Sekretariat OECD ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada komuniti penilaian global atas perbincangan dan perbahasan mendalam yang dilakukan sepanjang tahun 2017-2019 ke atas kriteria penilaian ini, lantas menyumbang kepada pengenalpastian keperluan panduan ini serta membantu membentuk isi kandungannya. Khususnya, peserta persidangan National Evaluation Capacity (NEC), United Nations Evaluation Group (UNEG) dan the Evaluation Co-operation Group (ECG) yang merupakan rakan utama dalam penyesuaian kriteria ini, dan input ahli mereka dicerminkan dalam panduan ini. Sekretariat OECD menghargai sumbangan rakan penilaian dari seluruh dunia dan mengalu-alukan perbincangan bagi terus membangunkan draf panduan ini.
Dokumen ini mencerminkan sumbangan penting daripada ahli Network on Development Evaluation (EvalNet), sebuah badan subsidiari Jawatankuasa Bantuan Pembangunan (DAC) Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Ahli EvalNet menyumbang banyak komen dan pencerahan berguna untuk draf definisi kriteria penilaian ini, serta terlibat dalam perbincangan terperinci berkenaan konsep yang terkandung dalam dokumen ini. Perbincangan terperinci ini melibatkan ahli dari pihak agensi dan kementerian, serta konsultasi dengan pihak berkepentingan dalam pembangunan penilaian. Ahli EvalNet memberikan input berdasarkan pengalaman dan cabaran mereka sendiri berhubung kriteria ini, termasuk contoh sebenar dari lapangan. EvalNet’s Working Group on Gender Equality pula memberi sumbangan dalam membangunkan elemen bersesuaian dalam panduan ini. Sekretariat OECD juga mengiktiraf peranan penting Pengerusi EvalNet, Per Øyvind Bastøe, dalam memimpin proses penyesuaian dan pembangunan panduan ini.
Megan Grace Kennedy-Chouane menerajui pembangunan panduan ini bagi pihak OECD dengan sokongan dan input daripada Rahul Malhotra, Hans Lundgren, Alison Pollard, Ola Kasneci, Nelson Torbay-Holguin dan Yee King Ho. Ramai rakan sekerja daripada Development Co-operation Directorate telah memberikan maklum balas terhadap draf terdahulu. Manakala Andrew Brenner dan Suzanne Parandian memberikan maklum balas suntingan. Reka bentuk grafik rajah dan gambar disediakan oleh Stephanie Coic dan Tam Fung-Kwan.
Ima Bishop, Joe Watkins and Nick York (IOD PARC) membangunkan draf panduan ini dan memberikan input penting untuk isi kandungannya. Julia Betts memberikan penilaian rakan sejawat (peer review) dan maklum balas serta memainkan peranan penting dalam proses semakan kriteria, definisi baharu dan pembentukan konsep definisi baharu ini.
Terjemahan Bahasa Malaysia ini dijayakan oleh Protean Consulting PLT (Malaysia) di bawah pimpinan Dr. Sylvia Chung Mei Ying (Founder and Managing Partner). Sekretariat OECD ingin mengucapkan penghargaan tertinggi kepada Dr. Chung serta National SDG Center, Kementerian Ekonomi yang telah memberi sumbangan dan sokongan dalam memastikan kualiti dan ketepatan terjemahan ini.