Asie et Pacifique

Pertumbuhan Sederhana Jangka Pendek Dilaporkan oleh Update Prospek Ekonomi bagi Negara-negara Asia Tenggara, China dan India 2016, OECD

 

Hanoi, 14/06/2016 - Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi dunia yang lembap, ekonomi di negara-negara Asia Tenggara, China dan India dijangka akan terus berkembang walaupun pada kadar yang lebih sederhana dalam tempoh terdekat.  Pertumbuhan KDNK benar untuk negara-negara membangun di Asia dijangkakan akan  kekal kukuh pada 6.4% pada 2016 dan 6.3 % pada tahun 2017, menurut Update terbaru Prospek Ekonomi Asia Tenggara, China dan India 2016 yang dikeluarkan oleh Pusat Pembangunan OECD hari ini.  Aktiviti ekonomi sebenar di Asia Tenggara (ASEAN 10) dijangka akan berkembang pada kadar purata 4.9% pada tahun 2016. Ekonomi India dijangka akan berkembang pada kadar 7.4 %, manakala pertumbuhan negara China dijangka akan berkembang pada kadar 6.5% pada 2016, akibat daripada proses pengimbangan semula negara tersebut yang dilakukan secara berterusan. Update tersebut juga melaporkan bahawa permintaan dalam negeri secara umumnya adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Persekitaran luar yang kurang menggalakkan mungkin menjadi risiko untuk negara-negara di Asia Tenggara, China dan India. Rantau ini sedang menghadapi pelbagai cabaran disebabkan oleh prospek pertumbuhan yang lemah di negara-negara OECD, kelembapan ekonomi China dan ketidakstabilan pasaran kewangan baru-baru ini.  Pertumbuhan eksport yang lemah, iklim yang tidak stabil, and kesan kemarau akibat fenomena El Nino, menjejaskan pengeluaran pertanian di rantau ini.

Tahun 2016 menandakan suatu pencapaian yang besar untuk integrasi serantau di negara-negara membangun di Asia berikutan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada Disember 2015. Blueprint AEC 2025 yang baru dilancarkan, menonjolkan langkah-langkah strategik bagi komuniti tersebut untuk jangka masa 2016-2025. Ia menggalakkan lebih banyak aktiviti perdagangan melalui pengurangan atau penghapusan halangan kawal selia dan jaringan connectivity yang lebih mendalam. Perjanjian  Perdagangan ASEAN dalam Sektor Perkhidmatan (ATISA) akan diwujudkan sebagai instrumen undang-undang untuk menyokong usaha berterusan untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan di rantau ini. Selain itu, ASEAN juga sedang mengambil langkah-langkah penting untuk mewujudkan pasaran pelaburan tunggal dan mempertingkatkan  dasar-dasar dan undang-undang  persaingan di rantau ini. Setakat ini, kemajuan dalam pelaksanaan dasar-dasar persaingan dan perlindungan pengguna adalah kurang seimbang di kalangan negara-negara anggota.

Tumpuan dasar-dasar adalah berbeza bagi setiap negara ASEAN kerana cabaran-cabaran dari dalam dan luar negara. Sebagai contoh negara Indonesia dan Thailand sedang melabur di kawasan luar bandar dan dalam sektor pendidikan untuk mengurangkan jurang ketidaksamaan dan mempertingkatkan kadar pelaburan.  Negara Viet Nam sedang meneruskan usaha untuk memperbaharui perusahaan-perusahaan milik negara tersebut .  Negara Malaysia dan Singapura sedang memperkukuhkan perusahaan-perusahaan kecil dan senderhana di negara masing-masing.  Negara Filipina sedang memberi tumpuan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan membuat  pembaharuan kepada sistem pengawal-seliaan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing (FDI) di negara tersebut.  Negara Kemboja telah mengumumkan strategi baru untuk menggalakkan pembangunan dalam sektor pertanian dan sektor pelancongan. Negara Laos juga sedang  terus membangunkan sektor tenaga untuk mempertingkatkan kadar eksport tenaga elektrik. Negara Myanmar pula sedang membangunkan kaedah-kaedah pelaburan baru untuk menarik lebih banyak pelaburan asing di negara itu. Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan di negara China, cabaran yang berkaitan dengan lebihan kapasiti dan risiko alam sekitar perlu ditangani. Bagi negara India pula pembiayaan pendidikan telah dipertingkatkan dan usaha untuk memperbanyakkan lagi penduduk yang celik kewangan juga diberikan keutamaan, menurut Update tersebut.

Laporan dua kali setahun Prospek Ekonomi bagi Negara-negara Asia Tenggara, China dan India ini menyumbang kepada Program Serantau Asia Tenggara, OECD. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran amalan terbaik dan pembelajaran bersama di kalangan pembuat  dasar di negara-negara OECD dan ASEAN.

  



UNTUK MAKLUMAT LANJUT

OECD Development Centre: Naoko.kawaguchi@oecd.org, Pegawai Akhbar , Tokyo Centre OECD , Tel: +81355320020 , atau Kensuke.Tanaka@oecd.org, Ketua Bahagian Asia, OECD Development Center ; Tel: +336 2719 05 19. Untuk maklumat lanjut mengenai Laporan Update Prospek  Ekonomi di Asia Tenggara,China dan India 2016, dengan fokus khusus negara, layari: http://www.oecd.org/dev/asia-pacific  

 

 

Jadual 1: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sebenar Negara-negara  Membangun di Asia (Perubahan Tahunan Mengikut Peratus)

Negara

2014

2015

2016

2017

ASEAN-5

 

 

 

 

Indonesia

5.0

4.8

5.2

5.9

Malaysia

6.0

5.0

4.6

4.8

Philippines

6.1

5.9

6.0

6.1

Thailand

0.8

2.8

3.3

3.6

Viet Nam

6.0

6.7

6.3

6.1

Brunei Darussalam and Singapore

 

 

 

 

Brunei Darussalam

-2.3

-0.6

0.8

1.1

Singapore

2.9

2.0

2.3

2.4

CLM countries

 

 

 

 

Cambodia

7.1

7.0

7.1

7.1

Lao PDR

7.4

7.4

7.1

7.1

Myanmar

8.7

8.7

8.2

8.3

China and India

       

China

7.3

6.9

6.5

6.2

India 

7.2

7.4

7.4

  7.5

Purata Negara-negara ASEAN 10

4.6

4.7

4.9

 5.3

Purata Negara-negara Membangun di Asia

6.7

6.6

6.4

6.3

 

Sumber: Pusat Pembangunan OECD

Nota: Tarikh cut -off untuk data yang digunakan adalah 1 Jun 2016. Purata wajaran telah digunakan sebagai purata negara-negara ASEAN dan negara-negara Membangun di Asia. Purata-purata bagi China, India dan Indonesia dan jangkaan untuk tahun 2016 dan 2017 adalah berdasarkan Laporan Prospek Ekonomi OECD, Nombor 99.

 

Documents connexes