pakai dalam perjanjian yang telah disertai entiti tersebut dan oleh itu diliputi di bawah kesepaduan dalaman. Sebelum ini, kesepaduan jenis ini tidak dianalisis dengan secukupnya. Norma dan standard antarabangsa juga boleh dinilai di bawah kriteria kesesuaian dari sudut kepekaan terhadap keutamaan global yang merupakan sudut pelengkap.
Memahami kesepaduan: Elemen untuk analisis
Kesepaduan merangkumi dimensi kesepaduan dalaman dan kesepaduan luaran.
Kesepaduan dalaman
Kesepaduan polisi dalaman mempertimbangkan dua faktor: keselarasan dengan kerangka polisi institusi yang lebih luas; dan keselarasan dengan intervensi lain yang dilaksanakan oleh institusi tersebut termasuk jabatan lain yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan intervensi pembangunan atau intervensi yang mungkin mempengaruhi konteks operasi yang sama2. Pertimbangan harus menjurus kepada cara aktiviti ini diharmonikan, sama ada pertindihan usaha dan aktiviti berlaku, serta sama ada intervensi saling melengkapi.
Dalam pentadbiran nasional (atau jika berkenaan, peringkat pentadbiran lain) cabaran kesepaduan timbul antara polisi awam yang berlainan, antara peringkat pentadbiran berlainan dan antara pihak berkepentingan berlainan (negeri dan bukan negeri, komersial dan bukan komersial). Perkara ini harus dipertimbangkan apabila menilai kesepaduan untuk memahami di mana intervensi tersebut dipadankan dalam senario ini dan sejauh mana intervensi tersebut selaras dengan polisi konteks yang lebih luas.
Contohnya, ODA Evaluation Guidelines Kementerian Luar Jepun (Ministry of Foreign Affairs Japan, 2019[6]) menyokong komisioner dan pelaksana penilaian dalam menilai kesepaduan diplomatik dan strategi serta tindakan pembangunan merentas Kerajaan Jepun. Panduan ini menyediakan satu kerangka dan nasihat untuk membantu para penilai mempertimbangkan hubungan (interconnections), pelengkap (complementarity) dan kesepaduan strategi diplomatik dan bantuan pembangunan rasmi (ODA). Ini menyokong analisis holistik penglibatan negara Jepun serta sokongan untuk sektor dan negara berlainan.
Kesepaduan polisi boleh difahami daripada perspektif mendatar. Contohnya, dalam hubungan bantuan kemanusiaan-pembangunan-keamanan, kesepaduan adalah amat diperlukan memandangkan intervensi satu pelaksana mungkin merangkumi pembangunan, ketenteraan serta polisi keselamatan. Dalam bidang alam sekitar, ini boleh juga dirujuk sebagai keperluan kesepaduan merentas hubungan air-tenaga-makanan, atau hubungan kesamarataan gender-perubahan iklim. Dalam konteks lain, cara bidang polisi bukan pembangunan, seperti perdagangan, mempengaruhi intervensi tersebut boleh dipertimbangkan.
Daripada perspektif menegak, kesepaduan polisi boleh difahami pada peringkat berlainan sesebuah institusi atau merentas bahagian berlainan pembangunan kewangan satu kerajaan, (contoh agensi dua-halanya, institut pembangunan kewangan serta sokongan pelbagai hala (multilateral)). Pertimbangan berhubung cara intervensi tersebut menyokong atau menjejaskan matlamat polisi merentas tahap geografik juga boleh lakukan. Contohnya, pertimbangan sejauh mana intervensi pembangunan tempatan selaras dengan objektif pembangunan nasional serta intervensi pada peringkat nasional dan sebaliknya.
Kesepaduan luaran
Kesepaduan luaran mempunyai dua pertimbangan: keselarasan dengan komitmen polisi luaran; dan kesepaduan dengan intervensi yang dilaksanakan oleh pelaku (actors) lain dalam konteks tertentu.
Daripada perspektif polisi, kesepaduan luaran mempertimbangkan keselarasan intervensi tersebut dengan komitmen polisi luaran seperti SDG, dan cara ia diambil kira dalam reka bentuk serta pelaksanaan intervensi tersebut. Adalah penting untuk mempertimbangkan komitmen sesebuah institusi kepada SDG pada masa ini kerana Target SDG 17.4 di bawah matlamat 17 bertujuan untuk “memperkukuhkan kesepaduan polisi untuk pembangunan mampan”. Ini adalah pertimbangan penting kerana ia merangkumi cara keselarasan polisi dan akauntabiliti untuk SDG dinormalisasikan dan dilaksanakan.
Apabila meneliti pelaksanaan dalam konteks spesifik, para penilai harus mempertimbangkan kesepaduan dengan intervensi yang dilaksanakan oleh pelaku (actors) lain. Contohnya, cara perkhidmatan disediakan oleh pelbagai pelaku (actors) – adakah terdapat pertindihan atau jurang? Kesepaduan mempertimbangkan cara intervensi tersebut menambah nilai serta cara pertindihan usaha dielakkan.
Penilaian kesepaduan luaran harus menetapkan fokus kepada intervensi spesifik atau institusi tertentu dan pada masa yang sama meletakkannya dalam konteks pelaksanaan bantuan kemanusiaan dan pembangunan mampan yang lebih luas. Ini termasuk penelitian sama ada intervensi direka dalam sistem sedia ada dan menggunakan sistem serta struktur sedia ada seperti mekanisme koordinasi pada peringkat negara atau sektor.
Perkaitan dengan kriteria lain
Kesepaduan dikaitkan khususnya dengan kesesuaian, keberkesanan dan impak.
Sementara kesesuaian menilai intervensi tersebut pada tahap keperluan dan keutamaan pihak berkepentingan serta penerima manfaat yang terlibat secara langsung, kesepaduan pula menilai tahap yang lebih tinggi dan meneliti kepadanan intervensi tersebut dalam sistem yang lebih luas. Kedua-dua kesesuaian dan kesepaduan mempertimbangkan cara intervensi tersebut selaras dengan konteks tetapi daripada perspektif berlainan.
Kesepaduan lazimnya adalah sudut berguna untuk memulakan penelitian kesan tidak terancang, yang juga boleh dilakukan di bawah kriteria keberkesanan dan impak. Walaupun intervensi tersebut mencapai objektifnya, iaitu keberkesanan, pencapaian ini boleh dijejaskan oleh intervensi lain (yang tidak bersepadu) dalam konteks tersebut.
Begitu juga, terdapat perkaitan dengan kriteria kecekapan: intervensi yang tidak bersepadu mungkin bertindih lalu menyebabkan pembaziran sumber.
Mengintegrasi keterangkuman
Kesepaduan luaran menyediakan satu lensa berguna dalam mempertimbangkan keterangkuman khususnya berkaitan komitmen, norma dan standard hak asasi manusia. Para penilai boleh mempertimbangkan keserasian intervensi tersebut dengan norma dan standard keterangkuman serta kesamarataan pada peringkat nasional atau institusi untuk institusi pelaksana dan perspektif organisasi tempatan seperti kumpulan akar umbi Orang Asal dan organisasi orang kurang upaya. Penilaian kesepaduan boleh menyediakan pencerahan berguna berkaitan nilai dan kesepaduan aktiviti yang bermatlamat untuk mengurangkan pengecualian, mencapai kumpulan terpinggir serta rentan dan mentransformasikan ketidaksamarataan gender.
Analisis keterangkuman berkaitan kesepaduan harus dipertimbangkan apabila para penilai meneliti sejauh mana impak adalah inklusif dan intervensi tersebut adalah sesuai kerana terdapat sinergi antara ketiga-tiga aspek penilaian ini.
Cabaran menilai kesepaduan dan cara menangani cabaran tersebut
Jadual di bawah mengenal pasti beberapa cabaran lazim apabila menilai kesepaduan – termasuk cabaran berhubung keluasan skop, mandat dan ketersediaan data. Cadangan menangani cabaran ini disediakan untuk para penilai dan pengurus penilaian.
Jadual 4.2. Cabaran menilai kesepaduan
Copy link to Jadual 4.2. Cabaran menilai kesepaduan|
Cabaran |
Cara menangani: Penilai |
Cara menangani: Pengurus penilaian |
|---|---|---|
|
Kesepaduan polisi adalah mencabar dalam kebanyakan konteks/negara kerana penilaian yang rapi memerlukan akses kepada sejumlah besar dokumen polisi, data dan informan (pemberi maklumat). |
Cabaran hanya boleh ditangani dengan menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan ketersediaan data/maklumat. Adalah penting untuk menilai kebolehnilaian (evaluabiliti) pada permulaan penilaian dan bersikap terbuka serta telus tentang keterbatasan. Penilai harus mengetengahkan situasi di mana sumber data tidak boleh diakses. Fahami keadaan perundangan serta polisi organisasi dan guna pengetahuan ini untuk mereka bentuk pelan pengumpulan data dan analisis yang bersesuaian. |
Pengurus penilaian harus mempertimbangkan kebolehnilaian, keterbatasan data serta akses apabila melancarkan sesuatu penilaian. Perkara ini harus dijangka sebaik mungkin dan dibincangkan serta ditangani bersama pasukan penilaian pada permulaan suatu penilaian. |
|
Organisasi mengehadkan akses kepada data atas kerana undang-undang perlindungan data dan/atau polisi organisasi. |
Pertimbangkan keterbatasan dan akses data semasa mereka bentuk dan melancarkan sesuatu penilaian. Perbincangan berterusan perlu diadakan dengan pasukan penilaian untuk menyokong akses kepada data dan membangunkan strategi mitigasi risiko yang bersesuaian. |
|
|
Menilai kesepaduan merentas semua bidang polisi yang relevan boleh membawa kepada skop yang sangat luas. |
Bekerjasama dengan pengurus penilaian untuk memastikan keutamaan dan skop didefinisikan dengan jelas pada permulaan penilaian. |
Tentukan sama ada kesepaduan harus diutamakan dengan menentukan skop dan mengutamakan bidang polisi yang perlu dipertimbangkan. Ini harus dipacu oleh matlamat dan kegunaan penilaian tersebut. Apabila menilai kesepaduan dalam sektor tertentu, institusi nasional harus menyelaraskan penilaian kesepaduan dalam sektor tersebut sebanyak mungkin. |
|
Mandat sesetengah jabatan penilaian mungkin berfokus kepada bantuan kemanusiaan dan bantuan pembangunan, lalu mengehadkan skop penilaian kesepaduan merentas kerajaan. |
Perhatian khusus harus diberi kepada fasa reka bentuk penilaian dalam menentukan dan memperhalusi skop penilaian serta cara penilaian kesepaduan perlu dikendalikan selaras dengan mandat jabatan penilaian - atau menggariskan keterbatasan dalam berbuat demikian. |
Penilaian kesepaduan memerlukan kesedaran bahawa bidang polisi di luar pembangunan mungkin memberi kesan kepada sesuatu penilaian. Secara teori, kesedaran ini memberi para penilai lebih banyak kebebasan untuk meneliti bidang melangkaui pengaruh langsung sesuatu intervensi. Namun, terdapat cabaran mengoperasikan teori ini apabila meneliti bidang polisi lain yang di luar mandat institusi tersebut. Perkara ini merupakan satu pertimbangan kebolehnilaian yang harus ditangani sebelum memulakan penilaian. Institusi harus menentukan sama ada perlunya penilaian kesepaduan dalam bidang yang dihadkan. Jika ini adalah keutamaan, para penilai dan pengurus penilaian boleh berunding dengan jabatan lain untuk melaksanakan penilaian gabungan. |
Contoh menilai kesepaduan
Walaupun kesepaduan adalah kriteria baharu untuk OECD DAC, ia telah diutarakan dalam banyak penilaian. Kriteria kesepaduan juga lazim digunakan dalam penilaian bantuan kemanusiaan. Bahagian ini merangkumi pelbagai contoh yang menunjukkan cara kesepaduan telah dinilai dalam suatu penilaian strategik berhubung kesepaduan polisi untuk pembangunan di Norway, pemulihan selepas bencana alam di Filipina dan penilaian portfolio negara di Montenegro.
Kotak 4.4. Menilai usaha Norway dalam memastikan kesepaduan polisi untuk pembangunan
Copy link to Kotak 4.4. Menilai usaha Norway dalam memastikan kesepaduan polisi untuk pembangunanKerajaan Norway komited dalam memastikan kesepaduan polisi untuk pembangunan dalam intervensi yang dilaksanakannya. Kesepaduan polisi difahami sebagai “usaha aspek pembangunan meluas selain bantuan pembangunan, seperti perdagangan, penghijrahan, pelaburan, perubahan iklim serta keselamatan.” Penilaian ini mempertimbangkan “dilema” polisi apabila terdapat percanggahan jelas antara polisi pelaku (actors) berlainan atau bidang polisi berlainan. Laporan ini menyeru “perbincangan yang lebih terbuka dan telus tentang dilema dan keutamaan sebenar, memandangkan terdapat beberapa dilema dan pilihan sebenar yang harus dibuat”.
Matlamat penilaian ini adalah untuk memahami dilema polisi dan cabaran dalam mencapai kesepaduan polisi untuk pembangunan. Ia mempertimbangkan kesepaduan dalam konteks negara individu dan pada skala global. Kedua-dua elemen dalaman dan luaran kesepaduan diteroka:
kesepaduan polisi dalaman untuk intervensi yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dan pelaku (actors) Norway yang lain
Kesepaduan luaran untuk memahami sejauh manakah objektif polisi pelaku (actors) adalah selaras dengan objektif pembangunan antarabangsa.
Dengan menggunakan Myanmar sebagai kes kajian, penilaian ini mempertimbangkan ketidakkonsistenan polisi antara polisi pembangunan dan bidang polisi lain. Myanmar telah terpilih kerana pelbagai jenis pelaku (actors) pembangunan Norway yang tradisional dan bukan tradisional telah terlibat di negara itu, serta berpotensi menimbulkan konflik antara keutamaan polisi masing-masing pada peringkat tempatan. Penilaian ini mengambil pendekatan menarik dalam memahami dilema polisi. Ia meneliti cabaran yang dibangkitkan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO), organisasi politik atau institusi antarabangsa, yang menunjukkan polisi yang tidak sepadu merentas keutamaan dan intervensi Norway. Contohnya, dua dilema telah dibangkitkan: keterlibatan perniagaan Norway di Myanmar dan komitmennya terhadap pembinaan keamanan; serta penglibatan dalam pembangunan sumber nasional dan komitmen kepada keamanan. Analisis ini menekankan satu cabaran besar dalam menilai dan melaksana keamanan. Kementerian Luar Negeri tidak mempunyai mandat untuk campur tangan dalam hal yang berkaitan keputusan polisi kementerian lain; maka merumitkan keupayaannya untuk memahami dan mengatasi ketidakkonsistenan. Pada skala global pula, penilaian ini mempertimbangkan kesepaduan luaran dengan komitmen global Norway. Penilaian mendapati timbul cabaran penyelarasan polisi domestik dengan keutamaan pembangunan antarabangsa.
Penilaian ini menunjukan aplikasi kriteria kesepaduan secara bernas dengan menghuraikan cabaran pelaksanaan intervensi yang mempunyai polisi bersepadu yang peka kepada konteks pelaksanaan dan keutamaan institusi.
Sumber: Norad (2018[7]), Evaluation of Norwegian Efforts to Ensure Policy Coherence for Development, https://www.norad.no/contentassets/4ac3de36fbdd4229811a423f4b00acf7/8.18-evaluation-of-norwegian-efforts-to-ensure-policy-coherence-for-development.pdf
Kotak 4.5. Menilai kesepaduan bantuan pembinaan semula selepas bencana alam semula jadi di Filipina
Copy link to Kotak 4.5. Menilai kesepaduan bantuan pembinaan semula selepas bencana alam semula jadi di FilipinaPenilaian ini mempertimbangkan pelaksanaan bantuan antarabangsa Kanada dan peranannya sebagai penderma dalam bantuan bencana alam semula jadi. Ia menjelaskan bagaimana kesepaduan boleh dipertimbangkan secara luaran dan dalaman untuk sesuatu intervensi. Ia mempertimbangkan program pembinaan semula Haiyan bernilai CAD 20.5 juta dan hubungan dua hala antara Kanada dan Filipina dari tahun 2013-14 hingga 2018-19.
Penilaian kesepaduan
Walaupun penilaian ini dilaksanakan sebelum kesepaduan dimasukkan sebagai kriteria penilaian OECD DAC, penilaian ini dengan jelas berfokus kepada kesepaduan, walaupun tidak dinyatakan secara eksplisit. Penilaian ini mempertimbangkan kesepaduan berhubung analisis elemen luaran dan dalaman.
Kesepaduan luaran - penilaian ini meneliti peranan Kanada sebagai penderma, tingkah lakunya merentas konteks operasi dan politik, serta bagaimana intervensi ini disesuaikan dalam konteks tersebut. Penilaian menekankan penyelarasan keutamaan kerajaan Filipina dengan program pemulihan nasional serta mempertimbangkan bagaimana ia saling melengkapi program lain yang beroperasi di rantau tersebut.
Kesepaduan dalaman – penilaian ini meneliti pelaksanaan bantuan antarabangsa Kanada dan meletakkannya dalam konteks sampel meluas pelaksanaan bantuan antarabangsa. Ia menekankan keselarasan pelaksanaan dengan polisi meluas Kanada dan menilai sejauh mana intervensi tersebut adalah lazim dalam tindakan bantuan bencana Kanada.
Penilaian ini juga menunjukkan bagaimana kesepaduan dan kesesuaian bersilang, memandangkan intervensi tersebut secara berterusan dikait balik kepada pemegang kepentingan dan keperluan serta keutamaan konteks – kedua-duanya juga elemen analisis kriteria kesesuaian. Namun, penilaian ini mengambil langkah lanjut untuk memahami bukan sahaja kepekaan intervensi tersebut tetapi juga keselarasan dan pertimbangan dalam mereka bentuk serta melaksanakan sesuatu intervensi berkesepaduan polisi yang jelas serta sepadan dengan kepentingan Kanada di Filipina serta konsisten dengan program bantuan bencana Kanada yang lain.
Sumber: Global Affairs Canada (2019[8]), Evaluation of Natural Disaster Reconstruction Assistance in the Philippines, 2013-14 to 2018-19, https://www.international.gc.ca/gac-amc/publications/evaluation/2019/endra-earcn-philippines.aspx?lang=eng
Kotak 4.6. Menilai kesepaduan kerjasama pembangunan Slovenia dengan Montenegro
Copy link to Kotak 4.6. Menilai kesepaduan kerjasama pembangunan Slovenia dengan MontenegroPenilaian ini menghuraikan pelaksanaan kerjasama pembangunan antara Republik Slovenia dan Montenegro dari 2013-2016. Penilaian bermatlamat “menyediakan eviden prestasi (cth sejauh mana ia mencapai objektif kerjasama pembangunan), menganalisis sebab kejayaan dan kegagalan prestasi, serta menyediakan cadangan untuk pembangunan polisi, program dan projek pada masa hadapan.”
Penilaian ini merangkumi kesepaduan sebagai satu daripada lapan kriteria (juga termasuk pengurusan program, penyampaian dan nilai tambah untuk Slovenia), dengan mengemukakan soalan penilaian berikut:
Adakah percanggahan dengan polisi lain menghalang pelaksanaan dan pencapaian objektif pembangunan, atau adakah polisi tersebut saling mengukuh?
Penilaian tersebut meneliti kesepaduan luaran dengan polisi lain yang berkaitan kerjasama pembangunan, termasuk proses perbincangan dengan Kesatuan Eropah (EU) dan pelaburan dalam infrastruktur alam sekitar. Penilaian tersebut mendapati program adalah selaras dengan polisi lain.
Penilaian ini juga meneliti sama ada aktiviti penderma lain saling melengkapi dan mendapati sistem koordinasi penderma yang lemah di Montenegro telah menghalang pencapaian elemen saling melengkapi atau pencegahan pertindihan.
Sumber: Slovenia’s Ministry of Foreign Affairs (2017[9]), Evaluation of Slovenia’s Development Cooperation with Montenegro 2013‑2016 period: Final Report, https://www.gov.si/assets/ministrstva/MZZ/Dokumenti/multilaterala/razvojno-sodelovanje/Development-cooperation-with-Montenegro-evaluation-final-report.pdf
Keberkesanan
Copy link to KeberkesananDefinisi keberkesanan:
Copy link to Definisi keberkesanan:Keberkesanan: Adakah intervensi tersebut mencapai objektif yang dirancang?
Sejauh mana intervensi tersebut mencapai atau dijangka mencapai objektif dan hasilnya, termasuk sebarang hasil merentas kumpulan.
Nota: Analisis keberkesanan mengambil kira kepentingan objektif atau hasil. Istilah keberkesanan juga digunakan sebagai ukuran agregat sejauh mana sesuatu intervensi mencapai atau dijangka mencapai impak yang relevan dan mampan, secara cekap dan bersepadu.
Apakah keberkesanan dan mengapa ia penting?
Keberkesanan membantu memahami sejauh mana intervensi tersebut mencapai atau telah mencapai objektifnya. Ia boleh memberikan pencerahan sama ada sesuatu intervensi telah mencapai hasil yang dirancang, proses pencapaian hasil tersebut, faktor yang membantu proses ini dan sama ada terdapat sebarang kesan yang tidak dirancang. Keberkesanan menekankan hasil terdekat yang boleh dicapai dan adalah penting untuk membezakannya daripada kriteria impak yang meneliti kesan tahap lebih tinggi serta perubahan meluas.
Penelitian pencapaian objektif dalam rantaian hasil atau jaringan sebab-akibat memerlukan pemahaman jelas tentang matlamat dan objektif intervensi tersebut. Maka, penggunaan lensa keberkesanan boleh membantu para penilai, pengurus program atau pegawai dan pihak lain dalam membangunkan (atau menilai) objektif yang jelas. Pada masa yang sama, keberkesanan juga berguna untuk para penilai dalam mengenal pasti sama ada pencapaian hasil (atau kegagalan pencapaian) adalah disebabkan oleh pelaksanaan intervensi tersebut atau reka bentuknya.
Di bawah kriteria keberkesanan, para penilai harus juga mengenal pasti kesan tidak terancang. Sebaik-baiknya, pengurus projek telah mengenal pasti risiko semasa fasa reka bentuk dan para penilai boleh menggunakan analisis ini apabila memulakan penilaian mereka. Penelitian kesan tidak dirancang adalah penting untuk mengenal pasti hasil negatif (cth. dinamik konflik yang menjadi lebih teruk) atau yang positif (cth. inovasi yang meningkatkan keberkesanan). Institusi yang melancarkan penilaian juga boleh menyediakan panduan standard minimum dalam mengenal pasti kesan tidak dirancang, khususnya yang melibatkan pelanggaran hak asasi manusia atau kesan tidak terancang lain yang teruk.
Definisi keberkesanan mendorong para penilai dan pengurus bertanya soalan penting tentang pengagihan hasil merentas kumpulan berlainan, sama ada dirancang atau tidak. Ini disengajakan dan bertujuan mengukuhkan pertimbangan kesaksamaan (equity) yang selaras dengan keutamaan polisi SDG “tiada sesiapa yang ketinggalan” (leave no one behind). Ini mendorong para penilai meneliti isu kesaksamaan (equity), sama ada kesaksamaan adalah objektif spesifik intervensi tersebut. Analisis sebegini memerlukan data dan mungkin memerlukan pelaburan dalam sumber – biasanya ini adalah munasabah memandangkan pencerahan bernilai yang boleh diberikan oleh penilaian tersebut3.
Dalam rumusan keberkesanan, penilaian harus bertumpu kepada hasil yang paling penting dalam konteks tersebut dan untuk pengguna penilaian tersebut. Istilah “kepentingan relatif” menekankan penggunaan pentafsiran penilaian (evaluative judgement) dan mempertimbangkan kepentingan objektif dan hasil yang telah dicapai/tidak tercapai, termasuk kesan tidak dirancang apabila membuat rumusan tentang keberkesanan.
Memahami keberkesanan: Elemen untuk analisis
Definisi keberkesanan termasuk konsep utama: pencapaian objektif, tahap kepentingan objektif serta hasilnya, hasil berlainan merentas kumpulan dan memahami faktor yang mempengaruhi pencapaian.
Pencapaian objektif
Fokus utama penilaian keberkesanan adalah menentukan sama ada sesuatu intervensi telah mencapai hasil yang dirancang pada tahap berlainan dalam rantaian hasil (biasanya pada tahap output dan outcome, tetapi dalam sesetengah kes juga termasuk impak). Rantaian hasil harus dinyatakan sebagai sebahagian daripada reka bentuk intervensi dan menjadi rujukan utama untuk pengurusan, pemantauan dan penilaian.
Adalah sukar untuk menilai keberkesanan sesuatu aktiviti jika objektif yang dinyatakan atau hasil yang dirancang untuk aktiviti tersebut adalah kurang jelas atau samar, atau telah beranjak semasa pelaksanaan intervensi tersebut tanpa dikemas kini atau distruktur semula. Pengurus intervensi harus menjelaskan mengapa matlamat berubah dan apakah matlamat baharu. Jika ini tidak dilakukan, para penilai perlu melihat dokumen intervensi atau menemu bual pihak berkepentingan untuk membina semula logik yang menjadi asas kepada perubahan dalam intervensi tersebut. Berdasarkan logik yang dibina semula, para penilai boleh menilai sejauh mana objektif baharu relevan dan dicapai dengan berkesan.
Penilaian keberkesanan juga penting dalam program adaptif apabila perubahan dibuat secara iteratif berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan, hasil yang telah muncul dan perubahan konteks. Dalam program adaptif, reka bentuk dan pelaksanaan sesuatu intervensi mungkin melalui perubahan beransur-ansur. Dalam situasi sebegini, penting untuk para penilai memikirkan serta menyemak theory of change dengan merujuk kepada sistem yang lebih luas tempat intervensi berlangsung dan mengambil kira sebarang rekod yang menunjukkan bagaimana dan kenapa perubahan dibuat. Penilaian keberkesanan harus mencerminkan objektif terkini. Pertimbangan logik dan keperluan pengubahsuaian kepada pelaksanaan atau objektif (lazimnya diungkapkan dalam theory of change atau kerangka hasil yang dikemas kini) boleh memberi maklumat untuk penilaian keberkesanan.
Menilai keberkesanan mungkin melibatkan pengenalpastiaan perubahan yang boleh diperhatikan dalam kumpulan sasar atau persekitaran sepanjang masa pelaksanaan intervensi tersebut serta menentukan sebab-akibat perubahan yang diperhatikan pada tahap berlainan, iaitu menunjukkan bahawa perubahan tersebut telah disebabkan oleh intervensi atau intervensi telah menyumbang kepada perubahan tersebut dan bukan disebabkan oleh faktor persekitaran yang lain atau intervensi yang lain. Metodologi harus direka bentuk untuk membolehkan penilai mengenal pasti bagaimana hasil dicapai dan apakah sebab (faktor yang menerangkan) pencapaian, kurang pencapaian atau ketidaktercapaian.
Penilaian keberkesanan merangkumi penelitian hasil intervensi. Hasil didefinisikan oleh OECD DAC sebagai output, outcome atau impak (dirancang atau tidak dirancang, positif dan/atau negatif) intervensi tersebut (OECD, 2002[10]). Maka penilaian keberkesanan mungkin juga melibatkan penilaian sebarang kesan yang tidak dirancang, positif dan negatif yang telah berlaku akibat intervensi tersebut. Pelaksanaan intervensi selalu berpotensi mengakibatkan kesan sosial, ekonomik atau alam sekitar yang tidak dirancang atau mungkin menyebabkan kesan yang tidak dirancang tetapi boleh dijangka. Oleh itu, penilaian harus mempertimbangkan kesan di luar objektif intervensi yang dinyatakan. Ini juga boleh dipanjangkan kepada penelitian potensi manfaat atau risiko yang timbul akibat kesan yang tidak dirancang ini (boleh diramal atau tidak boleh diramal). Penelitian sejauh mana intervensi tersebut menyumbang kepada pencapaian matlamat dan objektif nasional atau pembangunan relevan yang lain dalam konteks tersebut juga di bawah kriteria keberkesanan, manakala potensi sumbangan ini diteliti di bawah kriteria kesesuaian.
Mempertimbangkan kepentingan relatif perkara yang dicapai
Apabila menilai keberkesanan, para penilai mempertimbangkan pencapaian (atau ketidaktercapaian) pelbagai objektif dan hasil intervensi tersebut. Jika sesetengah, tetapi bukan semua, objektif dicapai para penilai harus meneliti kepentingan relatif objektif ini untuk membuat rumusan tentang keberkesanan. Untuk tujuan ini, para penilai boleh melihat analisis kriteria kesesuaian yang sepatutnya telah menangani potensi perbezaan antara keutamaan dan keperluan pelbagai pihak berkepentingan. Ini bermakna para penilai mungkin menyimpulkan intervensi tersebut berkesan dalam sesetengah cara tetapi bukan cara yang lain atau ia berkesan daripada perspektif sesetengah pihak berkepentingan tetapi bukan yang lain.
Hasil terbeza
Para penilai harus mempertimbangkan keterangkuman dan kesaksamaan hasil antara kumpulan penerima manfaat – sama ada penerima manfaat adalah individu atau institusi. Memahami hasil terbeza boleh merangkumi penelitian sejauh mana intervensi tersebut memastikan pendekatan inklusif dalam reka bentuk dan pelaksanaan. Contohnya, sesuatu penilaian boleh meneliti proses pembentukan objektif intervensi tersebut. Ini meliputi sama ada objektif tersebut dibentuk berdasarkan analisis keperluan (needs analysis) dan proses konsultasi dengan pihak berkepentingan (termasuk kumpulan sasar utama). Melalui proses ini, pencerahan juga boleh diperoleh untuk melihat sama ada intervensi tersebut terlepas sebarang peluang untuk membuahkan hasil bagi populasi sasar atau penerima manfaat termasuk sumbangan kepada perubahan jangka panjang seperti pengurangan ketidaksamaan. Para penilai boleh meneliti hasil tidak dirancang atau dijangka, serta hasil yang dirancang dan mengambil kira bahawa sesetengah perubahan dan transformasi adalah kurang ketara dan/atau berjangka panjang dan mungkin sukar dikira.
Faktor yang mempengaruhi
Penelitian faktor yang mempengaruhi hasil adalah penting kerana ia membantu para penilai memahami sebab sesuatu intervensi mencapai atau tidak mencapai matlamatnya, yang seterusnya membantu rakan pelaksana mengenal pasti bidang penambahbaikan. Faktor ini mungkin faktor dalaman atau luaran intervensi tersebut. Tambahan pula, faktor ini mungkin termasuk yang berhubung: pengurusan, sumber manusia, aspek kewangan, aspek kawal selia, modifikasi pelaksanaan atau faktor yang menyebabkan intervensi tersasar daripada pelan. Kualiti pelaksanaan (dan kepatuhan kepada protokol pelaksanaan) lazimnya merupakan satu faktor yang memacu keberkesanan dan harus dijelaskan sebelum menilai keberkesanan, kecekapan, impak dan kemampanan.
Untuk faktor luaran, para penilai perlu mempertimbangkan kesan positif dan negatif yang timbul daripada konteks intervensi tersebut yang menyumbang kepada pencapaian atau ketidaktercapaian hasil. Ini termasuk penilaian kapasiti adaptif intervensi kepada perubahan konteks. Penilaian juga boleh meneliti ketepatan masa (timeliness) hasil dicapai (cth. pengurangan sokongan secara beransur-ansur kepada kumpulan sasar atau persekitaran yang membantu pencapaian hasil).
Perkaitan dengan kriteria lain
Keberkesanan adalah dikaitkan dengan kriteria lain, khususnya kesesuaian dan impak:
Di bawah kesesuaian, objektif intervensi tersebut dikenal pasti, manakala kemajuan objektif ini ditentukan oleh kriteria keberkesanan. Terdapat kemungkinan bahawa sesuatu intervensi yang tidak sesuai tetap disampaikan dengan berkesan. Dalam kes sebegini, para penilai perlu menggunakan pertimbangan (judgement) semasa membuat rumusan keseluruhan memandangkan penilai tidak boleh mengabaikan dapatan daripada satu kriteria kerana memihak kepada kriteria yang lain.
Keberkesanan dan impak adalah kriteria saling melengkapi yang berfokus kepada tahap berlainan dalam rantaian hasil. Kriteria keberkesanan mempertimbangkan pencapaian hasil relatif kepada objektif intervensi tersebut khususnya pada tahap output dan outcome, manakala kriteria impak berfokus kepada hasil tahap lebih tinggi khususnya hasil tahap tinggi yang telah dinyatakan dan faktor yang menyumbang kepada pencapaian hasil tersebut. Secara amnya, pengurus intervensi dan penilaian harus memastikan pembezaan jelas antara tahap hasil berbeza (yakni input, output, outcome dan impak) dan jelas tentang aspek mana yang akan dinilai di bawah setiap kriteria.Effectiveness is linked with other criteria, particularly relevance and impact:
Mengintegrasikan keterangkuman
Definisi keberkesanan mendorong pertimbangan mendalam berhubung kesaksamaan (equity) antara kumpulan berlainan. Para penilai harus menilai sejauh mana intervensi bersifat inklusif untuk kumpulan penerima manfaat berlainan dan bagaimana prinsip utama seperti kesaksamaan, tiada diskriminasi dan akauntabiliti telah dimasukkan pada semua fasa, daripada reka bentuk kepada hasil. Demi prinsip “tiada sesiapa yang ketinggalan” (leave no one behind) perhatian khusus perlu diberikan untuk meneliti sejauh mana intervensi tersebut telah memenuhi keperluan kumpulan yang paling terpinggir. Adalah penting untuk meneliti pencapaian dan agihan hasil berdasarkan pelbagai kumpulan penerima manfaat dan menjelaskan sebarang perbezaan.
Tambahan pula, para penilai harus mempertimbangkan sumbangan hasil, (bagaimana dan kenapa) dalam menangani ketidaksamaan. Di bawah kriteria ini, para penilai harus meneliti bagaimana aktiviti spesifik memberi kesan kepada kesejahteraan kumpulan spesifik dan sama ada aktiviti ini menyediakan peluang pemerkasaan kepada peserta.
Cabaran menilai keberkesanan dan cara menangani cabaran ini
Jadual di bawah mengenal pasti cabaran berhubung data, pembentukan objektif dan sebab-akibat hasil, serta mencadangkan cara menangani cabaran ini untuk para penilai dan pengurus penilaian.
Jadual 4.3. Cabaran menilai keberkesanan
Copy link to Jadual 4.3. Cabaran menilai keberkesanan|
Caraban |
Cara menangani: Penilai |
Cara menangani: Pengurus penilaian |
|---|---|---|
|
Kekurangan data yang sesuai, informatif atau terperinci. |
Ketersediaan data (cth. kurang baseline atau penilaian pertengahan penggal) boleh menghalang ukuran pencapaian objektif kerana kesukaran mengenal pasti sebab-akibat dan sumbangan. Walaupun data baseline boleh dibina semula, namun ia adalah kurang tepat dan kurang boleh dipercayai berbanding data baseline yang dikumpul dengan teratur. Pendekatan lain yang boleh diambil oleh para penilai termasuk: 1) membuat triangulasi dan pengesahan data yang tersedia; 2) menggunakan metodologi alternatif; dan 3) membina suatu naratif sumbangan (contribution story). |
Sebaiknya, ketersediaan data harus dirancang semasa reka bentuk intervensi untuk memastikan data yang sesuai, informatif dan terperinci dikumpul di sepanjang jangka hayat intervensi tersebut. Pengurus penilaian harus mempunyai gambaran jelas tentang data yang tersedia, sumber alternatif dan berkolaborasi dengan penilai untuk membangunkan pendekatan alternatif apabila data tidak tersedia. Kumpul diagnostik daripada penilaian lain serta laporan penyelidikan dalam bidang tersebut. Nilai dan pertimbangkan bagaimana menggunakan dan belajar daripada usaha lampau berhubung pembangunan indikator dalam bidang kerja berkaitan, termasuk sasaran SDG. |
|
Objektif atau penyataan matlamat yang tidak diungkapkan dengan baik, kurang jelas atau sukar diukur. |
Pada fasa permulaan suatu penilaian, pastikan objektif intervensi tersebut boleh disahkan, realistik dan selaras dengan standard antarabangsa terkini untuk intervensi pembangunan. Indikator untuk mengukur pencapaian objektif harus disahkan mengikut kriteria yang diterima seperti SMART (Spesifik, Boleh diukur, Boleh dicapai, Realistik dan Tepat pada masa). Sebaik-baiknya, proses ini harus dijalankan secara serta sama (participatory) antara para penilai dan pengurus penilaian. |
Kerjasama dengan para penilai untuk mengenal pasti kriteria jelas bagi mengukur pencapaian objektif berdasarkan standard yang lazim diterima (cth. indikator SMART). Untuk penilaian peka gender (gender-sensitive), pertimbangkan peralihan indikator SMART dan RACER kepada indikator CREAM (jelas, relevan, ekonomik, mencukupi dan boleh dipantau) dan SPICED (subjektif, serta sama, telah ditafsir dan dibandingkan, pemerkasaan, kepelbagaian dan terperinci). Tambah baik definisi dan perkukuhkan matlamat serta hasil dalam kerangka teori program/theory of change yang didefinisikan pada masa tersebut. Jika theory of change tidak wujud, cuba bina semula satu teori yang sah untuk memberi konteks kepada logik dalaman intervensi tersebut. |
|
Mengenal pasti sebab-akibat (attribution) hasil |
Isu pengenalpastian sebab-akibat atau sumbangan merupakan satu cabaran dalam menilai keberkesanan, khususnya dalam jangka masa panjang. Pembinaan suatu naratif sumbangan (contribution story) dan penjanaan aliran data yang sesuai untuk triangulasi boleh membantu penilai mengenal pasti sama ada hasil diakibatkan oleh intervensi yang dinilai. |
Ambil kira pendapat serta pentafsiran (judgements) pihak berkepentingan yang berpengetahuan luas tentang intervensi/entiti dan rakan yang terlibat dalam pelaksanaan intervensi tersebut atau yang terlibat dalam pencapaian hasil pembangunan. |
Contoh penilaian keberkesanan
Bahagian ini merangkumi pelbagai contoh yang menunjukkan bagaimana keberkesanan dinilai berhubung bantuan pilihan raya dan penilaian program negara di Cabo Verde.
Kotak 4.7. Menilai keberkesanan dan keterangkuman bantuan pilihan raya Australia
Copy link to Kotak 4.7. Menilai keberkesanan dan keterangkuman bantuan pilihan raya AustraliaSejak 1970-an, Australia telah menyediakan bantuan pilihan raya kepada pelbagai negara sedang membangun dengan matlamat menyokong peralihan dan pengukuhan fungsi demokrasi. Penilaian ini meneliti bantuan Australia kepada pilihan raya nasional di lapan negara di rantau Asia-Pasifik dari 2006-2016. Ia menyediakan satu contoh yang baik berhubung penggunaan kriteria keberkesanan dengan rujukan khusus kepada perubahan objektif dari semasa ke semasa dan pertimbangan keberkesanan berhubung keterangkuman, gender dan kumpulan rentan.
Penilaian ini mempertimbangkan objektif keseluruhan bantuan pilihan raya dari Australia dan kemudian berfokus kepada keberkesanan dan keterangkuman merentas tiga bidang utama: pengukuhan sistem pengurusan pilihan raya, menggalakkan keterlibatan dan menyokong organisasi pilihan raya.
Penilaian ini juga memerhatikan bahawa objektif Australia berhubung bantuan pilihan raya telah beralih dalam tempoh pelaksanaan, maka penilaian ini mengambil kira peralihan objektif ini dalam analisis. Tambahan pula, penilaian ini juga meneliti risiko yang berkaitan penyediaan bantuan pilihan raya efektif dan inklusif dengan mengambil kira faktor luaran yang mungkin menghalang keberkesanan intervensi ini dan intervensi masa depan.
Dalam pertimbangan objektif tersebut, penilaian ini menumpukan perhatian khusus kepada keterangkuman hasil kerana ini berguna dalam menggambarkan bagaimana penilaian boleh meneliti hasil terbeza merentas kumpulan apabila menilai keberkesanan. Pencapaian hasil diteliti melalui lensa gender dengan penggunaan dapatan kualitatif untuk mendedahkan bahawa norma sosial serta undang-undang dan kekangan institusi telah menyebabkan penyertaan rendah yang tidak seimbang di kalangan pengundi wanita.
Penilaian ini juga mengambil kira keterangkuman kumpulan rentan terutamanya keterangkuman orang kurang upaya dan mendapati kesaksamaan (equity) dalam hasil antara kumpulan berlainan adalah terhad kerana kekangan budaya, walaupun terdapat aktiviti untuk meningkatkan akses fisikal. Berikutan dapatan ini, penilaian ini mencadangkan supaya intervensi masa hadapan berfokus kepada peningkatan kesaksamaan (equity) dalam hasil yang menjurus ke arah pencapaian meluas hasil intervensi dan matlamat pembangunan.
Sumber: Arghiros et al. (2017[11]), Making it Count: Lessons from Australian Electoral Assistance 2006-16, http://www.oecd.org/derec/australia/australia-electoral-assistance-2006-2016.pdf
Kotak 4.8. Menilai keberkesanan strategi dan program negara Bank Pembangunan Afrika di Cabo Verde
Copy link to Kotak 4.8. Menilai keberkesanan strategi dan program negara Bank Pembangunan Afrika di Cabo VerdePenilaian terhadap sokongan Bank Pembangunan Afrika (AfDB) dalam sektor elektrik di Cabo Verde ini menyediakan satu contoh cara kriteria keberkesanan diamalkan, termasuk pertimbangan kesesuaian reka bentuk dan pelaksanaan, dengan perhatian khusus kepada objektif keterangkuman gender dan sosial. Bank Pembangunan Afrika mempunyai beberapa objektif luas untuk bantuannya yang merangkumi: membantu negara Cabo Verde mendorong pertumbuhan inklusif melalui pembangunan infrastruktur serta reformasi tatakelola yang mantap, dan matlamat strategik dalam membantu negara itu beralih kepada pembangunan berdaya tahan iklim yang mengutamakan pertumbuhan hijau (green growth) atau pelepasan rendah (low emission).
Untuk menilai keberkesanan intervensi tersebut dan sama ada objektif telah dicapai, penilaian ini menilai sama ada intervensi tersebut telah mencapai keberhasilan pembangunan yang dirancang seperti berikut:
peningkatan akses kepada bekalan elektrik untuk populasi
peningkatan tenaga boleh diperbaharui
peningkatan tanah pertanian dan bekalan air
Penambahbaikan tatakelola.
Dalam berbuat demikian, penilaian ini juga menganalisis faktor dalaman seperti kekuatan reka bentuk serta kemajuan pelaksanaan dan faktor luaran yang memberi kesan kepada intervensi tersebut. Perhatian khas telah diberikan kepada kesamarataan gender dan keterangkuman sosial semasa pertimbangan kesaksamaan (equity) hasil.
Dapatan penilaian menunjukkan walaupun terdapat kemajuan kukuh dalam membantu negara tersebut mendorong pertumbuhan inklusif melalui pembangunan infrastruktur dan reformasi tatakelola, namun matlamat strategik untuk membantu negara tersebut beralih kepada pembangunan berdaya tahan iklim yang bertumpu kepada pertumbuhan hijau atau pelepasan rendah (low emission) adalah tidak selaras dengan sumber dan instrumen sedia ada. Penilaian mendapati penelitian keberkesanan boleh memberi pencerahan sama ada hasil yang dirancang oleh sesuatu intervensi telah dicapai serta faktor yang mempengaruhi penyampaian hasil.
Sumber: IDEV (2018[12]), Cabo Verde: Evaluation of the Bank’s Country Strategy and Program 2008–2017: Summary Report, http://www.oecd.org/derec/afdb/AfDB-2008-2017-cabo-verde-bank-strategy.pdf
Kecekapan
Copy link to KecekapanDefinisi kecekapan:
Copy link to Definisi kecekapan:Kecekapan: Apakah tahap kecekapan penggunaan sumber?
Sejauh mana intervensi tersebut menyampaikan atau dijangka menyampaikan hasil secara ekonomik dan tepat pada masanya (timely).
Nota: “Ekonomik” ialah pertukaran input (dana, kemahiran, sumber asli, masa, dsbgnya) kepada output, outcome dan impak dalam cara yang kos efektif berbanding dengan alternatif yang mungkin dalam konteks tersebut. Penyampaian “tepat pada masa” (timely) adalah di dalam jangka masa yang dirancang atau suatu jangka masa bersesuaian yang telah diubah suai mengikut tuntutan konteks yang berubah-ubah. Ini termasuk penilaian kecekapan operasi (sejauh mana intervensi telah diurus dengan baik).
Apakah kecekapan dan mengapa ia penting?
Kriteria ini adalah satu peluang untuk memeriksa sama ada sumber sesuatu intervensi boleh dijustifikasi oleh hasilnya dan ini merupakan kepentingan utama dari segi praktikal dan politik. Kecekapan adalah penting kepada banyak kumpulan pihak berkepentingan termasuk kerajaan, persatuan sivil dan penerima manfaat. Penggunaan sumber terhad yang baik bermakna lebih banyak boleh dicapai dalam kerjasama pembangunan, contohnya dalam memajukan SDG yang mana keperluan adalah tinggi. Kerajaan yang bertanggungjawab kepada pembayar cukai adalah sangat prihatin kepada kecekapan dan akan sentiasa mempersoalkan nilai terbaik (value for money) dalam pelbagai polisi dan program, terutamanya dalam membuat keputusan berhubung kerjasama pembangunan antarabangsa, yang mana penelitian rapi diperlukan.
Dari segi operasi, kecekapan juga penting. Kebanyakan intervensi berdepan dengan masalah kebolehlaksanaan dan pelaksanaan, terutamanya berhubung cara penggunaan sumber. Penilaian kecekapan membantu meningkatkan insentif pengurusan untuk memastikan program dikendalikan dengan baik, iaitu memastikan para pengurus bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil serta pengurusan risiko.
Perhatian perlu diberikan kepada beberapa andaian dan perkara penting seperti berikut:
Sumber perlu difahami dari segi meluas, termasuk kos ekonomik penuh (sumber manusia, alam sekitar, kewangan serta masa). Sumber tidak sama dengan belanjawan program atau dana yang telah dibelanjakan.
Hasil perlu difahami secara komprehensif, merangkumi keseluruhan rantaian hasil: output, outcome dan impak. Bergantung kepada jenis penilaian, sesetengah organisasi mengaitkan kecekapan hanya dengan output sahaja; tetapi kriteria ini telah didefinisikan sebagai suatu konsep yang mendorong penilaian kecekapan berhubung kesan tahap lebih tinggi seperti impak, walaupun pada lazimnya ia adalah mencabar.
Kebolehnilaian (evaluabiliti): Keupayaan menilai bagaimana keberkesanan, impak, kesepaduan dan kemampanan memberi kesan kepada kecekapan.
Kecekapan adalah berhubung pilihan antara alternatif yang boleh menyampaikan hasil serupa dengan menggunakan sumber yang disediakan. Sebelum perbandingan keberkesanan kos boleh dilaksanakan, alternatif yang mungkin dan boleh dibanding dari segi kualiti serta hasil mesti dikenal pasti.
Untuk tujuan ini, analisis kecekapan haruslah berdasarkan analisis konteks memandangkan dalam sesetengah kes, walaupun kos lebih tinggi digunakan untuk mencapai penerima manfaat yang disasarkan, tetapi ia adalah penting dan boleh dijustifikasi dari segi impak pembangunan.
Memahami kecekapan: Elemen untuk analisis
Penilaian kecekapan merangkumi penelitian bidang utama kecekapan ekonomik, kecekapan operasi dan menepati masa (timeliness).
Kecekapan ekonomik
Ini ialah elemen utama dalam analisis kecekapan. Kecekapan ekonomik digunakan di sini merujuk kepada tiada pembaziran dan pertukaran input kepada hasil secara paling efektif kos. Ini termasuk menilai kecekapan hasil pada semua tahap rantaian hasil: output, outcome dan impak. Ini juga melibatkan penelitian sejauh mana pilihan sesuai telah dibuat dan tukar-ganti (trade-offs) ditangani dalam fasa reka bentuk dan semasa pelaksanaan. Pilihan ini merangkumi cara sumber diagihkan antara kumpulan sasar dan tempoh masa serta pilihan yang ada untuk membeli input berdasarkan keadaan pasaran.
Kecekapan operasi
Kecekapan operasi juga merupakan elemen penting untuk dipertimbangkan. Ia berkaitan sejauh mana sumber digunakan dengan baik semasa pelaksanaan. Soalan untuk meneliti kecekapan operasi termasuk: Adakah sumber manusia dan kewangan digunakan seperti yang dirancang serta bersesuaian dan digunakan dengan penuh (atau adakah sumber disalah agihkan, belanjawan kurang dibelanjakan atau terlampau belanja)? Adakah sumber diagihkan semula apabila keperluan berubah? Adakah risiko diurus? Adakah keputusan yang membantu pengukuhan kecekapan dibuat berdasarkan maklumat baharu? Adakah keputusan berhubung logistik dan perolehan optimal?
Ketepatan masa
Berhubung rapat dengan konsep kecekapan ekonomik dan operasi adalah konsep ketepatan masa yang menyoal sama ada dan sejauh manakah hasil telah dicapai mengikut rangka masa yang dirancang. Ia juga memberi peluang untuk memeriksa sama ada rangka masa adalah realistik atau bersesuaian. Selanjutnya, adakah rangka masa diubah suai semasa pelaksanaan memandangkan dalam kebanyakan intervensi, faktor luaran dan perubahan kepada program adalah mungkin? Para penilai mesti menilai sama ada terdapat usaha untuk menangani kekangan dan penangguhan dalam cara intervensi diurus, selaras dengan perubahan keadaan.
Perkaitan dengan kriteria lain
Seperti yang telah diperhatikan, enam kriteria tersebut adalah saling berkait dan harus digunakan sebagai lensa alternatif dalam meneliti suatu intervensi dan bukan sebagai sempadan yang tegar. Perkaitan kriteria kecekapan dengan kriteria lain termasuk:
Kesesuaian dan kecekapan: Aspek utama kesesuaian operasi adalah sama ada reka bentuk intervensi tersebut peka kepada konteks lantas membolehkan pertimbangan kebolehlaksanaan dan kapasiti. Dalam erti praktikal, sama ada reka bentuk boleh dilaksanakan memberi kesan langsung ke atas kecekapan. Maka untuk aspek spesifik ini, penilai mungkin meneliti kedua-dua isu secara bersama.
Kecekapan dan hasil: Memandangkan kecekapan melibatkan penilaian sejauh mana sumber telah digunakan untuk membuahkan hasil, semua aspek hasil (yakni soalan yang timbul apabila menilai keberkesanan, impak dan kemampanan) harus dipertimbangkan. Kecekapan operasi adalah berhubung rapat dengan keberkesanan dan impak. Lazimnya, penelitian prestasi suatu intervensi melibatkan penilaian kedua-dua keberkesanan dan kecekapan pada masa yang sama. Ini adalah benar khususnya apabila mengenal pasti isu dan cara menangani isu tersebut atau memastikan sumber telah diagihkan mengikut keperluan.
Mengintegrasi keterangkuman
Melalui lensa kriteria kecekapan, para penilai boleh memahami cara keterangkuman diintegrasikan dan difahami dalam pengurusan intervensi tersebut serta sejauh mana penggunaan sumber mencerminkan pengalaman dan hasil terbeza untuk kumpulan berbeza. Kos untuk mencapai hasil biasanya berbeza merentas penerima manfaat di mana kumpulan “paling jauh tertinggal” merupakan kumpulan paling sukar dan mahal untuk dicapai. Justeru itu, analisis kecekapan perlu diterapkan dengan pemahaman jelas berhubung ketaksamaan dan dinamik kuasa dalam konteks serta pemahaman berhubung cara intervensi tersebut memenuhi keperluan perubahan transformasi untuk menangani ketaksamaan pada dasarnya. Analisis kecekapan adalah tempat untuk mempertimbangkan sama ada komitmen agenda “tiada sesiapa yang ketinggalan” (leave no one behind) serta Agenda 2030 yang bertujuan mencapai transformasi kumpulan terpinggir, telah dilaksanakan dengan bermakna dan efektif merentas pengurusan, pengambilan keputusan dan pengagihan sumber.
Di sini, analisis boleh merangkumi bagaimana dan kenapa sumber telah diagihkan antara kumpulan berbeza yang disasar oleh suatu intervensi dan sejauh mana pengagihan sumber berdasarkan keperluan dan keterlibatan kumpulan terpinggir. Para penilai boleh mempertimbangkan sama ada hasil keterangkuman dan saksama (equitable) telah dicapai dengan kos yang berpatutan, bagaimana “kos berpatutan” didefinisikan serta dikenal pasti dan bagaimana kos ini berbeza antara kumpulan penerima manfaat berbeza. Contohnya, jika intervensi tersebut merancang untuk mencapai kumpulan spesifik, adakah sumber yang mencukupi diagihkan serta berpatutan supaya matlamat ini boleh dicapai dengan jayanya?
Memahami suara siapa yang diambil kira semasa keputusan dibuat berhubung cara polisi direka bentuk, cara dana diguna serta siapa mempunyai kuasa untuk menyelia proses demikian adalah pertimbangan utama. Apabila logik intervensi dan pelan merangkumi perubahan struktur dan kuasa dinamik yang tidak sama rata, penilaian harus mempertimbangkan sejauh mana logik intervensi dan pelan ini telah berjaya atau sama ada logik intervensi dan pelan secara tidak sengaja telah memperkukuhkan struktur dan dinamik tidak sama rata yang sedia ada.
Penting juga untuk mempertimbangkan sama ada intervensi mengumpul data pemantauan yang relevan dan terperinci untuk membolehkan para pelaksana mengambil keputusan bersesuaian berhubung fokus aktiviti/objektif dan pengagihan sumber dalam pembangunan inklusif.
Cabaran menilai kecekapan dan cara menangani cabaran ini
Cara sesuai untuk mengaplikasikan kriteria kecekapan bergantung sepenuhnya kepada intervensi tersebut dan berbeza untuk projek, program, program negara dan polisi. Contoh berikut daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Belanda menunjukkan aplikasi kriteria ini pada peringkat polisi sektor air di mana kecekapan difahami sebagai koordinasi dan aspek praktikal dari segi perancangan dan musharakah (partnerships) merentas satu set hubungan yang kompleks (Kotak 4.11)
Kotak 4.4 mengenal pasti beberapa cabaran utama apabila menilai kecekapan dan mencadangkan cara menangani cabaran ini untuk para penilai dan pengurus penilaian.
Keputusan asas adalah sama ada dan bagaimana ukuran ekonomik tradisional serta alat berkaitan seperti analisis kos manfaat, kadar pulangan, analisis kos keberkesanan, perbandingan penanda aras dsbgnya digunakan untuk menilai kecekapan. 4 Ini bergantung kepada matlamat penilaian tersebut, intervensi serta hasil yang dirancang, kebolehlaksanaan, ketersediaan data serta sumber dan pengguna penilaian yang disasar.
Kebergunaan alat analitik berbeza bergantung kepada pendekatan yang diguna pada fasa reka bentuk/kelulusan institusi yang relevan kerana ini memberi implikasi besar bagi ketersediaan maklumat yang diperlukan untuk membuat analisis yang berbeza. Dalam bank pembangunan multilateral dan sesetengah program pelaburan kapital sektor awam, panduan jelas disediakan untuk penilaian apraisal ex ante (sebelum permulaan program) berhubung ekonomik, sosial serta alam sekitar. Panduan sebegini juga semakin kerap digunakan untuk analisis gender dalam projek dan program sedemikian. Penggunaan alat yang sama untuk penilaian kecekapan semasa penilaian apraisal projek atau kelulusan (lazimnya ex ante, sebelum pelaksanaan intervensi tersebut) dan semasa penilaian adalah munasabah. Peraturan polisi dan panduan yang digunakan oleh institusi tersebut juga akan menentukan jenis data dan indikator tersedia untuk penilai (contohnya sama ada kadar pulangan dianggar semasa penilaian apraisal ekonomik, sama ada penilaian sedemikian dilaksanakan, dan sama ada alternatif telah dikenal pasti).
Judual 4.4. Cabaran menilai kecekapan
Copy link to Judual 4.4. Cabaran menilai kecekapan|
Cabaran |
Cara menangani: Penilai |
Cara menangani: Pengurus penilaian |
|---|---|---|
|
Mengenal pasti perbandingan yang sesuai |
Penilai biasanya menghadapi cabaran mengenal pasti perbandingan yang sesuai, jadi mereka menggunakan apa yang ada. Namun, mereka harus berhati-hati dalam membuat perbandingan dan harus membuat analisis kepekaan (sensitivity). Contohnya, kecekapan dalam situasi terkesan konflik harus dibandingkan dengan persekitaran yang serupa. |
Di mana pengurus penilaian mempunyai akses kepada data atau analisis yang boleh memberikan maklumat latar belakang berguna kepada penilai, sila rancang untuk menggabungkan sumber ini ke dalam dokumen yang akan diberikan kepada penilai. |
|
Pengendalian konsep kecekapan berbeza dan metodologi serta alat berkaitan |
Literatur mengenai konsep ekonomik kecekapan adalah meluas dan penilai boleh merujuk literatur ini untuk menentukan metodologi dan alat yang paling sesuai untuk penilaian yang dilaksanakan. Kertas kerja BMZ menyediakan ringkasan mantap berhubung perkara ini (Palenberg, 2011[13]). |
|
|
Kurang kepakaran dalam analisis kecekapan |
Pastikan terdapat pemahaman mengenai apa yang diperlukan untuk melaksanakan analisis kecekapan dan cara memasukkannya ke dalam proses penilaian (berhubung pendekatan dan kepakaran). |
Pastikan terma rujukan (terms of reference) untuk penilaian menyatakan keperluan kepakaran dalam analisis kecekapan. |
|
Data dan ukuran |
Data sedia ada berhubung manfaat, hasil dan kos mungkin sukar diperoleh. Contohnya, penilaian impak mungkin menyediakan anggaran perubahan keberhasilan yang disebabkan oleh intervensi tersebut, namun tidak memasukkan anggaran kos dan kos penuh. |
Pastikan penilai diberi akses kepada data yang perlu untuk analisis kecekapan (cth data kos manfaat intervensi atau tindakan berhubung belanjawan, sumber manusia, masa, dsbgnya). |
|
Pertimbangan masa |
Dalam kedua-dua penilaian apraisal ekonomik dan kecekapan, pilihan antara tempoh masa di mana sumber telah digunakan dan penyampaian hasil adalah aspek yang penting. Hasil dan kos penuh (cth kos alam sekitar) mungkin meningkat dari tahun ke tahun, maka kecekapan sebenar semasa pelaksanaan program atau semasa penilaian mungkin tidak memberi gambaran penuh. |
Kecekapan dipengaruhi oleh pilihan yang dibuat semasa program atau intervensi, termasuk cara pengurus mengambil tindakan kepada perubahan keutamaan, menjangka risiko atau bertindak kepada risiko, menangani kos berlebihan dan sebagainya. |
Contoh penilaian kecekapan
Bahagian ini merangkumi pelbagai contoh yang menunjukkan cara kecekapan dinilai seperti dalam kes pembekalan elektrik ke kawasan pendalaman, subsidi input pertanian dan portfolio kerja dalam pengurusan air.
Kotak 4.9. Menilai kecekapan sokongan Bank Dunia dalam pembekalan elektrik ke kawasan pedalaman
Copy link to Kotak 4.9. Menilai kecekapan sokongan Bank Dunia dalam pembekalan elektrik ke kawasan pedalamanKajian ini berfokus kepada program Bank Dunia dalam memberi sokongan kepada pembekalan elektrik ke kawasan pedalaman dalam beberapa negara antara tahun 1980 dan 2006 dan merangkumi satu portfolio penilaian yang meliputi 120 projek, 10 kes kajian negara serta analisis data survei sedia ada (survei tenaga dan isi rumah untuk 12 negara).
Dengan menggunakan set data tersedia dalam sebuah bank pembangunan pelbagai hala (multilateral development bank) besar yang mempunyai sejarah panjang beroperasi dalam sektor ini, penilaian mempertimbangkan kecekapan daripada pelbagai sudut, termasuk perbandingan kos dan manfaat. Penilaian portfolio tersebut menggunakan anggaran pulangan untuk projek di portfolio bank memandangkan ia lazim dimasukkan dalam laporan sah penyelesaian projek infrastruktur. Melangkaui elemen ini, impak kesejahteraan dianggarkan dengan menggunakan anggaran surplus pelanggan, di mana ia membolehkan para penilai menilai manfaat dan kos intervensi tersebut. Penilaian tersebut menunjukkan satu pendekatan menilai impak, elemen kesaksamaan (mencapai kumpulan miskin) dan pemahaman berhubung tukar-ganti (trade-offs) antara kemampanan, ekonomik serta kecekapan pengagihan, impak keseluruhan dan impak oleh kumpulan sasar.
Sumber: IEG (2008[14]), The Welfare Impact of Rural Electrification: A Reassessment of the Costs and Benefits, https://openknowledge.worldbank.org/handle/10986/6519
Kotak 4.10. Menilai kecekapan subsidi input pertanian di Sub-Sahara Afrika
Copy link to Kotak 4.10. Menilai kecekapan subsidi input pertanian di Sub-Sahara AfrikaKajian ini menilai subsidi input pertanian di Ghana, Malawi, Tanzania dan Zambia dan termasuk “subsidi pintar” (smart subsidies) yang direka khususnya untuk memaksimumkan kesan dengan penggunaan kos yang terendah.
Penilaian kecekapan
Kerana sifat topik tersebut, kecekapan ekonomik di sini merujuk kepada sama ada subsidi adalah berbaloi daripada pelbagai sudut dan ini merupakan isu utama dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan anggaran perubahan dalam produktiviti pertanian dan kemudian membincangkan sama ada ini adalah seimbang dengan kos, memberikan pulangan yang berpatutan dan apa faktor (contohnya penyasaran) yang memainkan peranan dalam pulangan ini. Sebagai contoh berhubung kajian ini, Zambia memerhatikan bahawa:
Penggunaan input pertanian yang lebih besar nampaknya memberi kesan besar kepada penghasilan jagung, tetapi output berlebihan ini dihasilkan dengan menggunakan kos yang sangat tinggi. Anggaran terbaik yang sedia ada mencadangkan bahawa adalah lebih murah untuk mengimport jagung bagi kegunaan di kawasan bandar berbanding meningkatkan penghasilan jagung dalam Zambia melalui ZFSP dalam bentuk sedia ada. Subsidi input boleh dijustifikasi jika ketidakcekapan melebihi pertimbangan kesaksamaan atau kemampanan pembangunan jangka panjang sektor input. Walau bagaimanapun, kesan sedemikian adalah meragukan.
Seperti yang boleh dilihat dalam contoh di atas, selain penelitian kecekapan, kajian tersebut juga mempertimbangkan beberapa kriteria lain yang termasuk beberapa dimensi kemampanan (cth exit strategy apa yang digunakan) dan impak/keberkesanan subsidi tersebut serta impak keseluruhan.
Sumber: Baltzer and Hansen (2011[15]), Agricultural input subsidies in Sub-Saharan Africa: Evaluation Study, http://www.oecd.org/derec/49231998.pdf
Kotak 4.11. Menilai kecekapan pada peringkat polisi: Polisi bantuan pembangunan Belanda untuk penambahbaikan pengurusan air
Copy link to Kotak 4.11. Menilai kecekapan pada peringkat polisi: Polisi bantuan pembangunan Belanda untuk penambahbaikan pengurusan airPenilaian ini berfokus kepada polisi bantuan pembangunan untuk penambahbaikan pengurusan sumber air yang berintegrasi oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Belanda dari 2006 hingga 2016. Ini merupakan polisi keutamaan Belanda yang semakin penting dan meliputi pelbagai kerjasama dengan organisasi pelbagai hala, kerajaan, NGO dan sektor awam. Dua kriteria utama yang digunakan dalam penilaian ini termasuk keberkesanan polisi dan kecekapan polisi.
Penilaian kecekapan
Soalan spesifik penilaian yang berkaitan kecekapan dinyatakan seperti berikut:
Adakah pelaksanaan polisi dirancang dan dioperasikan dengan memadai untuk menyokong pencapaian hasil utama yang dirancang berhubung kumpulan pengguna air, kualiti teknikal serta penyelenggaraan infrastruktur fizikal?
Dalam menjawab soalan ini, para penilai mempertimbangkan sejauh mana pencapaian hasil utama tersasar (berhubung kos dan tarikh tamat) daripada apa yang telah dirancang dan sebab pemesongan berlaku. Mereka mempertimbangkan hasil pada setiap tahap rantaian hasil termasuk kualiti, keberhasilan dan kemampanan. Penilaian telah mengenal pasti, sebagai contoh, perancangan pengurusan keterlibatan (participatory) pengairan kadangkala mengalami penangguhan dan peningkatan kos kerana kerumitan isu sosial dan teknikal tempatan memburukkan lagi faktor politik dan institusi, justeru itu menyebabkan tindakan lambat dan peningkatan kos.
Sumber: IOB (2017[16]), Tackling major water challenges: Policy review of Dutch development aid policy for improved water management, https://english.iob-evaluatie.nl/publications/policy-review/2017/12/01/418-%E2%80%93-iob-%E2%80%93-policy-review-of-dutch-development-aid-policy-for-improved-water-management-2006-2016-%E2%80%93-tackling-major-water-challenges
Impak
Copy link to ImpakDefinisi impak:
Copy link to Definisi impak:Impak: Apakah kesan meluas akibat intervensi tersebut?
Sejauh mana intervensi tersebut telah menghasilkan atau dijangka menghasilkan kesan tahap tinggi positif atau negatif yang signifikan, sama ada yang dirancang atau tidak dirancang.
Nota: Impak meneliti kepentingan muktamad dan kesan transformatif intervensi tersebut. Ia mengenal pasti kesan sosial, alam sekitar dan ekonomik intervensi tersebut yang lebih berjangka panjang dan meluas daripada yang telah diteliti di bawah kriteria keberkesanan. Melangkaui kesan langsung, kriteria ini melihat kesan sekunder tidak langsung intervensi tersebut. Ia meneliti perubahan holistik berkekalan dalam sistem atau norma, potensi kesan ke atas kesejahteraan, hak asasi manusia, kesamarataan gender dan alam sekitar.
Apakah impak dan mengapa ia penting?
Kriteria impak mendorong pertimbangan soalan “so what?”. Di sinilah kesan pembangunan muktamad suatu intervensi dipertimbangkan – di mana para penilai meneliti sama ada intervensi tersebut telah menghasilkan perubahan bermakna kepada manusia. Ia adalah peluang untuk mengambil perspektif meluas dan pandangan holistik. Sememangnya, para penilai akan diselubungi oleh aspek harian suatu intervensi dan hanya mengikut rangka rujukan para pelaksana, namun kriteria impak mencabar para penilai untuk melihat lebih jauh serta luas dan meneliti apa perubahan yang telah dicapai dan untuk siapa. Kepentingan berbuat demikian ditekankan dalam Swedish International Development Cooperation Agency’s (Sida) Evaluation Manual (Molund and Schill, 2004[17]):
“Kriteria impak memberikan pembetulan penting kepada ketaksuban niat pihak yang merancang serta mengurus intervensi pembangunan sehingga mengabaikan perspektif kumpulan sasar dan pihak berkepentingan yang lain.”
Walaupun penggunaan perkataan impak adalah lazim, namun kerap kali terdapat kekeliruan pemahaman yang mungkin mempengaruhi cara pihak berkepentingan memahami penilaian tersebut. Pertama, dalam konteks politik, impak boleh membawa maksud “hasil” meluas yang merangkumi kedua-dua keberkesanan dan impak seperti yang didefinisikan di sini serta aspek prestasi yang lain. Kedua, sejak kebelakangan ini, impak telah dikelirukan dengan “penilaian impak” yang merujuk kepada metodologi spesifik untuk menentukan hubungan sebab-akibat yang signifikan secara statistik antara intervensi dan kesan yang diperhatikan.5 Apabila digunakan dalam cara sedemikian, impak mungkin merujuk kepada hasil di sepanjang rantaian hasil termasuk output dan selalunya merujuk kepada kesan yang diingini. Atas sebab ini, adalah penting untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak berkepentingan berhubung pemahaman mereka tentang istilah “impak” dari permulaan penilaian serta menerangkan kepada mereka cara istilah “impak” digunakan dalam konteks penilaian sebagai kriteria yang meneliti kesan tahap tinggi.
Soalan yang mungkin diliputi oleh kriteria impak:
Adakah intervensi tersebut menyebabkan perubahan signifikan dalam kehidupan penerima manfaat yang disasarkan?
Bagaimanakah intervensi tersebut menyebabkan kesan tahap tinggi (seperti perubahan dalam norma atau sistem)?
Adakah kesemua kumpulan sasar termasuk kumpulan rentan, menerima manfaat sama rata daripada intervensi tersebut?
Adakah intervensi tersebut memberi kesan transformatif – adakah ia menghasilkan perubahan berkekalan dalam norma – termasuk norma gender - dan sistem sama ada dirancang atau tidak dirancang?
Adakah intervensi tersebut membawa kepada perubahan lain termasuk peluasan hasil atau hasil yang boleh ditiru (replicable)?
Bagaimana intervensi tersebut menyumbang kepada penambahbaikan kehidupan masyarakat?
Memahami impak: Elemen untuk analisis
Definisi impak termasuk konsep utama kesan tahap tinggi, signifikan, impak terbeza, kesan tidak terancang dan perubahan transformatif.
Signifikan
Kriteria impak menjawab soalan “so what?” dalam suatu penilaian. Ia meneliti kepentingan intervensi serta hasil tahap tingginya, iaitu sejauh mana perkara tersebut bermakna kepada pihak yang terlibat.
Definisi sedemikian mendorong para penilai mempertimbangkan perspektif berbeza mengikut keadaan. Penilai harus memikirkan konteks dengan lebih mendalam serta keperluan dan keutamaan penerima manfaat intervensi tersebut, matlamat polisi yang telah dipersetujui institusi yang relevan dan sifat intervensi tersebut. Elemen untuk analisis ini boleh digunakan semasa mempertimbangkan hasil tidak dirancang suatu intervensi.
Dalam menilai signifikan (kepentingan) 6, para penilai harus peka kepada kepentingan mempertimbangkan perspektif berbeza dan menggunakan pendekatan sistematik yang dipacu oleh keperluan pihak berkepentingan. Mereka harus memastikan prasangka (biases) dan pandangan masing-masing tidak mempengaruhi penilaian kepentingan intervensi tersebut..
Impak terbeza
Dalam menjunjung matlamat SDG “tiada sesiapa yang ketinggalan” (leave no one behind) dan melindungi hak asasi manusia termasuk kesamarataan gender, menilai impak terbeza adalah penting. Impak positif keseluruhan boleh menyembunyi kesan pengagihan negatif yang signifikan. Lantaran itu, penting untuk mempertimbangkan semua ini pada fasa reka bentuk penilaian atau pada fasa reka bentuk intervensi tersebut untuk memastikan impak oleh kumpulan sasar boleh dipantau dan kemudiannya dinilai. Ini memerlukan perancangan awal pada fasa reka bentuk dan penilaian untuk memastikan data terperinci boleh diperoleh dan mungkin melibatkan penelitian pelbagai parameter berhubung penyisihan (exclusion) dan penerimaan (inclusion). Ini akan melibatkan keperincian analisis data terperinci yang boleh diperoleh.
Kesan tidak dirancang
Para penilai harus mempertimbangkan sama ada suatu intervensi mempunyai kesan tidak dirancang. Analisis ini harus merangkumi sejauh mana impak dirancang atau dijangka semasa reka bentuk intervensi tersebut. Kesan tidak dirancang mungkin positif atau negatif. Jika kesan ini adalah positif, para penilai harus mempertimbangkan kepentingan menyeluruh dan sama ada terdapat ruang untuk inovasi atau perluasan atau replikasi impak positif pada intervensi lain. Para penilai harus memberi perhatian kepada impak negatif khususnya yang signifikan termasuk (tetapi tidak terhad) kepada impak alam sekitar atau impak tidak dirancang ke atas kumpulan rentan.
Perubahan transformatif
Perubahan transformatif didefinisikan sebagai “perubahan holistik dan berkekalan dalam sistem atau norma”. Perubahan transformatif menangani root cause atau penyebab sistemik kemiskinan, ketidaksamaan, penyisihan serta kerapuhan alam sekitar dan telah dikenal pasti dalam Agenda 2030 sebagai keperluan dalam mencapai matlamat pembangunan mampan. Menjadi kelaziman bagi intervensi menyasarkan sumbangan kepada perubahan transformatif dan para penilai semakin kerap ditugaskan untuk menjawab soalan berhubung kesan pada norma dan sistem (sosial, ekonomik atau sistem politik) semasa menilai kriteria impak. Contohnya, bagi suatu penilaian yang meneliti sejauh mana peranan tradisional gender telah diubah suai (lihat Kotak 4.12).
Hubungan dengan kriteria lain
A Seperti kriteria lain, kriteria impak juga mempunyai hubungan konseptual dengan kriteria lain:
Impak dan keberkesanan: Kedua-dua impak dan keberkesanan mempertimbangkan hasil yang dicapai oleh intervensi, kesan kepada penerima manfaast serta hasil yang tidak dirancang. Perbezaan antara dua kriteria ini bergantung kepada cara intervensi tersebut serta objektifnya direka bentuk. Keberkesanan lazimnya berfokus kepada pencapaian objektif yang dinyatakan (pada mana-mana tahap di rantaian hasil) manakala impak akan berfokus kepada kesan tahap tinggi yang tidak akan dipertimbangkan secara automatik (kerana ia tidak dimasukkan sebagai objektif). Cara lain untuk memikirkan perbezaan antara kedua-dua kriteria ini adalah: setelah beberapa ketika, kebanyakan intervensi dinilai sebagai efektif tetapi masih tidak menjurus ke arah perubahan tahap tinggi yang diingini atau perubahan transformatif. Jika impak tidak dinilai, trend sebegini akan tercicir. Pernyataan hasil dirancang suatu intervensi adalah berbeza untuk institusi berlainan yang lazimnya mempunyai syarat berbeza dalam definisi rantaian hasil. Dalam sesetengah institusi, semua intervensi adalah wajib dihubungkan kepada matlamat tahap tinggi manakala untuk institusi lain, hanya kesan langsung akan dipertimbangkan. Dalam aplikasi kedua-dua kriteria ini, adalah berguna untuk institusi memastikan syarat untuk reka bentuk intervensi adalah jelas dan bersepadu. Jika intervensi kecil, seperti projek tidak menyatakan hubungan kepada matlamat tahap tinggi, penting untuk polisi penilaian mewajibkan analisis impak – jika ini tidak dilakukan maka impak tahap tinggi akan tercicir (lihat Kotak 4.12 untuk contoh).
Impak dan kesepaduan: Memandangkan impak merangkumi penggunaan perspektif holistik maka ia selaras dengan pertimbangan kesepaduan kerana kesan yang dicapai oleh suatu intervensi selalunya bergantung kepada intervensi lain, matlamat polisi, tukar-ganti (trade-offs) dan sistem tempat intervensi berlaku. Satu contoh adalah program kerjasama pembangunan yang menyokong pengukuhan sistem kesihatan awam di negara membangun di mana impak dipengaruhi bukan sahaja oleh program tersebut tetapi juga polisi tempatan atau global berhubung harga dan peraturan untuk farmaseutikal atau pengambilan pekerja kesihatan.
Impak dan kecekapan: Seperti yang diperhatikan di bawah kriteria kecekapan, untuk meneliti kecekapan secara meluas, para penilai perlu mempertimbangkan secara holistik hasil yang telah dicapai (cth impak, kemampanan) dan membandingkan hasil dengan penggunaan sumber.
Impak dan kemampanan: Kedua-dua impak dan kemampanan mempertimbangkan sejauh mana dan sama ada hasil akan berkekalan. Impak berfokus kepada dimensi masa berhubung penelitian perubahan transformatif, yang bersifat berkekalan. Kemampanan meneliti penerusan manfaat. Sebagai satu kriteria, kemampanan adalah lebih luas kerana ia mempertimbangkan keadaan untuk mencapai kemampanan dan hubungan antara ekonomik, sosial dan kelestarian alam sekitar suatu intervensi.
Menginterasi keterangkuman
Perubahan transformatif, impak terbeza dan kepentingan (signifikan) adalah dikaitkan dengan keterangkuman. Penting untuk memahami apa impak yang telah berlaku dan untuk siapa. Adakah terdapat sumbangan bermakna kepada transformasi sistem yang menindas dan adakah ini akan membawa kepada perubahan kekal kepada kumpulan terpinggir dan kumpulan rentan? Para penilai harus memahami sejauh mana impak tidak dirancang ini berpunca daripada ketidaksamaan struktur (structural inequality) dalam sistem meluas dan impak intervensi ke atas sistem ini.
Definisi impak yang telah dikemas kini mengutamakan hasil tahap tinggi suatu intervensi yang termasuk impak sosial dan ekonomik jangka panjang. Ia merangkumi perubahan transformatif kepada sistem dan norma yang termasuk “kesan berpotensi kepada kesejahteraan manusia, hak asasi manusia, kesamarataan gender serta alam sekitar”. Impak adalah tempat para penilai dapat melihat gambaran besar cara suatu intervensi menyumbang serta menambah kepada perubahan transformatif, kesaksamaan, hak asasi manusia serta pemerkasaan.
Cabaran menilai impak dan cara menangani cabaran ini
Antara kesemua enam kriteria, impak adalah kriteria yang lazimnya paling mencabar untuk dinilai dan difahami. Empat cabaran yang terlibat serta beberapa cadangan untuk menangani cabaran ini telah dirumuskan di bawah.
Sebagai panduan, menilai impak lazimnya memerlukan lebih banyak sumber dan data primer berbanding kriteria lain dan hanya boleh diterapkan dalam reka bentuk suatu penilaian jika sumber ini tersedia atau boleh diperoleh untuk tujuan penilaian impak. Pada masa yang sama, kriteria ini akan mendapat lebih perhatian daripada pengguna penilaian kerana ia berfokus pada sama ada dan bagaimana intervensi tersebut telah menghasilkan perubahan bermakna. Oleh itu, pelaburan masa dan usaha untuk melaksanakan penilaian impak lazimnya boleh dipertahankan.
Satu cabaran tambahan semasa menilai impak adalah berhubung tarikh akhir yang ditetapkan oleh institusi yang menjalankan penilaian. Tarikh akhir ini lazimnya adalah serupa dengan tarikh tamat intervensi tersebut. Syarat ini boleh dilonggarkan untuk membolehkan impak diteliti pada tempoh masa yang lebih panjang lantas membolehkan pemahaman yang lebih baik mengenai impak yang mungkin muncul hanya selepas intervensi telah tamat.
Jadual di bawah mengenal pasti beberapa cabaran utama semasa penilaian impak dan mencadangkan beberapa cara untuk menangani cabaran ini untuk para penilai dan pengurus penilaian.
Jadual 4.5. Cabaran menilai impak
Copy link to Jadual 4.5. Cabaran menilai impak|
Cabaran |
Cara menangani: Penilai |
Cara menangani: Pengurus penilaians |
|---|---|---|
|
Kejelasan berhubung maksud impak sebagai satu konsep untuk pihak berkepentingan dan pengguna penilaian yang berkaitan. |
Pada permulaan penilaian selaraskan definisi impak yang digunakan (sama ada istilah OECD DAC atau konsep berbeza) dan gunakannya secara konsisten. Semasa perbincangan dengan pihak berkepentingan, kerap kali periksa sama ada pemahaman istilah ini telah berubah. |
|
|
Kejelasan berhubung impak yang dirancang untuk intervensi tersebut dan bagaimana ia akan dicapai. |
Ini bergantung kepada reka bentuk asal intervensi tersebut dan ketersediaan rangka hasil jelas yang termasuk theory of change (ToC). Jika ini tidak wujud, penilaian impak berasaskan teori (sangat disyorkan) adalah sukar. Maka ToC perlu dibina dan harus merangkumi kumpulan sasar spesifik. Sesetengah intervensi lazimnya mempunyai matlamat terlalu luas melangkaui skop yang boleh dicapai oleh intervensi tersebut. |
|
|
Mengenal pasti sejauh mana intervensi tersebut mengakibatkan impak yang diperhatikan |
Di mana bersesuaian, petakan (map) rantaian sumbangan atau atribusi daripada intervensi kepada hasil. Penggunaan metodologi contribution analysis adalah amat membantu.7 Dengan bimbingan daripada metodologi/panduan spesifik cara pengukuran impak, teroka opsyen dan buat pilihan realistik tentang metodologi yang berpacukan matlamat penilaian, konteks, soalan yang perlu dijawab, ketersediaan data dan sumber untuk penilaian tersebut serta kebolehlaksanaannya. Satu soalan utama adalah sama ada metodologi akan hanya menilai saiz impak untuk intervensi tersebut atau ia juga mengenal pasti kenapa dan bagaimana impak berlaku. |
Pastikan ketersediaan sumber untuk penilaian tersebut dan kemahiran pihak yang terlibat (berhubung penggunaan metodologi) adalah mencukupi untuk menilai impak. |
|
Ketersediaan data termasuk data baseline dan indikator |
Untuk menilai kesan tahap tinggi, ketersediaan data termasuk kekurangan data baseline dan indikator merupakan cabaran utama. Ini merupakan soalan kebolehlaksanaan yang perlu dipertimbangkan pada permulaan penilaian yang juga akan memberi maklumat tentang metodologi yang paling sesuai digunakan dengan pelbagai data kualitatif dan kuantitatif. |
Tentukan ketersediaan data semasa proses membangunkan terma rujukan (terms of reference) untuk penilaian tersebut. |
|
Intervensi tersebut mempunyai kesan tidak dirancang atau dijangka yang signifikan |
Lazimnya, penelitian hasil tidak dirancang atau tidak dijangka adalah sukar kerana hasil ini kerap kali tidak dimasukkan dalam rangka pemantauan dan pengumpulan data. Untuk meneliti apa yang paling penting kepada penerima manfaat dan kumpulan lain yang terkesan oleh intervensi tersebut (positif atau negatif), para penilai haruslah terbuka untuk melihat melangkaui dokumen projek dan data yang dijangka. Kepentingan kesan adalah berbeza untuk pihak berkepentingan yang berlainan. |
Sediakan ruang untuk para penilai mendengar daripada kumpulan yang terkesan oleh intervensi tersebut (positif atau negatif) dan sokong kumpulan ini dalam menarik perhatian kepada kesan tidak dirancang yang penting untuk mereka. |
Contoh penilaian impak
Bahagian ini merangkumi pelbagai contoh yang menunjukkan bagaimana impak telah dinilai untuk intervensi berhubung pemerkasaan keluarga, pembinaan keamanan (peacebuilding), sokongan penyelidikan, perancangan penggunaan tanah dan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
Kotak 4.12. Menilai keberkesanan dan impak program “More Families in Action” Columbia
Copy link to Kotak 4.12. Menilai keberkesanan dan impak program “More Families in Action” ColumbiaPenilaian impak operasi dan kesejahteraan program “More families in action” di Columbia memberikan satu contoh menarik cara memahami dan mengenal pasti perubahan transformatif tahap tinggi, termasuk cara aspek tertentu dinilai di bawah keberkesanan dan impak dari sudut yang berlainan. Penilaian ini meneliti peranan Madres Lideres, wanita yang dilatih untuk melaksanakan program tersebut dan yang berkhidmat sebagai penyokong komuniti.
Operasi: Penilaian ini meneliti peranan Madres Lideres dalam menyokong keberkesanan program, dengan menekankan peranan penting wanita dalam pelaksanaan dan penyampaian.
Tahap lebih tinggi: Selain itu, penilaian ini mengenal pasti keterlibatan wanita ini dalam program tersebut yang membawa kepada kesan pemerkasaan positif individu (wanita) serta kesan transformatif komuniti meluas dengan mengubah pandangan peranan wanita dalam masyarakat. Perubahan tahap tinggi dalam norma diteliti di bawah kriteria impak.
Sumber: Economía Urbana and Ipsos (2019[18]), Evaluación de operaciones del programa "más familias en acción" y de resultados del componente de bienestar comunitário [Evaluation of the “More Families in Action” programme], https://colaboracion.dnp.gov.co/CDT/Sinergia/Documentos/Evaluacion_MFA_Informe_Resultados.pdf
Kotak 4.13. Menilai impak sokongan Sida dalam pembinaan keamanan di negara yang terkesan konflik dan pascakonflik
Copy link to Kotak 4.13. Menilai impak sokongan Sida dalam pembinaan keamanan di negara yang terkesan konflik dan pascakonflikPenilaian ini merupakan contoh menarik berhubung pertimbangan kriteria impak untuk suatu intervensi kompleks dalam tempoh masa yang panjang dalam situasi rapuh (fragile). Impak telah dinilai dari segi kesan keseluruhan usaha pembinaan keamanan Sida berkaitan hasil langsung, tidak langsung, dirancang dan tidak dirancang, positif dan negatif.
Penilaian ini meneliti impak jangka panjang usaha pembinaan keamanan di Somalia, Rwanda, Bosnia dan Guatemala dari awal 1990-an hingga lewat 2010-an dengan mengambil perspektif jangka panjang. Selain impak keseluruhan, penilaian berfokus khususnya kepada wanita dan kesan terhadap kumpulan terpinggir. Penilaian ini menggunakan metodologi most significant change (perubahan paling signifikan) untuk menilai sumbangan daripada intervensi tersebut.
Sumber: Bryld (2019[19]), Evaluation of Sida’s Support to Peacebuilding in Conflict and Post-Conflict Contexts: Somalia Country Report, https://publikationer.sida.se/contentassets/1396a7eb4f934e6b88e491e665cf57c1/eva2019_5_62214en.pdf
Kotak 4.14. Menilai impak dalam suatu penilaian polisi strategik
Copy link to Kotak 4.14. Menilai impak dalam suatu penilaian polisi strategikDalam suatu penilaian sokongan dan penyelidikan yang dijalankan oleh 21 pihak berkuasa Denmark yang terlibat dalam 40 projek di 18 negara rakan, dapatan utama di bawah kriteria impak menunjukkan kepentingan kesan pemerkasaan tahap tinggi dalam kalangan institusi rakan. Penilaian merumuskan bahawa salah satu pencapaian utama intervensi tersebut adalah pemerkasaan pihak berkuasa rakan melangkaui objektif projek. Ini merujuk kepada keupayaan Denmark berinteraksi dan berhubung dengan pelaku (actors) utama di sektor awam, swasta, persatuan sivil dan rakan pembangunan serta berupaya mempengaruhi pembentukan polisi dan hasil program. Pencapaian sebegini adalah bermanfaat kepada kedua-dua rakan tetapi gagal dikesan oleh pemantauan intervensi tersebut. Namun, ia adalah hasil program yang penting untuk memahami nilai tambah sepenuhnya.
Sumber: PEM Consult (2020[20]), Evaluation of the Danish Strategic Sector Cooperation, https://um.dk/en/danida-en/results/eval/eval_reports/publicationdisplaypage/?publicationID=CBE77158-1D4D-46E3-A81F-9B918218FAFF
Kotak 4.15. Menilai impak, penyebaran dan peluasan pendekatan perancangan penggunaan tanah yang komprehensif di Filipina
Copy link to Kotak 4.15. Menilai impak, penyebaran dan peluasan pendekatan perancangan penggunaan tanah yang komprehensif di FilipinaDalam meneliti impak suatu intervensi penggunaan tanah, penilaian ini mempertimbangkan kesan jangka sederhana hingga jangka panjang intervensi berdasarkan indikator alam sekitar dan sosial ekonomik.
Ia menggunakan pendekatan berasaskan teori dan reka bentuk mixed method (kaedah campuran) yang menggunakan data panel daripada survei pelbagai peringkat, temu bual kualitatif, perbincangan kumpulan fokus, tinjauan literatur, analisis dokumen perancangan penggunaan tanah, data serta maklumat geografik. Para penilai melaksanakan pembinaan semula komprehensif theory of change intervensi tersebut.
Teras penilaian ini adalah penilaian impak yang teliti dalam mengukur dan menkuantifikasi kesan dalam lima bidang impak, yang berkisar daripada penambahbaikan dalam struktur pentadbiran serta syarat dalam pentadbiran perancangan; pengurusan sumber asli, ukuran dan aktiviti dalam Pengurusan Risiko Bencana, fungsi kerajaan tempatan hingga penambahbaikan kebajikan untuk populasi terkesan.
Data panel terdiri daripada 3000 isi rumah merentas 300 barangays dalam 100 majlis perbandaran merentas 11 wilayah di rantau Visayas, yang diukur pada dua tempoh masa (2012 dan 2016). Ia merangkumi isi rumah yang telah menerima bantuan daripada agensi pembangunan Jerman, GIZ (Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit), dan isi rumah yang tidak menerima bantuan. Pendekatan penilaian impak termasuk reka bentuk quasi-experimental berdasarkan padanan skor kecenderungan untuk mengenal pasti “kembar statistik” berdasarkan beberapa ciri majlis perbandaran, barangays dan isi rumah.
Sumber: Leppert et al. (2018[21]), Impact, Diffusion and Scaling-Up of a Comprehensive Land-Use Planning Approach in the Philippines: From Development Cooperation to National Policies, https://www.deval.org/files/content/Dateien/Evaluierung/Berichte/2018/Zusammenfassung_Deutsch_%20DEval-2018_Philippinen_final_web-2.pdf
Kotak 4.16. Menilai impak program “Girl Empower” di Liberia
Copy link to Kotak 4.16. Menilai impak program “Girl Empower” di LiberiaPenilaian oleh International Rescue Committee ini memberikan contoh spesifik penilaian impak suatu intervensi pelbagai aspek yang menangani keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan: the Girl Empower “Intervensi pementoran dan pengagihan tunai untuk meningkatkan kesejahteraan remaja di Liberia”. Intervensi ini telah dilaksanakan di daerah Limba pada 2016. Ini adalah contoh berguna yang menunjukkan bagaimana hasil spesifik dinilai di bawah keberkesanan dan impak akan berbeza bergantung kepada cara matlamat intervensi tersebut telah didefinisikan.
Penilaian impak
Tujuan kajian ini adalah khususnya untuk menilai impak satu jenis intervensi yang bermatlamat menangani keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di Liberia, dengan menambah satu komponen pengagihan tunai kepada intervensi gabungan pengukuhan ekonomi dan transformasi gender untuk remaja perempuan.
Penilaian ini telah mengumpul maklumat terperinci baseline (sebelum) dan endline (selepas) berkenaan tahap keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan dan kesan spesifik intervensi tersebut semasa pelaksanaan intervensi dan selepas satu tahun. Keberhasilan telah diukur dengan menggunakan cluster-randomised control trial pada peringkat desa. Reka bentuk kajian bermatlamat untuk menilai 1) impak keseluruhan program tersebut berbanding satu kumpulan kawalan; dan 2) keberkesanan menambah bayaran insentif penyertaan (“GE+programme”), khususnya untuk menilai sama ada pemberian insentif tunai kepada kanak-kanak perempuan mempunyai manfaat perlindungan dan pemerkasaan yang menjurus kepada pengurangan risiko keganasan seksual, yang mungkin dimediasi (mediated) oleh peningkatan kehadiran kanak-kanak perempuan ke sesi program.
Kesan pemerkasaan dan perubahan dalam norma sosial serta pandangan terhadap kedudukan kanak-kanak perempuan dalam masyarakat, dan tentang keganasan, merupakan contoh transformasi impak.
Sumber: Hallman et al. (2018[22]), Girl Empower Impact Evaluation: Mentoring and Cash Transfer Intervention to Promote Adolescent Wellbeing in Liberia, https://www.rescue.org/sites/default/files/document/4346/girlempowerimpactevaluation-finalreport.pdf
Kemampanan
Copy link to KemampananDefinisi kemampanan:
Copy link to Definisi kemampanan:Kemampanan: Adakah manfaat akan berterusan?
Sejauh mana manfaat bersih (net benefits) intervensi tersebut berterusan atau berkemungkinan besar akan berterusan.
Nota: Merangkumi penelitian kewangan, ekonomik, sosial, alam sekitar dan kapasiti institusi sistem yang diperlukan untuk menyokong kemampanan manfaat bersih (net benefits) dalam jangka masa panjang. Melibatkan analisis daya tahan, risiko dan potensi tukar-ganti (trade-offs). Bergantung pada masa penilaian dilaksanakan, ini mungkin melibatkan analisis pengaliran manfaat bersih atau unjuran sama ada manfaat bersih akan berterusan dalam jangka sederhana dan jangka panjang.
Apakah kemampanan dan mengapa ia penting?
A Penilaian kemampanan membolehkan para penilai mengenal pasti sama ada manfaat suatu intervensi akan berterusan dari segi kewangan, ekonomik, sosial dan alam sekitar. Skop kriteria ini adalah lebih padat dan meluas berbanding definisi terdahulu manakala konsep asas penerusan manfaat masih dikekalkan.8 Kemampanan merangkumi beberapa elemen untuk analisis – kewangan, ekonomik, sosial serta alam sekitar dan perhatian perlu diberikan kepada interaksi antara elemen ini.
Kekeliruan boleh timbul antara kemampanan dalam erti penerusan hasil dan kelestarian alam sekitar atau penggunaan sumber untuk generasi masa depan. Sementara kelestarian alam sekitar adalah penting (dan boleh diteliti di bawah beberapa kriteria termasuk keberkesanan, kesepaduan, impak dan kemampanan), maksud utama kriteria ini bukan berkaitan kelestarian alam sekitar. Maka, semasa menerangkan kemampanan, para penilai perlu jelas tentang cara mereka mentafsir kriteria ini.
Kemampanan harus dipertimbangkan pada setiap fasa rantaian hasil dan kitaran projek suatu intervensi. Para penilai harus meneliti kemampanan dari segi daya tahan dan adaptasi dalam persekitaran dinamik dan kompleks. Ini termasuk kemampanan input (kewangan atau sebaliknya) selepas tamatnya intervensi tersebut dan kemampanan impak dalam konteks meluas intervensi tersebut. Contohnya suatu penilaian boleh menilai sama ada intervensi mempertimbangkan kapasiti rakan dan membina pemilikan (ownership) pada permulaan tempoh pelaksanaan serta sama ada terdapat kesanggupan dan kapasiti untuk meneruskan pembiayaan pada fasa akhir intervensi tersebut. Umumnya, para penilai boleh menilai syarat kemampanan yang telah dibangunkan atau tidak dibangunkan dalam reka bentuk intervensi tersebut dan oleh aktiviti intervensi tersebut serta sama ada terdapat adaptasi jika perlu.
Para penilai tidak harus melihat kemampanan hanya dari perspektif penderma dan aliran dana luaran. Komisioner harus juga mempertimbangkan penilaian kemampanan sebelum permulaan suatu intervensi, semasa pembiayaan atau semasa aktiviti sedang berlangsung. Semasa penilaian kemampanan, para penilai harus: 1) mengambil kira manfaat bersih (net benefits) yang bermaksud nilai keseluruhan penerusan manfaat intervensi tersebut termasuk kos berterusan, dan 2) menganalisa sebarang tukar-ganti (trade-offs), contohnya daya tahan kapasiti/sistem yang menyokong penerusan manfaat. Mungkin terdapat tukar-ganti antara kemampanan manfaat fiskal tersebut dan kemampanan politik (mengekalkan sokongan politik).
Penilaian kemampanan memberikan pencerahan bernilai tentang penerusan atau kemungkinan penerusan manfaat bersih (net benefits) suatu intervensi dalam jangka masa sederhana ke jangka masa panjang, dan pelbagai analisis meta telah menunjukkan bahawa ini adalah sangat mencabar dalam amalan penilaian. Contohnya, dalam sektor air dan sanitasi, atau intervensi pembangunan yang diterajui oleh komuniti, manfaat sering pudar setelah beberapa ketika. Peranan penilaian dalam kes sedemikian boleh menjurus kepada penelitian andaian dalam theory of change berhubung cara pencapaian kemampanan (Mansuri and Rao, 2013[23]; White, Menon and Waddington, 2018[24]).
Jika pelbagai aspek kemampanan ini dipertimbangkan dengan teliti dalam suatu penilaian, ia boleh membawa kepada pencerahan penting tentang cara intervensi merancang dan melaksanakan perubahan yang memastikan kemampanan pembangunan pada masa hadapan. Iktibar (lessons) mungkin menekankan potensi peluasan pendekatan kemampanan intervensi tersebut dalam konteks semasa atau potensi untuk replikasi dalam konteks lain.
Salah satu aspek utama kemampanan adalah perancangan keluar (exit planning). Penilaian harus menilai sama ada strategi keluar (exit strategy) yang sesuai telah dibangunkan dan diaplikasi, yang mana ia akan memastikan penerusan kesan positif, termasuk tetapi tidak terhad kepada pertimbangan kewangan dan kapasiti. Jika penilaian tersebut dilaksanakan ex post (selepas program), penilai boleh juga menilai sama ada exit strategy yang dirancang telah dilaksanakan dengan baik untuk memastikan penerusan kesan positif seperti yang dirancang, sementara membolehkan perubahan jika keadaan konteks berubah seperti contoh yang di bawah.
Satu sumber berguna untuk memahami kemampanan dengan lebih lanjut serta menangani cabaran lazim adalah penilaian meta (Noltze, Euler and Verspohl, 2018[25]) dan sintesis penilaian (Noltze, Euler and Verspohl, 2018[26]) yang dilaksanakan oleh German Institute for Development Evaluation (Deval). Kedua-dua kajian tersebut menekankan pelbagai elemen untuk analisis kemampanan yang boleh diteliti dalam suatu penilaian. Penilaian meta tersebut memberi contoh kukuh untuk penilaian kemampanan yang menerapkan prinsip SDG, menekankan bidang yang boleh menambah nilai kepada penilaian. Ini termasuk analisis cara mengenal pasti dan menilai kesan tidak terancang, serta projek dan interaksi atau tukar-ganti (trade-offs) antara dimensi berlainan kemampanan boleh menyokong pembelajaran dan akauntabiliti semasa aplikasi kriteria kemampanan.
Memahami kemampanan: Elemen untuk analisis
Pemahaman definisi kemampanan melibatkan pemahaman komponen persekitaran pemboleh daya (enabling environment), penerusan kesan positif, dan risiko serta tukar-ganti (trade-offs).
Membina persekitaran pemboleh daya (enabling environment) untuk pembangunan mampan
Penilaian boleh mempertimbangkan bagaimana suatu intervensi menyumbang kepada penambahbaikan persekitaran pemboleh daya (enabling environment) untuk pembangunan, dalam pelbagai cara termasuk cara intervensi tersebut memastikan pengukuhan sistem, institusi atau kapasiti untuk menyokong pembangunan masa hadapan atau aktiviti bantuan kemanusiaan (humanitarian). Ini mendorong penilaian untuk mempertimbangkan pembangunan kapasiti rakan yang telah dibina atau pengukuhan kapasiti hasil daripada intervensi tersebut, serta daya tahan untuk menyerap perubahan luaran dan kejutan. Ini akan memastikan manfaat bersih (net benefits) seperti yang dibincangkan di atas, akan berterusan.
Untuk menyediakan contoh bagaimana persekitaran pemboleh daya untuk pembangunan boleh ditambah baik, sumbangan suatu intervensi boleh merangkumi: pengukuhan kapasiti (pada peringkat individu, komuniti, atau institusi); penambahbaikan pemilikan (ownership) atau keupayaan politik (political will); peningkatan kewangan atau komitmen belanjawan nasional (dan jika berkenaan subnasional); perubahan polisi atau strategi; reformasi perundangan; reformasi institusi; reformasi tadbir urus, peningkatan akauntabiliti untuk belanjawan awam; atau penambahbaikan proses konsultasi awam dalam perancangan pembangunan.
.
Penerusan kesan positif: Kemampanan sebenar dan unjuran
Kemampanan boleh dinilai di beberapa fasa masa yang berlainan. Para penilai boleh menilai kedua-dua kemampanan sebenar, iaitu penerusan manfaat bersih (net benefits) yang dijana oleh intervensi tersebut yang telah mula diperhatikan, serta kemampanan unjuran (yakni manfaat bersih untuk pihak berkepentingan utama yang akan berterusan hingga ke masa depan). Bergantung kepada masa penilaian tersebut dan tempoh masa manfaat yang dirancang, para penilai harus mempertimbangkan dengan teliti pendekatan penilaian yang bersesuaian untuk menilai kemampanan sebenar dan/atau unjuran. Kebanyakan perubahan tahap tinggi mengambil beberapa tahun atau dekad untuk direalisasikan dengan penuh.
Dalam menilai kemampanan sebenar, penilai boleh menilai sejauh mana sebarang kesan positif yang dijana oleh intervensi tersebut berterusan untuk pihak berkepentingan utama termasuk penerima manfaat yang disasar, selepas intervensi telah tamat. Para penilai boleh juga menilai sama ada dan bagaimana peluang untuk menyokong penerusan kesan positif daripada intervensi tersebut telah dikenal pasti, diunjur dan dirancang, serta sebarang kekangan yang mungkin menghalang penerusan kesan positif. Ini boleh menyokong dapatan yang menunjukkan kapasiti adaptif dalam suatu intervensi apabila perlu.
Penelitian unjuran kemampanan melibatkan pendekatan yang sedikit berbeza. Penilaian yang meneliti potensi kemampanan masa hadapan akan menilai kemungkinan penerusan sebarang kesan yang dirancang atau kesan positif terkini intervensi tersebut dengan andaian keadaan terkini adalah serupa. Penilaian perlu menilai kestabilan dan ketetapan sebarang kesan positif yang dijana dan keadaan untuk penerusan seperti kemampanan institusi, kemampanan ekonomik dan kewangan, kelestarian alam sekitar, kemampanan politik, kemampanan sosial dan kemampanan budaya.
Risiko dan potensi tukar-ganti (trade-offs)
Penilaian kemampanan melibatkan penelitian bukan sahaja kemungkinan penerusan kesan positif tetapi juga penelitian potensi risiko dan kos berterusan berhubung suatu intervensi. Maka, para pengurus penilaian harus mempertimbangkan faktor yang mungkin mempertingkatkan manfaat bersih (net benefits) kemampanan serta faktor yang mungkin menghalang kemampanan. Penelitian risiko berhubung kemampanan suatu intervensi boleh melibatkan penilaian sejauh mana terdapat faktor konteks positif atau negatif yang boleh dikenal pasti atau yang dijangka mempengaruhi ketahanan hasil intervensi tersebut.
Ini juga menimbulkan isu tukar-ganti (trade-offs) iaitu suatu elemen penting bagi kriteria yang telah dikemas kini ini. Penilaian tukar-ganti berkaitan suatu intervensi mendorong penelitian tukar-ganti antara impak segera dan potensi kesan atau kos jangka panjang, serta tukar-ganti antara aspek kewangan, ekonomik, sosial dan alam sekitar. Contohnya, suatu penilaian mungkin mendapati intervensi menyokong pertumbuhan ekonomik tetapi pertumbuhan itu tidak mampan kerana kos alam sekitar utama mungkin memberi impak negatif kepada pertumbuhan ekonomik jangka panjang. Ini selaras dengan definisi pembangunan mampan SDG dan meluaskan skop penilaian kepada penelitian kemampanan melangkaui kemungkinan penerusan kesan positif daripada suatu intervensi.
Perkaitan dengan kriteria lain
Kemampanan berkait rapat dengan kriteria yang lain.
Kemampanan adalah dikaitkan kepada kesesuaian, kerana tahap kesesuaian kepada pihak berkepentingan utama adalah faktor utama yang mempengaruhi pemilikan dan sokongan mereka terhadap manfaat akhirnya, yang menjurus kepada kemampanan.
Demikian juga, kesepaduan boleh memberikan pencerahan berguna kepada kemampanan, kerana kriteria ini meneliti intervensi lain (dalam suatu konteks) yang boleh menyokong atau menghalang manfaat intervensi tersebut dari semasa ke semasa.
Keberkesanan dan impak: Penilaian penerusan hasil bergantung pertamanya kepada hasil yang telah dicapai (keberkesanan) dan keduanya, kesan tahap tinggi yang telah diperhatikan (impak). Oleh itu, keberkesanan dan impak boleh dilihat sebagai kriteria yang mempengaruhi kemampanan kerana jika analisis tidak menunjukkan bahawa intervensi tersebut mencapai output, outcome atau impak, maka tiada manfaat jelas yang perlu diteruskan. Kotak 4.19 menyediakan contoh bagaimana impak dan kemampanan boleh diteliti bersama. Pertimbangan sinergi antara impak, keberkesanan dan kemampanan dengan menilai keadaan yang mencukupi dan perlu untuk penerusan hasil selepas tamatnya intervensi membolehkan para penilai meneliti keberkesanan dan impak dalam jangka masa panjang.
Isu kecekapan juga boleh menghalang manfaat kemampanan, contohnya apabila kos jangka pendek memacu keputusan yang memburukkan kesan jangka panjang maka kemampanan mungkin berkurangan.
Integrasi keterangkuman
Definisi kemampanan yang telah dikemas kini dan nota yang disertai memberi perhatian kepada dimensi “kewangan, ekonomik, alam sekitar dan sosial” kemampanan dan cara dimensi ini menyokong manfaat berterusan dan manfaat jangka panjang hasil intervensi tersebut. Para penilai harus mempertimbangkan bagaimana penerusan manfaat untuk kumpulan penerima manfaat berlainan telah dirancang dan jika penilaian dilaksanakan ex post (selepas tamatnya program), bagaimana ia diperlihatkan dalam kumpulan berlainan ini. Di sini, fokus perlu diberikan kepada prinsip “tiada sesiapa yang ketinggalan” (leave no one behind) dan cara kumpulan terpinggir mengalami manfaat positif yang berterusan serta tukar-ganti (trade-offs) yang mungkin berlaku antara kumpulan berlainan.
Relevan juga untuk para penilai mempertimbangkan sejauh mana intervensi tersebut telah membina persekitaran pemboleh daya (enabling environment) untuk pembangunan inklusif dan saksama yang menangani isu sistemik (“merawat penyakit dan bukan sahaja gejala”) di bawah kedua-dua kriteria impak dan kemampanan. Di sini soalan berhubung pemilikan (ownership) dan pemerkasaan gender adalah penting. Kemampanan sistem memerlukan peningkatan kapasiti, maka para penilai harus memahami kapasiti siapa yang telah dibina dan bagaimana ini dikaitkan kepada sistem dan struktur tidar setara yang sedia ada. Adakah terdapat kapasiti dan komitmen daripada kumpulan pihak berkepentingan berlainan untuk membina dan menyokong persekitaran pemboleh daya bagi kesamarataan gender dan pemerkasaan wanita dalam jangka masa sederhana ke jangka masa panjang? Jika tidak, apakah kekangan yang ada dan adakah kekangan ini di dalam skop intervensi tersebut?
Cabaran menilai kemampanan dan cara menangani cabaran ini
Jadual di bawah mengenal pasti cabaran semasa menilai kemampanan yang berkaitan masa, kekurangan kesan positif serta faktor lain yang mempengaruhi kemampanan, serta mencadangkan cara untuk menangani cabaran tersebut untuk para penilai dan pengurus penilaian.
Jadual 4.6. Cabaran menilai kemampanan
Copy link to Jadual 4.6. Cabaran menilai kemampanan|
Cabaran |
Cara menangani: Penilai |
Cara menangani: Pengurus penilaian |
|---|---|---|
|
Jika intervensi tersebut tidak mencapai hasil yang dirancang (dinilai melalui keberkesanan), tidak menunjukkan manfaat positif yang tidak dirancang atau tidak menyumbang kepada impak |
Dalam kes di mana intervensi tersebut tidak menunjukkan apa-apa manfaat, analisis kemampanan tidak diperlukan. Para penilai harus jelas serta terbuka kepada keterbatasan penilaian kemampanan dan memberi fokus kepada kriteria lain. |
Para pengurus harus pertimbangkan pengubahsuaian skop penilaian dan mengagih semula sumber kepada penilaian kriteria lain termasuk penelitian mengapa manfaat tidak tercapai. |
|
Masa pelaksanaan penilaian |
Lazimnya, penilaian akan dilaksanakan dalam jangka hayat intervensi tersebut atau mungkin pada masa kemampanan masih belum jelas. Oleh itu, para penilai harus fokus kepada keadaan untuk kemampanan berlaku jika intervensi tersebut masih dalam fasa pelaksanaan atau baru sahaja tamat. Mereka harus menyediakan satu penilaian mantap berhubung unjuran kemampanan dengan mengenal pasti faktor dalam persekitaran perlaksanaan yang menyokong kemampanan. Berhubung perkara ini, analisis gender adalah penting dan akan memberikan maklumat berguna dan relevan berkaitan ketekalan perubahan struktur yang telah dicapai dan kesannya dalam mengurangkan ketidaksamarataan. |
Jika penilaian dilaksanakan semasa intervensi tersebut masih aktif, para pengurus harus jelas tentang sejauh mana mereka harus mengutamakan pertimbangan kemampanan dan matlamat penelitian kemampanan. Contohnya, adakah dapatan akan disalurkan kepada perancangan penamatan atau perancangan transisi? |
|
Menilai faktor yang mungkin mempengaruhi kemampanan |
Faktor konteks yang menyokong (atau menghalang) unjuran kemampanan boleh dinilai secara kualitatif dan kuantitatif. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilikan (ownership) dan keterlibatan pihak berkepentingan, kapasiti penyerapan (absorptive), kemahuan politik dan ketersediaan sumber nasional. |
Para pengurus boleh membantu mengenal pasti pihak berkepentingan yang relevan untuk ditemu bual atau disurvei.. |
Contoh penilaian kemampanan
Bahagian ini menyediakan contoh daripada pembangunan luar bandar di Afghanistan, sokongan belanjawan am dan kesihatan ibu hamil untuk menunjukkan cara kemampanan telah dinilai.
Kotak 4.17. Meneliti kemampanan dalam penilaian ex-post “Inter-Communal Rural Development Project” oleh negara Jepun di Afghanistan
Copy link to Kotak 4.17. Meneliti kemampanan dalam penilaian ex-post “Inter-Communal Rural Development Project” oleh negara Jepun di AfghanistanProjek “Inter-Communal Rural Development” telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Japan International Co-operation Agency’s (JICA) Ogata Initiative dan bermatlamat untuk membangunkan satu model pembangunan luar bandar yang diterajui oleh komuniti untuk menyumbang kepada pembinaan semula dan keberhasilan pembangunaan luar bandar di wilayah Balkh, Bamyan dan Kandahar, Afghanistan. Penilaian ex-post ini mempertimbangkan kemampanan berhubung usaha pembinaan semula selepas perang sivil di Afghanistan.
Setelah memastikan intervensi tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah memenuhi objektifnya, penilaian ini kemudiannya meneliti kemampanan manfaat. Dalam menilai kemampanan, penilaian ini menganalisis sama ada kondisi polisi, institusi, teknikal dan kewangan wujud untuk memastikan penerusan kesan positif. Ini merangkumi kapasiti dan kesediaan kerajaan Afghanistan untuk meneruskan pelaksanaan setelah penamatan projek.
Penilaian mendapati intervensi tersebut telah membangunkan sistem pemantauan dalam kerjasama dengan penderma lain serta yayasan fiskal untuk penggunaan dana penderma, melengkapi serta membina kapasiti dalam sistem nasional negara yang terkesan konflik tersebut. Tambahan pula kerajaan Afghanistan mengesahkan bahawa ia akan meneruskan pembangunan luar bandar yang diterajui komuniti melalui Majlis Pembangunan Komuniti dengan sokongan para penderma. Projek ini juga diterapkan ke dalam Program Solidarity Nasional. Oleh itu, penilaian ini merumuskan bahawa kondisi polisi, institusi, teknikal dan kewangan untuk memastikan penerusan kesan positif wujud dan tiada risiko jelas yang akan menjejaskan penerusan manfaat.
Sumber: Watanabe (2016[27]), Ex-Post Evaluation of Technical Co-operation Project “Inter-Communal Rural Development Project”, https://www2.jica.go.jp/en/evaluation/pdf/2015_0603847_4.pdf
Kotak 4.18. Iktibar (lessons) berhubung kemampanan daripada penilaian penarikan sokongan belanjawan am di Malawi, Rwanda, Uganda dan Zambia
Copy link to Kotak 4.18. Iktibar (<em>lessons</em>) berhubung kemampanan daripada penilaian penarikan sokongan belanjawan am di Malawi, Rwanda, Uganda dan ZambiaSebagai satu contoh penggunaan kriteria kemampanan secara berhemah dalam penilaian, kajian ini mempertimbangkan sejauh mana intervensi tersebut bersedia untuk penerusan kesan positif selepas sokongan belanjawan ditamatkan dan sama ada ia menyokong penjanaan persekitaran boleh daya untuk pembangunan. Kajian ini dilaksanakan semasa penarikan sokongan belanjawan am secara meluas mulai sekitar 2010, akibat beberapa skandal dalam negara penerima dan tekanan akauntabiliti dari negara penderma. Perkembangan ini berlaku selepas perubahan yang memihak kepada sokongan belanjawan pada awal 2000-an akibat reaksi kepada Deklarasi Paris berhubung Keberkesanan Bantuan 2005 (2005 Paris Declaration on Aid Effectiveness). Sokongan belanjawan lazimnya dilihat sebagai suatu cara berkesan dan mampan dalam menyokong hasil pembangunan. Beberapa penilaian dan kajian sintesis memberikan bukti bahawa sokongan belanjawan telah mempengaruhi keberhasilan penting pembangunan secara positif seperti peningkatan perbelanjaan prokemiskinan, peningkatan pendaftaran sekolah dan penambahbaikan pengurusan kewangan awam.
Penilaian ini menggunakan pendekatan kajian kes komparatif di Malawi, Rwanda, Uganda dan Zambia untuk menilai sama ada strategi bersesuaian telah dilaksanakan untuk memastikan penerusan kesan positif berhubung sokongan belanjawan am selepas penarikan sokongan. Ia menekankan bahawa walaupun tahap keseluruhan bantuan kekal malar di kebanyakan negara semasa keputusan penarikan sokongan belanjawan am, kebanyakan struktur yang telah dibangunkan sudah lenyap. Maka, majoriti pencapaian positif telah mengalami kesan negatif atau telah kembali kepada keadaan asal. Pembiayaan jenis projek tunggal didapati menjadi modaliti lazim dalam portfolio bantuan dua hala di mana pembiayaan bersama dihadkan kepada beberapa sektor dan program. Ini telah membawa kepada externalities negatif dan pemecahan tinggi dalam bantuan yang menjadikannya sukar untuk menjana pemilikan nasional atau menangani isu sistematik dan meluas berkaitan tatakelola.
Sumber: Orth, Birsan and Gotz (2018[28]), The Future of Integrated Policy-Based Development Cooperation: Lessons from the Exit from General Budget Support in Malawi, Rwanda, Uganda and Zambia, http://www.deval.org/files/content/Dateien/Evaluierung/Berichte/2018/DEval_EN_The%20Future%20of%20Integrated%20Policy-Based%20Development%20Cooperation..pdf
Kotak 4.19. Menilai impak dan kemampanan program kesihatan ibu hamil DFID
Copy link to Kotak 4.19. Menilai impak dan kemampanan program kesihatan ibu hamil DFIDPenilaian ini yang dikendalikan oleh Independent Committee on Aid Impact (ICAI) daripada Department for International Development’s (DFID) United Kingdom untuk meneliti hasil penambahbaikan kesihatan ibu hamil di beberapa negara, menyediakan satu contoh cara impak dan kemampanan boleh dipertimbangkan bersama. Penilaian ICAI menggunakan satu pendekatan spesifik, di mana dalam kes ini menekankan tiga bidang utama iaitu impak, kesaksamaan (equity) dan kemampanan. Soalan penilaian merangkumi:
Impak: Sejauh manakah DFID memaksimumkan impak pelaksanaan program dalam kesihatan ibu hamil? Apakah tahap kemantapan hasil kesihatan ibu hamil yang dicapai pada peringkat global, negara dan program? Pada tahap manakah pelaburan DFID ini mencerminkan evidens global dalam pendekatan yang terbukti berkesan dalam penambahbaikan kesihatan ibu hamil dan sejauh manakah program ini telah menyampaikan keberhasilan yang diperlukan untuk penambahbaikan kesihatan ibu hamil?
Kesaksamaan: Sejauh manakah program menyasar wanita yang sukar dicapai dan terpinggir? Sejauh manakah DFID menyumbang kepada pengukuhan sistem kesihatan dan penambahbaikan akses wanita kepada sistem kesihatan?
Kemampanan: Adakah hasil kesihatan ibu hamil DFID mampu menjadi mampan? Sejauh manakah DFID menyokong pembangunan dan pelaksanaan polisi nasional serta institusi untuk memastikan kemampanan hasil?
Kesaksamaan (equity) di sini merangkumi pertimbangan langsung kesan spesifik untuk wanita miskin dan muda, selaras dengan sifat intervensi tersebut. Soalan berhubung hasil terbeza dan populasi spesifik boleh diteliti daripada sudut berlainan di bawah definisi baharu kesesuaian, keberkesanan dan impak. Kemampanan dipertimbangkan dari segi tahap kemungkinan hasil akan berterusan memandangkan kemampanan sebenar (ex post) hanya boleh diperhatikan dalam jangka yang lebih panjang (pada masa hadapan).
Dalam kes ini, metodologi melibatkan penilaian bebas (selaras dengan peranan dan mandat ICAI) terhadap dakwaan DFID berhubung hasil usahanya dalam menambah baik kesihatan ibu hamil, termasuk usaha pemodelannya (modelling). Penilaian ini menggunakan dokumen, temu bual serta lawatan lapangan.
Sumber: ICAI (2018[29]), Assessing DFID’s results in improving Maternal Health: An impact review, https://icai.independent.gov.uk/wp-content/uploads/ICAI-review-Assessing-DFIDs-results-in-improving-Maternal-Health-.pdf
Rujukan
[11] Arghiros, D. et al. (2017), Making it Count: Lessons from Australian Electoral Assistance 2006-16, Australian Government Department of Foreign Affairs and Trade, http://www.oecd.org/derec/australia/australia-electoral-assistance-2006-2016.pdf (accessed on 11 January 2021).
[15] Baltzer, K. and H. Hansen (2011), Agricultural Input Subsidies in Sub-Saharan Africa: Evaluation Study, DANIDA, International Development Cooperation, Ministry of Foreign Affairs of Denmark,, http://www.oecd.org/derec/49231998.pdf (accessed on 11 January 2021).
[31] Befani, B. and J. Mayne (2014), “Process Tracing and Contribution Analysis: A Combined Approach to Generative Causal Inference for Impact Evaluation”, IDS Bulletin, Vol. 45/6, pp. 17-36, https://doi.org/10.1111/1759-5436.12110.
[34] Belcher, B. and M. Palenberg (2018), “Outcomes and Impacts of Development Interventions”, American Journal of Evaluation, Vol. 39/4, pp. 478-495, https://doi.org/10.1177/1098214018765698.
[19] Bryld, E. (2019), Evaluation of Sida’s Support to Peacebuilding in Conflict and Post-Conflict Contexts: Somalia Country Report, Sida, https://publikationer.sida.se/contentassets/1396a7eb4f934e6b88e491e665cf57c1/eva2019_5_62214en.pdf (accessed on 11 January 2021).
[35] Chambers, R. et al. (2009), “Designing impact evaluations: different perspectives”, No. 4, 3ie, https://www.3ieimpact.org/evidence-hub/publications/working-papers/designing-impact-evaluations-different-perspectives (accessed on 11 January 2021).
[18] Economía Urbana and IPSOS (2019), Evaluación de operaciones del programa “más familias en acción” y de resultados del componente de bienestar comunitario, [Evaluation of the "More Families in Action" programme], Departamento Nacional de Planeación, Bogotá D.C., https://colaboracion.dnp.gov.co/CDT/Sinergia/Documentos/Evaluacion_MFA_Informe_Resultados.pdf (accessed on 15 January 2021).
[5] Eurecna Spa (2020), Bolivia - Evaluation of Health Initiatives (2009-2020), Italian Ministry of Foreign Affairs and International Cooperation, http://www.oecd.org/derec/italy/evaluation-report-of-health-initiatives-in-Bolivia-2009_2020.pdf (accessed on 11 January 2021).
[4] FAO (2020), Evaluation of “Improving farmer livelihoods in the dry zone through improved livestock health, productivity and marketing”, Food and Agriculture Organization of the United Nations, Rome, http://www.fao.org/3/ca8463en/ca8463en.pdf (accessed on 11 January 2021).
[30] Gertler, P. et al. (2016), Impact Evaluation in Practice: Second Edition, World Bank Group, Washington D.C., https://publications.iadb.org/en/impact-evaluation-practice-second-edition (accessed on 12 January 2021).
[8] Global Affairs Canada (2019), Evaluation of Natural Disaster Reconstruction Assistance in the Philippines, 2013-14 to 2018-19, Global Affairs Canada, https://www.international.gc.ca/gac-amc/publications/evaluation/2019/endra-earcn-philippines.aspx?lang=eng (accessed on 12 January 2021).
[22] Hallman, K. et al. (2018), Girl Empower Impact Evaluation: Mentoring and Cash Transfer Intervention to Promote Adolescent Wellbeing in Liberia, International Rescue Committee, https://www.rescue.org/sites/default/files/document/4346/girlempowerimpactevaluation-finalreport.pdf (accessed on 12 January 2021).
[29] ICAI (2018), Assessing DFID’s Results in Improving Maternal Health: An Impact Review, The Independent Commission for Aid Impact, https://icai.independent.gov.uk/wp-content/uploads/ICAI-review-Assessing-DFIDs-results-in-improving-Maternal-Health-.pdf (accessed on 11 January 2021).
[2] IDD and Associates (2006), A Joint Evaluation of General Budget Support Evaluation of General Budget Support: Synthesis Report, https://www.oecd.org/development/evaluation/dcdndep/37426676.pdf (accessed on 11 January 2021).
[12] IDEV (2018), Cabo Verde: Evaluation of the Bank’s Country Strategy and Program 2008–2017: Summary Report, Independent Development Evaluation, African Development Bank, http://www.oecd.org/derec/afdb/AfDB-2008-2017-cabo-verde-bank-strategy.pdf (accessed on 11 January 2021).
[14] IEG (2008), The Welfare Impact of Rural Electrification: A Reassessment of the Costs and Benefits, World Bank, https://doi.org/10.1596/978-0-8213-7367-5.
[16] IOB (2017), Tackling major water challenges: Policy review of Dutch development aid policy for improved water management, Policy and Operations Evaluation Department, Ministry of Foreign Affairs, Netherlands, https://english.iob-evaluatie.nl/publications/policy-review/2017/12/01/418-%E2%80%93-iob-%E2%80%93-policy-review-of-dutch-development-aid-policy-for-improved-water-management-2006-2016-%E2%80%93-tackling-major-water-challenges (accessed on 12 January 2021).
[33] Leeuw, F. and J. Vaessen (2009), Impact Evaluations and Development: NoNIE Guidance on Impact Evaluation, The Networks on Impact Evaluation, Washington D.C., http://search.oecd.org/dac/evaluation/dcdndep/47466906.pdf (accessed on 12 January 2021).
[21] Leppert, G. et al. (2018), Impact, Diffusion and Scaling-Up of a Comprehensive Land-Use Planning Approach in the Philippines: From Development Cooperation to National Policies, German Institute for Development Evaluation (DEval), Bonn, https://www.deval.org/files/content/Dateien/Evaluierung/Berichte/2018/Zusammenfassung_Deutsch_%20DEval-2018_Philippinen_final_web-2.pdf (accessed on 12 January 2021).
[23] Mansuri, G. and V. Rao (2013), Localizing Development, The World Bank, https://doi.org/10.1596/978-0-8213-8256-1.
[6] Ministry of Foreign Affairs Japan (2019), Japan ODA Evaluation Guidelines, https://www.mofa.go.jp/policy/oda/evaluation/basic_documents/pdfs/guidelines11th.pdf (accessed on 18 February 2021).
[17] Molund, S. and G. Schill (2004), Looking Back, Moving Forward Sida Evaluation Manual, Sida, https://www.oecd.org/derec/sweden/35141712.pdf (accessed on 11 January 2021).
[26] Noltze, M., M. Euler and I. Verspohl (2018), Evaluation Synthesis of Sustainability in German Development Cooperation, German Institute for Development Evaluation (DEval), Bonn, http://www.deval.org/files/content/Dateien/Evaluierung/Berichte/2018/DEval_Evaluierungssynthese_EN_web.pdf (accessed on 12 January 2021).
[25] Noltze, M., M. Euler and I. Verspohl (2018), Meta-Evaluation of Sustainability in German Development Cooperation, German Institute for Development Evaluation (DEval), Bonn, http://www.deval.org/files/content/Dateien/Evaluierung/Berichte/2018/DEval_NH_Meta-Evaluierung_EN_web.pdf (accessed on 12 January 2021).
[7] Norad (2018), Evaluation of Norwegian Efforts to Ensure Policy Coherence for Development, Norad, https://www.norad.no/contentassets/4ac3de36fbdd4229811a423f4b00acf7/8.18-evaluation-of-norwegian-efforts-to-ensure-policy-coherence-for-development.pdf (accessed on 11 January 2021).
[3] OECD (2011), Evaluating Budget Support: Methodological Approach, DAC Network on Development Evaluation, OECD Publishing, Paris, https://www.oecd.org/dac/evaluation/dcdndep/Methodological%20approach%20BS%20evaluations%20Sept%202012%20_with%20cover%20Thi.pdf (accessed on 12 January 2021).
[1] OECD (2010), Quality Standards for Development Evaluation, DAC Guidelines and Reference Series, OECD Publishing, Paris, https://dx.doi.org/10.1787/9789264083905-en.
[10] OECD (2002), Evaluation and Aid Effectiveness No. 6 - Glossary of Key Terms in Evaluation and Results Based Management (in English, French and Spanish), OECD Publishing, Paris, https://dx.doi.org/10.1787/9789264034921-en-fr.
[28] Orth, M., M. Birsan and G. Gotz (2018), The Future of Integrated Policy-Based Development Cooperation: Lessons from the Exit from General Budget Support in Malawi, Rwanda, Uganda and Zambia, German Institute for Development Evaluation (DEval) , Bonn, http://www.deval.org/files/content/Dateien/Evaluierung/Berichte/2018/DEval_EN_The%20Future%20of%20Integrated%20Policy-Based%20Development%20Cooperation..pdf (accessed on 12 January 2021).
[13] Palenberg, M. (2011), BMZ: Tools and Methods for Evaluating the Efficiency of Development Interventions | Managing for Sustainable Development Impact, BMZ Evaluation Division – German Federal Ministry for Economic Cooperation and Development, http://www.managingforimpact.org/resource/bmz-tools-and-methods-evaluating-efficiency-development-interventions (accessed on 12 January 2021).
[20] PEM Consult (2020), Evaluation of the Danish Strategic Sector Cooperation, Evaluation, Learning and Quality Department, Ministry of Foreign Affairs/Danida, Denmark, https://um.dk/en/danida-en/results/eval/eval_reports/publicationdisplaypage/?publicationID=CBE77158-1D4D-46E3-A81F-9B918218FAFF (accessed on 12 January 2021).
[9] Slovenia’s Ministry of Foreign Affairs (2017), Evaluation of Slovenia’s Development Cooperation with Montenegro 2013-2016: Final Report, Slovenia’s Development Cooperation, https://www.gov.si/assets/ministrstva/MZZ/Dokumenti/multilaterala/razvojno-sodelovanje/Development-cooperation-with-Montenegro-evaluation-final-report.pdf (accessed on 12 January 2021).
[32] UNEG (2013), Impact Evaluation in UN Agency Evaluation Systems: Guidance on Selection, Planning and Management, http://www.uneval.org/document/detail/1433 (accessed on 12 January 2021).
[27] Watanabe, K. (2016), Ex-Post Evaluation of Technical Cooperation Project “Inter-Communal Rural Development Project”, JICA, https://www2.jica.go.jp/en/evaluation/pdf/2015_0603847_4.pdf (accessed on 12 January 2021).
[24] White, H., R. Menon and H. Waddington (2018), “Community-driven development: does it build social cohesion or infrastructure? A mixed-method evidence synthesis”, No. 30, 3ie, https://www.3ieimpact.org/evidence-hub/publications/working-papers/community-driven-development-does-it-build-social-cohesion (accessed on 12 January 2021).
Nota
Copy link to Nota← 1. Istilah “penerima manfaat” adalah didefinisikan sebagai “Individu, kumpulan, atau organisasi, sama ada disasar atau tidak, yang menerima manfaat secara langsung atau tidak langsung daripada intervensi pembangunan. Istilah lain seperti “pemegang hak” (rights holders) atau “kumpulan terkesan” (affected people”) juga boleh digunakan.
← 2. Dalam sesetengah kes, mungkin terdapat dua institusi yang terlibat dalam suatu intervensi, satu sebagai rakan pelaksana dan yang satu lagi sebagai pembiaya. Dalam gabungan sedemikian, adalah mungkin untuk menilai kesepaduan dalaman dari perspektif pembiaya dan juga rakan pelaksana.
← 3. Satu kaveat penting berkenaan penilaian impak adalah ia lebih berguna apabila disertakan dengan analisis bagaimana impak dicapai dan apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan impak berbanding penilaian impak untuk tujuan akauntabiliti semata-mata.
← 4. Perbincangan terperinci dan komprehensif berhubung opsyen metodologi untuk mendefinisi dan menilai kecekapan boleh diperoleh di kertas kerja BMZ oleh Palenberg (2011[24]) yang mengenal pasti tiga tahap berlainan: Tahap 0: Menghuraikan dan menyediakan pendapat tentang aspek berhubung kecekapan suatu intervensi bantuan. Tahap 1: Mengenal pasti potensi penambahbaikan kecekapan dalam suatu intervensi bantuan. Ini menyediakan gambaran separa tentang proses pelaksanaan, kos input, pertukaran input kepada output atau pertukaran output kepada outcome. Tahap 2: Menilai kecekapan suatu intervensi bantuan dalam cara yang membolehkan perbandingan dengan alternatif atau benchmark. Ini adalah pendekatan komprehensif yang merangkumi anggaran andal semua kos dan manfaat utama.
Dalam amalan penilaian, penilaian tahap 2 jarang digunakan. Malah sejak 2010 organisasi berkapasiti besar seperti Bank Dunia telah memerhatikan penurunan besar dalam penggunaan analisis kos manfaat pada fasa permulaan projek/program walau dalam sektor di mana ia paling berguna. Laporan ini menekankan bukan sahaja aspek positif berkaitan ketelitian (rigour) dan hubungan kepada prestasi projek yang menggunakan analisis mendalam sedemikian tetapi juga cabaran yang dihadapi (IEG, 2010[25]). Contoh bekalan elektrik kepada kawasan pendalaman (IEG, 2008[26]) adalah suatu contoh yang jarang dijumpai untuk analisis penuh tahap dua. Opsyen lain yang boleh digunakan oleh para penilai termasuk membuat keputusan menggunakan pelbagai kriteria (multi-criteria decision making) atau multi-criteria modelling. Adalah penting untuk memerhatikan bahawa analisis kecekapan jenis ini adalah lebih berguna dalam sektor tertentu, contohnya, infrastruktur, kesihatan dan pertanian. Satu contoh menarik daripada sektor pertanian berhubung input subsidi yang menggunakan pendekatan kajian kes sebuah negara di mana anggaran ekonomik dan data survei digunakan adalah dirujuk dalam Kotak 4.10.
← 5. Literatur untuk topik ini adalah amat banyak tetapi lihat contoh UNEG (2013[32]); Chambers et al (2009[35]); Leeuw and Vaessen (2009[33]); Belcher and Palenberg (2018[34]), dan Gertler et al (2016[30])
← 6. Tidak harus dikelirukan dengan signifikan secara statistik yang kerap kali berlaku di bawah jenis penilaian impak tertentu; sila rujuk Gertler et al. (2016[30]) yang membincangkan pengiraan kuasa (power calculations) dan konsep teknikal berkaitan dalam penilaian impak kuantitati.
← 7. Lihat Befani dan Mayne (2014[31]).
← 8. Glossary 2002 (OECD, 2002[10]) mendefinisikan kemampanan sebagai: “Penerusan manfaat daripada suatu intervensi pembangunan selepas bantuan pembangunan telah diselesaikan. Kemungkinan penerusan manfaat jangka panjang. Daya tahan risiko pengaliran manfaat bersih (net benefit) dalam jangka masa panjang.”